11 April Cuti Umum Sempena Pertabalan Agong

Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 11 April depan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan berkata, pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Istiadat pertabalan itu sempena pelantikan baginda bagi menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah tamat tempoh pemerintahan pada 12 November tahun lalu.

Comments
  • Post a comment

    Current day month ye@r *

    CommentLuv badge

  • at 28 February 2012 at 3:16 PM

    mengapa sarawak dan sabah dikecualikan..padahal agung adalah ketua islam untuk malaysia..adakan sarawak dan sabah bukan sebahagian malaysia…mengapa..kenapa dkecualikan untuk hari pertabalan itu

    • marlincj 19 March 2012 at 1:19 PM

      mana ada sabah dan sarawak dikecualikan..sabah sarawak still cuti macam semenanjung..cuma cuti yg diisytiharkan di semenanjung berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan..manakala cuti utk sabah dan sarawak berdasarkan undang2 atau enakmen atau ordinan yg ada di sabah dan sarawak..sabah dan sarawak ada undang2 negeri sendiri ye..jgn cepat melatah..semua negeri dapat cuti.. =)