Beberapa hari ni cuaca agak panas jugak. Sebagai penghilang dahaga dan penyujuk tekak, aku beli la coconut shake ni. Yang jadi pilihan adalah Coconut Shake Fadly yang terletak di Medan Selera Sri Serdang. Ni je coconut shake yang aku tahu berdekatan rumah aku. Takkan semata-mata nak pergi Melaka beli Coconut Shake Klebang, Melaka pulakkan. Itu kerja gila namanya.
Archives for September 2013
Google Doodle | Google Menyambut Ulang Tahun Ke-15
Pada bulan September, Google menyambut ulang tahun yang ke-15. Sudah 15 tahun sejak tahun 1998 ketika dua pelajar Stanford, Larry Page dan Sergey Brin, bekerjasama untuk membentuk sebuah syarikat yang mengubah wajah internet di seluruh dunia dengan produk yang mereka cipta. Siapa yang tidak kenal dengan enjin carian Google kan?
Piala Sultan Selangor 2013
Piala Sultan Selangor 2013 (The Sultan of Selangor’s Cup) telah memasuki edisi ke-12. Perlawanan tersebut akan berlangsung pada hujung minggu ni. Tiket macam biasa pasti dah berada dalam simpanan aku. Tiket ni senang je aku dapat daripada member satu pejabat. Tahun lepas dapat jugak aku menyaksikan suasana sekitar Piala Sultan Selangor 2012.