Kenapa tiba-tiba aku letak gambar lambang autobots ni. Korang tau tak autobots tu apa? Bagi peminat filem transformers mesti tahukan. Entah sejak bila autobots dah menjajah pejabat aku dengan meninggalkan lambang ni. Haha. Ok, tak lawakpun semua ni. Saje nak mengarut kejap. Tapi memang ada iras-iras lambang autobots dalam cerita transformers tu kan? Haha.
Sebenarnya ni tempat reader kad akses pintu untuk masuk ke ofis aku. Dan lagi best ianya disekalikan dengan punch kad setiap staff. Kalau nak masuk ofis kena la sentuh kad dekat situ dan dikira kedatangan kita sekali. Kira dah tak boleh la nak suruh orang lain punch kan kehadiran kalau rasa nak datang lambat tu.
Korang nampak tak sesuatu yang pelik dekat reader kat akses ni? Tak der lampu ok benda ni! Hari ni dah masuk empat hari benda ni rosak. Haha. Semua staff pun boleh la tersenyum riang. Korang nampak tak permainannya dekat situ? Ala.. Macam la tak biasa buatkan.
Memang semua orang ambik kesempatan la bila benda ni dah rosak. Ada yang datang lambat dan masuk pejabat tanpa rasa bersalah sambil tersenyum girang di waktu pagi. Ada juga yang balik awal sambil berlenggang kangkung.
Aku? Mesti nak cakap aku datang lambatkan. Tett.. Memang tak la aku datang lambat ke ofis. Rekod masih lagi bersih ok. Sebelum pukul 7.00 pagi aku dah sampai ofis dah. Cuma.. Masa balik tu aku balik jugak la awal dalam 5-10 minit. Takda la nak ambil kesempatan bagai.
Bila reader ni nak ok pun aku tak tahu. Yang tak bestnya memang bahaya pun ada jugak sebab orang luarpun boleh masuk sesuka hati. Harap cepat la benda ni elok walaupun aku tahu kebanyakkan staf memang suka kalau benda ni tak dibaiki langsung. Haha.
Canggih giler. Sib baik kat tempat aku pakai mesin lama lagi. Tapi bersangka baik lah. Mungkin org yg dtg lewat tu mmg da xle elak, terutama yg dah kawen & ada anak. Pagi2 la anak nak mengamuk la, tanak gi skolah la. Hanya yg da berumahtangga je faham. Part berkat tu gua sokong bro. Tp kalo gunakan kemudahan pejabat utk tujuan peribadi pon x elok gak. Ada org kadang2 dtg je awal, tapi time office hour surf internet je memanjang pon x guna gak kan? Situ da x berkat dah. Keje plak asyik nak mengelat je.. macam2 org skrg ni kan?
haishh memula ingtkn betoi dah lambang autobots hahaha
errr mcm ofis ana plak mmg xdak punch card bagai..
depends on cctv je boss monitor dari HQ hehehe
kalau jadi macam ni…memang kena baiki cepat…nanti mesti ada yang mengelat…hee…
Ahahahaha bagus la tu hang tak main cilok2. Punch card rosak tapi ‘punch card’ kiri kanan dok ada mencatit sapa datang lambat hehehe.
Dengar ‘punch card’ kiri kanan tu terus jadi insaf nak buat. Hehe.
Ini mesti kes ada orang sabotaj kot.. 🙂
Wah!..rekod masih bersih ye?..tahniah..
Dengar daripada kata vendor yang datang repair sebab power tak sampai. Banyak floor jugak yang rosak. Hehe. Tapi takda la ambil kesempatan nak datang lewatkan.
wah masih kekal rekod ye……. hmmm,
mase world cup aritu byk bocor derr..
Aku world cup ok je. Takda hal la sebab bulan puasakan.
la….takkan nak baiki punch card tu pun amik masa yg lama? haish…..mmg ramai la pun suka lagi lama rosak benda ni….
Awal masuk ofis…
Dah biasa masuk awal.Hehe. Tapi balik mesti mau cepat.
Wah canggih sungguh readernye..memang mcm autobots..mungkinkah ramai yang missing in action petang tu..
Seminggu jugak la rosak. Tapi sampai bila nak mengelatkan. Bos pun boleh baca jugak fikiran staf. Hehe
bagus2…jangan buat macam kwn2 awak..nanti rezeki tak berkat..hehehe
Bab rezeki tak berkat tu lagi penting tu sebenarnya. Hehe
Office Mrs. A pun ada menda akses untuk keluar masuk ni..pernah juga rosak. Masalahnya pun sama bila rosak makan masa nak dibaiki kena panggil vendor yang sama pasang menda tu. Tapi kat sini bila menda tu rosak kita kena email bos immediately cc to hr so time in/out ikut time kat email tu.
Nasib la pejabat Mrs A ada cara alternatif untuk rekod kedatangan sataf kan. Kalau tak mesti ada yang ambik kesempatan punya.
HR biarkan gitu je kar. Ada opis bila berlaku cam, diaorg revert pada manual. Staff HR catat kdtgn. Tapi kalau opis teralu ramai pekerja, mmg payahlah.
Btw, sapa yang kasi rosak mende tu hah????
Ni sebab HR dekat tempat lain. HQ tempat lain. Hehe. Tapi betul jugakkan. Ketua Unit boleh je arahkan staf catat kedatangan dekat buku atau sebagainya.
beberapa bln yg lps PC kt opis ni rosak..mmg ramai la amik kesempatan
Hehe. Orang kita ni macam tu la. Patut la sampai kena buat sistem punch card ni kan. Kalau tak mesti tiap masa hilang je.
Hheheee, itu wajib tu pada sesetengah pekerja, masa ni la nak ambik kesempatan, kan 😀
Macam biasa je MJ. Hehe
Biasa tengok bukan bermakna biasa buat..
Cheq ni HR selalu diperhatikan, so kelaku kena la jaga. huhuu
Attendance always punctual..hehee
Haha. Bagus-bagus. Apa-apa pun prestasi kerja kena jaga. Disiplin kena ada kan.
Kad tumbuk la best. Boleh suruh kawan tumbukkan. Hahaha
Orang yang tidak berkenaan pun boleh masuk….sebab itu tak boleh dibiar lama rosak.
Betul tu. Risau berlaku kecurian je masa mcam ni. Orang luar boleh masuk.
ramai la yang ambil kesempatan atas kerosakan benda ni ye..hehe
Ada la jugak yang ambik kesempatan. Hehe
hoho..ramai suka bila benda rosak ye. hehe
Kalau boleh datang lambat dan balik awal, memang semua orang suka.
haha…1st time tengok bendalah ni…huhu
Haha. Rasanya kebanyakkan pejabatpun ada je benda ni bro.
hahaha standard maa , ramai orang suka kalau menatang ini rosak heheh
Hehe. Boleh datang dan balik sesuka hatikan.
good2… org yg disiplin, tiada punch card pun tetap menepati waktu…. 🙂
Disiplin kena jaga. Tapi bukan ada orang pandangpun semua tu. Lalala
canggih nyer.. kita keje main tulis dalam buku kehadiran jer.. sedihnya.. 🙁
Tulis dalam buku kehadiran la best. Hehe. Senang sikit.
Kira canggihlah guna punch kad..Kehadiran Universiti pun sekarang guna Punch kad. Semakin maju.
Wah.. Sampai kehadiran univeriti pun guna punch kad jugak. Tak boleh ponteng kelas la sekarang ni.
Kalau kita dah biasa datang awal, punch card rosak atau tak rosak tetap sampai masa tu juga sebab diri dah terbiasa datang awal. Yg kaki ambik kesempatan tu ialah mereka yg sampai ke ofis on time 2-3 minit sebelum waktu pejabat, mereka ni memang sukalah ia rosak, kalau rosak selamanya lagilah suka….
Betul tu bro. Tiada masalahpun bagi yang dah biasa datang awal. Sama je macam biasa. Pokok pangkal disiplin kena ada.
Peh, canggih la. Punch card ofis aku style retro lagi. Sekali dia punch, macam nak roboh dinding ofis.
Betul-betul retro sampai nak roboh dinding. Haha. punch card macam ni tak boleh nak ngelat dah.
Hehe..mesti seronok la kalau menda ni rosak…enjoy sakan gitu..hahahaha
Seronok la jugak. Sebab tak kena ikat dengan masa. hehe
untunglah…boleh rileks dan tak tergesa-gesa ke pejabat.hehe…
tapi time balik pulak yang tergesa-gesa nak balik 🙂
Masih lagi datang awal juga bro walaupun benda ni dah rosak. Hehe. Rekod bersih kena jaga juga.
selalu keje kerajaan pun dah ada pakai benda inikan
Ada juga yang lagi canggih suri. Kena pakai thumb print. Hehe
dulu ada skli puch kad akses bawa tapi kunci pulak tinggal.masa tempat keje lama bos ada ckp klu keluar lebih dari 30 minit wajib bawa kunci dna kad skli..tapi kucin tinggal akhir saya duduk dekat tangga kecemasan sorang2 jenuh tunggu peluh panas lagi lagi duduk dekat tangga sorang2 heee..
kenangan sungguh.akhir dalam sejam barulah bos mari mujur dia ada dekat ipoh kalau dia kl jawabnya beg dan opis ada tapi orang tak ada.
Hikmah …sebelum ini selalu datang awal kan…nak elak jammed…
Hehe. Tapi rosak pun tetap datang awal jugak Bunda. Dah biasa dan nak elakkan jammed waktu pagi.
amik kesempatan di atas kerosakan.hahahah..
xbekk tauu..laalalala
Haha. Orang kata rezeki depan mata jangan ditolak. Eh. hehe.
Merdekalah dan bersoraklah apabila sistem punch card rosak. Bisik supaya lama sedikit rosak. 🙂
Itulah.. Lagi lama lagi bagus diorang cakap. tak repair langsung pun takpe. Hehe
Perghhhhh..sebelum7am dah sampai ofis…kau keluar rumah pukul berapa bro?
Keluar rumah pukul 6.20 pagi doc. Haha. Nak buat macam mana. Nak elak jammed punya pasal.