Baru atau baharu? Frasa SELAMAT PENGANTIN BARU amat sinonim dengan masyarakat sekarang ni untuk diucapkan kepada pasangan-pasangan pengantin yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka. Frasa tu jugak dah terlalu biasa kita dengar dan kita rasa sedap je bunyinya.
Namun sedarkah anda bahawa terdapat kesilapan pada ayat tersebut dari segi penggunaan perkataan? Persoalannya di sini, adakah perkataan BARU atau BAHARU yang patut digunakan dalam frasa tersebut? Dalam Bahasa Melayu, perkataan BARU dan BAHARU mempunyai maksud yang berbeza. Kedua-dua perkataan itu jugak kena digunakan dalam konteks yang betul.
BARU dalam Bahasa Inggeris diterjemahkan sebagai JUST, atau sesuatu yang baru lepas dilakukan. Contohnya, “Saya baru pulang dari sekolah”, atau “Saya baru sahaja selesai makan”.
BAHARU pula dalam Bahasa Inggeris diterjemahkan sebagai NEW, yang menggambarkan sifat sesuatu benda atau perkara. Contohnya, “Selamat datang pelajar-pelajar baharu” atau “Selamat pengantin baharu”.
Memang kedengaran pelik dan janggal bagi sesetengah orang, tapi itulah penggunaan perkataan yang betul. Jadi, bagi mereka yang mementingkan bahasa, eloklah anda ubah penggunaan frasa SELAMAT PENGANTIN BARU kepada SELAMAT PENGANTIN BAHARU atau menggunakan perkataan BARU dan BAHARU pada ayat yang betul.Tapi kalau anda rasa tak penting untuk memelihara dan memperbetulkan bahasa, terserah pada anda untuk menentukannya.
Thanks for sharing 😀 Extremely helpful
Sama-sama. Rasa puas dapat membantu 🙂
syukran atas perkongsian ilmu nie…:D
sama tapi x serupa kan..
seperti kes johor bahru dengan baharu…yg terkini baharu kan
tu la..ramai yang terlpas pandang.. 🙂
baru tau..igtkan baharu tu ejaan lama..
tq atas perkongsian bergun..
dh like n share..:)
hehe..masih ramai yang tak tahu pasal benda ni..thanks Puan Kutu… 🙂
bagus kelas bahasa ni.. budak2 nak peksa, sila gunakan dengan betul.. hehe.. saya budak baharu belajar yang baru belajar perkataan baru dan baharu… hehe
hehe…bagus bagus..amalkan ye lepas ni 🙂
Dah terbiasa gunakan ”baru” yg membawa mksd ”new”…macam mana tuh…
kena la ubah dari sekarang… ‘baharu’ barulah membawa maksud ‘new’ 🙂
Semakin kerap perkataan ‘baharu’ ini digunakan berbanding ‘baru’. Tidak pasti samada ia adalah ejaan betul atau tidak.
‘baharu’ dan ‘baru’ mempunyai maksud yang berbeza walaupun perkataannya lebih kurang sama. kena paham kan.. 🙂