Akhirnya sampai jugak aku dekat Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM), Sungkai, Perak ni. Sebelum datang memang aku dah buat research dekat Google keadaan tempat ni. Memang tak banyak yang aku dapat sebab tempat ni masih lagi baru. Rasanya dibuka awal tahun ni. Gambar yang aku jumpa hasil pencarian di Google memang memuaskan hati keadaan bilik dekat ILSM ni.
Tu hasil gambar-gambar yang aku tengok dekat Google la. Bila aku sendiri dah jejak kaki dekat sini, boleh la tengok dengan mata sendiri pulakkan. Apa yang aku boleh katakan dengan keadaan bilik, memang terbaik. Macam bilik hotel dah dekat Institut Latihan Statistik Malaysia ni. Sekarang ni nak post gambarpun tak boleh sebab aku update guna BlackBerry atau sekali sekala guna iPad. Blogger picisan macam aku ni belum mampu nak pakai notebook apatah lagi Macbook Pro.
Beberapa hari dekat sini bermakna kuranglah aku dapat hadap blog untuk update entri. Apatah lagi bersiar-siar di blog kawan-kawan. Yela, namapun berkursuskan. Nama Kursus Penyusunan Perangkaan Perdagangan Luar Negeri Berasaskan International Merchandise Trade Statistics 2010 (IMTS 2010), Concept and Definition ni pun dah cukup menggerunkan aku. Tajuk kursuspun dah panjangkan, macam susahpun ada. Hehe..
Harap beberapa hari dekat ILSM ni aku boleh dapat input-input yang berguna berkenaan dengan kursus ni. Suasana dah cukup selesa, moga ilmupun dapat masuk dengan lancar dalam kepala dan hati ni. Blog pun blog jugak, amanah yang diberi perlu dilaksanakan jugak. Yela, kata ‘yang menurut perintah’ kan. Hehe..
Posted with WordPress for BlackBerry.
salam nak tanye.kursus ni untuk pekerja bwh jabatan perangkaan ye?
Tak la. Saya sendiri daripada jabatan lain.. 🙂
kursus statistik? baru kali ni saya dengar pasal benda ni
Ayat terakhir tu yang best “yang menurut perintah”… dah lama tak guna. Dulu masa keje ngan gomen, itulah ayat penutup setiap kali surat dikeluarkan. 🙂 Memang power ayat tu.
tu dekat rumah aku tu bro.. mmg selalu ulang alik jalan tue.. area tu dekat dengan hot spring sg klah.. ILSM baru bukan tahun ni rasenya.. fasiliti mesti masih baru..
Dekat ke bro? Kalau bro ada dekat umah boleh singgahkan. Memang dekat je dengan hot spring tu tapi tak berkesempatan nak pergi. Tempat memang baru dan masih cantik lagi. Hehe
selamat berkursus bang..kalo mak,bab kursus ni la paling malas!!
Kalau kursus dengar je boleh tahan jugak mak. Sekali sekala lari dari ofis pun best jugak mak.
selamat berkursus
aku memang alah dengan kursus ni kalau hanya dengar ceramah
harapnya ada aktiviti juga
Memang dengar ceramah je kursus ni dari pagi sampai ke petang. Malam aktiviti bebas.
Cukup fobia dengan pengiraan angka terutama bidang kerja didalam Kejuruteraan Biomedikal. Tiada ruang untuk buat silap kerana ia melibatkan nyawa.
Kalau melibatkan nyawa, memang tak boleh buat silap langsung tu. Boleh mendatangkan bahaya.
pergh.. dasyat nama kursus tu… apa2pun, semoga segalanya berjalan lancar ye bro..
Nama memang dasyat, nak faham pun dasyat jugak. Hehe
ILSM ni dekat je dengan rumah kat kampung aku. Kalau ada masa free bleh la pergi berendam air panas dekat sg. Klah Hot Spring.
Pagi hingga petang memang sibuk. Hehe.. Free waktu malam je bro.
Nanti syer la input yang diperolehio, baru ingat selalu 😀
Inputnya berkaitan dengan perdagangan luar negeri. Pening jugak nak terangkan tu. Hehe
selamat berkrusus di sana bro, timbah ilmu sebanyak mungkin.. all the best.
ada ilmu baru leh kongsi sama2.. 🙂
InshaAllah bro. Kalau benda tu berguna untuk semua, pasti akan dikongsikan.
Terima kasih bro.
semoga selesa menikmati ilmu-ilmu yang akan diperolehi sepanjang kursus, bab-bab statistik ni kadangkala boleh jadi menarik juga.
Bab-bab nombor ni ada masa boleh buat jadi pening juga. Hehe
Bace perkataan statistik je rase nak pengsan.. tapi buat research kene byk gune stat…adoiyaiii ;p
Wah.. Teror statistik jugak la ni. Hehe..
Ada cara kalau nak macbook pro, jual ipad dengan blackberry, lepas tu tambah sikit. idea mengarut.
Haa…haa..mengarut tetapi agak logik.. Heehh..hehh..
Tak pasal-pasal je kena korbankan BlackBerry dengan iPad aku pulak. Hehe