Habis mesyuarat di Janda Baik, Jumaat malam aku terus gerak ke Taiping pulak. Hari Sabtu terus ke Pulau Pinang. Kali ni bukan atas urusan kerja. Tapi berjalan-jalan dan melawat adik aku di Pulau Pinang. Hari ni adalah hari kedua aku berada di Pulau Pinang ni. Tapi baru sekarang sempat nak update entri. Biasa la kalau dah berjalan tu takkan nak mengadap blog pulakkan.
Semalam sempat makan cendol famous di Pulau Pinang ni. Kalau dekat Banting ada cendolnya yang tersendiri, macam tu jugak dengan Pulau Pinang. Korang pernah dengar Teochew Cendol? Cendol ni memang famous dari dulu lagi. Ramai dah selebriti yang makan dekat sini. Contohnya selebriti Gurmit Singh yang berlakon dalam sitcom Phua Chu Kang tu. Kalau pergi Pulau Pinang, cendol ni memang makanan yang wajib aku cari.
Malam pulak sempat aku terjah Restoran Kapitan yang terkenal dengan nasi briani claypot. Antara nasi briani yang terbaik aku pernah makan. Kalau dekat sini memang wajib order ayam tandoori. Ayam dia juicy dan tidak terlalu kering seperti sesetengah tempat. Korang jugak boleh order air susu lembu badam. Dia guna susu lembu segar tu.
Hari ni mungkin akan serang nasi kandar yang famous dekat Kampung Melayu, Air Hitam dan juga Mee Sotong Hameed Pata, Padang Kota. Gambar-gambar untuk buat korang meleleh air liur nanti aku buat entri lain.
Yup beriani & roti nan kt kapitan mmg terbaik.. esok nk p makan la..hehehe
Haha. Duduk penang ye? Untung la.
gambo2 makanan tu semua nk upload kendian? Hah! Bagus2..idok la terasa kejam sgt kalo mak tgk n3 taim lapo2.
AHahaha..
Kendian mak baru nak upload. Bagi lagi meleleh. Haha
jangan lupa pekena laksa janggus di balik pulau…. terbaik baq hang
Yang ni tak sempat. Rugi pulak rasanya.
Nasi kandar la pulak,hehe mana gambar bro
Gambar nanti buat entri lain. Hehe
Nasi kandar?cendol?huh..ai is jeles…
Haha. Puas makan dah SA.
gambor mana?? teringin dah ni sib bek tak ngandung, mana entri sponsored post lagi 1? tak sabar nak baca 😉 tahniah ek
Gambor rilex kat. Ada je tu. Hehe. entri sponsored post lagi satu tak payah publish rasanya. Hehe
aikk..takde pun gambar kali nih..
Gambar rilex dulu. Tunggu lepas ni.
Wow! byk betul mkn… Jaga perut bro.hehe
Haha. Insaf kejap.
Pulau Pinang memang syurga makan…
Itulah. Lebih banyak makan daripada berjalan.
Apa Nasi Kandar. Terliur sudah. 🙂
Hehe. Bab makan ni memang buat orang terliur.