• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Book / Big Bad Wolf Sale 2012 Di MIECC

Big Bad Wolf Sale 2012 Di MIECC

By Hazmin Hamudin | 16 December 2012 | 22 Comments

Big Bad Wolf 2012 (1)

Big Bad Wolf Sale 2012 Di MIECC. Seekor serigala besar dan jahat sedang menjadi perbualan hangat sekarang ni. Mana tidaknya, keganasannya menyerang seluruh warga Lembah Kelang membuatkan semua orang tidak boleh duduk diam memikirkan keganasan serigala tersebut. Yela, dengar nama Big Bad Wolf pun dah cukup takut dan menyeramkan.

Sebenarnya bagi mereka yang tak tahu apa itu Big Bad Wolf 2012, ia merupakan satu acara jualan buku besar-besaran  dikatakan juga terbesar di dunia dengan harga serendah RM1 dan buku-buku yang dijual memang murah daripada harga asal. Pesta buku Big Bad Wolf 2012 sekarang ni sedang berlangsung sehingga 23 Disember 2012  di Mines Convention Centre dari pukul 9 pagi hingga 9 malam.

Big Bad Wolf 2012 (2)

Akupun tak nak lepaskan peluang untuk turut sama pergi ke Big Bad Wolf 2012 ni. First masuk, terasa sangat meriah dipenuhi pelbagai jenis serigala jahat. Haha.. Takda la, makud aku bukan takat dengan bilangan kepala pengunjung, malahan dengan buku-buku yang berselerakan. Dari sini dapat disimpulkan, tahap kesedaran terhadap amalan membaca memang tinggi untuk rakyat Malaysia kan. Ataupun rakyat Malaysia ni tunggu murah baru nak membeli buku?

Big Bad Wolf 2012 (3)

Diskaun buku-buku yang dijual adalah daripada 75% sehinggalah ke 95% bergantung kepada jenis buku. Memang murah sangat dah harga buku-buku dekat Big Bad Wolf 2012 ni. Kalau tak mesti rakyat Malaysia ni tak beli buku agaknya. Lagi menarik kalau korang adalah pemegang kad kredit OCBC sebab dapat lagi 5% diskaun.

Big Bad Wolf 2012 (4)

Bagi korang yang nak pergi ke Big Bad Wolf ni aku nak bagi beberapa tip untuk korang.

  1. Bawa kotak, beg besar kalau boleh beg tarik dan juga troli, jadi senang nak membawa buku-buku yang telah dibeli.
  2. Datang hari bekerja takda la bersesak-sesak waktu hujung minggukan.
  3. Pakai kasut dan stokin yang selesa kerana kawasannya sangat luas dan anda akan banyak berjalan dari satu kawasan buku ke satu kawasan buku yang lain.
  4. Bawa duit yang mencukupi sebab mesti korang akan borong buku dengan banyaknya nanti.

Big Bad Wolf 2012 (5)

Ni adalah buku-buku yang telah berjaya aku sambar di Big Bad Wolf 2012 ni. Ada enam buah buku ke semuanya. Kebanyakan buku adalah dalam lingkungan harga RM8. Memamg murah sangat dah tu kan. Jangan tak percaya jumlah harga buku yang aku beli adalah berharga Rm47. Bagi korang yang belum lagi pergi ke Big Bad Wolf 2012 ni baik pergi cepat sebelum terlambat. Memang puas hati datang dengan harga yang murah.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • ohcikgu 18 December 2012 at 7:00 PM

    bilalah ada masa nak pergi ni..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 December 2012 at 7:44 PM

      minggu ni last. Kena pergi cepat.

      Reply
  • boni kacak 18 December 2012 at 3:17 AM

    wah..serendah rm1 pun ada?? macam menarik je ni..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 December 2012 at 7:31 AM

      Bolehlah terjah bro.. 🙂

      Reply
  • Dulu Lain Sekarang Lain 17 December 2012 at 9:24 PM

    adeh, pesta buku serigala… jeles kawe tak dpt pegi…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 December 2012 at 9:50 PM

      Banyak serigala bro.. Bahaya jugak pergi.

      Reply
  • hafidz 17 December 2012 at 5:08 PM

    banyak betul buku-buku dijual~

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 December 2012 at 9:42 PM

      Memang banyak pun bro.. Sampai tak cukup masa nak pilih. Hehe

      Reply
  • schaze zainn 17 December 2012 at 4:34 PM

    bestnya!
    murah lak tu 😀

    tapi jauh sgt la bro 🙁

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 December 2012 at 9:42 PM

      Rugilah kalau jauh.. Murah sangat dah ni. Hehe

      Reply
  • donnyien 17 December 2012 at 4:37 AM

    “nampak”

    Reply
  • donnyien 17 December 2012 at 4:37 AM

    Hai bro Hazmin,
    Sampak menarik sekali jualan buku besar-besaran “Big Bad Wolf 2012” yang diadakan di Mines Convention Centre ini. Jika ada kesempatan akan berkunjung kesana nanti.

    Reply
  • TehR 16 December 2012 at 11:11 PM

    meriah nampaknya
    selamat membeli dan selamat membaca

    Reply
  • Nadot 16 December 2012 at 10:08 PM

    Baru pergi tadi… beli 43 buah buku terus…gile ah rambang mate… hehe

    Reply
  • adnin 16 December 2012 at 9:47 PM

    konfius nape name die sgt ganaz.

    Reply
  • Wadi AR 16 December 2012 at 7:13 PM

    nama je dekat tapi aku sampai sekarang tak pegi lagi

    Reply
  • akubiomed 16 December 2012 at 5:43 PM

    Ulat buku tidak akan lepas peluang. 🙂

    Reply
  • wir amir 16 December 2012 at 1:56 PM

    assalamualaikum,datang mengintai

    Reply
  • eyriqazz 16 December 2012 at 1:01 PM

    tak sempat nak pergi….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 December 2012 at 1:04 PM

      Ada masa lagi seminggu untuk terjah ni bro.

      Reply
  • JR 16 December 2012 at 12:27 PM

    Bila agaknya serigala ni nak memburu pembeli kat Alor Setar? Kalau dia mai Alor Setar JR akan menjadi antara pengunjung tetap pameran ini.

    P.S: Nanti tolong kongsi ilmu drpd buku yg Hazmin baca: “Kenapa Lelaki Menipu?”…hehehehe…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 December 2012 at 12:54 PM

      Itulah, mungkin serigala ni malas nak berjalan jauh. Atau takut kepada pemburu serigala di Alor Setar. Hehe..

      Wah.. Ramai yang menunggu tentang buku “Kenapa Lelaki Menipu” tu.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Wordless Wednesday #8

By Hazmin Hamudin

Gambar Majlis Pernikahan Lisa Surihani dan Yusry KRU

By Hazmin Hamudin

Kuterima Suratmu Telah Kubaca dan Aku Mengerti

By Hazmin Hamudin

The Star Dipanggil Ekoran Artikel Lauk Babi Dalam Sisipan Ramadan

By Hazmin Hamudin

Urutan Ringkas Peristiwa Israk dan Mikraj

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in