Nampaknya semakin lama semakin kurang idea aku nak update blog ni. Adakah ini merupakan tanda-tanda Blog Hazmin ni akan berhabuk dan semakin kurang pengunjungnya. Bilalah agaknya aku akan jumpa identiti sendiri dalam menghasilkan entri-entri yang berkualiti sekaligus dapat menarik minat reader untuk datang semula ke Blog Hazmin. Bukannya reader yang datang singgah hanya sekali sahaja kerana bahan dan entri yang kurang dan tidak berkualiti ataupun reader yang datang singgah hanya untuk meninggalkan kesan tentang kehadiran mereka. Maka ini terjadilah istilah I FOLLOW YOU, YOU FOLLOW I.
Untuk menjadi blog yang menarik dan berkualiti, blog tersebut bukan sahaja perlu mempunyai entri-entri yang berkualiti, tetapi perlu mencari ‘Ummph’ (bak kata blogger terkenal, BEN ASHAARI) untuk merasai kenikmatan sebagai seorang blogger. Perkara-perkara berkaitan BE, UV haruslah diketepikan dahulu untuk merasai kenikmatan tersebut atau lebih sesuai ungkapan ‘bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian” digunakan? Harap aku menemui ‘ummph’ tersebut dan merasai kenikmatan sebagai seorang blogger baru yang bermula dari bawah.
@eqbalzack
terima kasih en eqbal atas nasihat yg diberi
teruskan berblog, walau sebaris ayat…
@crixerity
terima kasih.
teruskan berusaha!!