BR1M 2.0 Untuk Orang Bujang Yang Mendukacitakan

Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M

BR1M 2.0 Untuk Orang Bujang Yang Mendukacitakan. Tajuk nak gempak je kan aku letak. BR1M 2.0 ataupun Program Bantuan Rakyat Satu Malaysia diteruskan lagi dan kali ini, individu bujang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2,000 layak mendapat bantuan RM250. Langkah ini adalah susulan kepada bantuan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan kurang RM3,000 pada tahun lepas. Bila dah diumum macam ni memang bersemangat aku nak mohon BR1M 2.0 ni.

Nampaknya kali ni DS Najib Razak sangat  prihatin dan mengambil berat terhadap orang bujang yang menjadi pemangkin negara dengan memberi bantuan BR1M 2.0 ni. Maksud bujang ni adalah termasuk balu, janda atau duda yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah). Bila dah baca syarat tu, dah memang layak sangat la kan aku mohon BR1M 2.0 ni. Dah terang-terang aku ni bujang lagi.

Bukan setakat tu je syarat nak mohon BR1IM ni, tapi ada lagi syarat yang lain. Individu bujang tersebuat mestilah berpendapatan kasar bulanan sebanyak RM2,000 dan ke bawah. GAJI KASAR katanya? Oh tidak… Kenapalah berdasarkan GAJI KASAR dan bukan berdasarkan GAJI POKOK?. Memang sungguh kecewa aku dengan syarat sebegini rupa yang sudah pasti memjadi batu penghalang untuk aku mohon BR1M 2.0 ni. Main KASAR betul permainan diorang ni.

Nampaknya segala mimpi-mimpi indah untuk menggapai RM250 berlalu begitu sahaja. Semakin lama semakin kabur dan terus hilang daripada pandangan. Baru aku sedar yang aku tak layak untuk memohon BR1M 2.0 ni.  Semangat berkobar-kobar nak isi borang secara online terus terbantut dengan syarat hampeh tersebut.

Bagi korang yang layak pulak janganlah lepaskan peluang untuk memohon BR1M 2.0 ni ya. Bagi yang layak tu bolehlah isi borang secara online di SINI. Yang tak layak tu yang la pandai-pandai nak menipu segala maklumat tu. Duit tu biarlah diberi kepada yang betul-betul layak dengan bantuan tersebut. Walaupun orang lain tak nampak korang menipu, tapi yang dekat atas tu tetap nampak apa yang ko buat. Sendiri jawab la ya dekat akhirat nanti.

Sosial Media

Comments
  • Post a comment

    Current ye@r *

  • akubiomed 9 November 2012 at 11:30 AM

    Kepada yang layak. Manfaat pemberian ini.

  • cik tom 9 November 2012 at 1:55 AM

    isi jangan tak isi pada yang layak..

  • padin 6 November 2012 at 10:33 PM

    yup, siapa yang layak isi jangan tak isi, hehehh

  • beckhr00y 6 November 2012 at 3:14 PM

    betul juga, sepatutnya gaji pokok macam yg selalu diisi dalam borang di U

    • Hazmin Hamudin 6 November 2012 at 4:15 PM

      Itulah… Selalunya ambil kira gaji pokok, ni kira gaji kasar pulak.

  • azza 6 November 2012 at 12:41 PM

    saya layak isi hihi

    • Hazmin Hamudin 6 November 2012 at 4:12 PM

      Untung la kalau layak untuk mohon :). Jangn lepaskan peluang yang ada.

  • syaifuddin alias 6 November 2012 at 11:07 AM

    saya malas dah nak ambik :D

  • ZOOL 6 November 2012 at 9:37 AM

    Den pun tak layak.. sikit je lagi tu

  • Baby Jane 6 November 2012 at 8:19 AM

    tak dapat 250 :’( bkn rezeki :’(

  • Eizil 6 November 2012 at 8:04 AM

    takperlah bro, tak dapat br1m, boleh dapat daripada sumber lain pula RM250 tu… :D

    ada juga ke yang menipu maklumat untuk mendapatkan br1m ni ya?

    • Hazmin Hamudin 6 November 2012 at 8:29 AM

      Mesti ada juga bro yang pendapatan lebih tapi tetap isi jugak BR1M ni.. Manusiakan tamak.

  • Cik Lily Putih 6 November 2012 at 12:39 AM

    itulah bagi peluang kat orang ramai yang lebih memerlukan.

  • boni kacak 5 November 2012 at 11:02 PM

    alhamdulillah… dah selamat isi borang ni…

  • miz ruha 5 November 2012 at 10:38 PM

    main KASAR eh… hihi~~

  • liyana nadya 5 November 2012 at 10:23 PM

    Huhuhu, sabar2.. Cer try je dlu

  • pahan 5 November 2012 at 10:20 PM

    sabar je la.hehe. try mohon je.mana tahu letak gak.hehe

    • Hazmin Hamudin 5 November 2012 at 10:37 PM

      Mungkin bagi peluang dekat orang lagi perlukan kot. Hehe

  • Amirez 5 November 2012 at 10:05 PM

    melepaslah tak dapat apply hehe.

    jemput join contest kat blog :)

    • Hazmin Hamudin 5 November 2012 at 10:37 PM

      Itulah.. Terus melepas.. Kene bersyukur apa yang ada je.

  • samdaddycool 5 November 2012 at 10:02 PM

    Gaji kasar tu maknanya sebelum potong epf / socso + elaun + OT.. betul ke?

    • Hazmin Hamudin 5 November 2012 at 10:36 PM

      Betul tu.. Gaji kasar tu belum dipotong epf/ socso serta mana2 pinjaman.. Kalau dah potong dipanggil gaji bersih.. :) .Gaji pokok gaji belum ditambah segala elaun.