Semalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengumumkan keputusan peperiksaan online Penguasa Kastam Gred W41 yang telah dijalankan pada 6 September 2014 yang lepas. Aku tahu mengenai pengumuman ni pun lepas tengok Facebook SPA. Sekarang ni semua benda mudah dan cepat sampai kepada pengguna kalau disebarkan melalui media sosial.
Work
Keputusan Kursus Lead Auditor QMS
Bulan Mei lepas aku ada hadiri Kursus Lead Auditor ISO 9001:2008 selama lima hari anjuran AJA EQS Certiication (M) Sdn Bhd – Rujuk entri Kursus Lead Auditor. Memang selama lima hari berkursus tu kena memerah otak secukupnya la. Kurus Lead Auditor QMS ni bukan sebarang kursus sebab hari terakhir semua peserta kursus perlu menduduki peperiksaan.
Kembali Bekerja Selepas Aidilfitri
Hari ni 4 Syawal, dah masuk hari keempat kita menyambut dan meraikan Hari Raya Aidilfitri. Sedar tak sedar, sekejap je rasa masa berlalu meninggalkan kita. Masa raya ni blog akan jadi suam-suam kuku je memandangkan ramai yang tidak update blog. Tapi aku akan cuba update selagi mampu. Ramai ke yang dah kerja hari ni? Sudah semestinya[Read More]