• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Makan-Makan / Chicken McRib McDonald’s

Chicken McRib McDonald’s

By Hazmin Hamudin | 4 September 2013 | 84 Comments

Chicken McRib McDonald

Semalam sempat mencuba hidangan terbaru dari McDonald’s iaitu Chicken McRib. Biasalah kalau keluar hidangan baru ni pasti nafsu makan secara semulajadinya membuak-buak nak tahu kehebatan rasa Chicken McRib ni. Dari segi nama memang dah buat aku nak cuba hidangan ni. Tapi rasa aku tak tahu macam mana.

Kalau sebut rib dah terbayangkan tulang rusuk yang sudah pastinya sedap. Tapi jauh panggang dari api. Chicken McRib ni bukan tulang rusuk ok. Ini sebenarnya hanya patty berbentuk tulang rusuk yang dibuat daripada daging ayam dicelup dengan sos barbecue. Dekat bawah ni aku ambik apa yang ditulis dekat kotak Chicken McRib ni.

Enak dan Menyelerakan

Nikmati kelazatan kepingan daging ayam yang empuk, dicelup dalam sos enak masam manis. Disajikan bersama hirisan bawang dan jeruk yang rangup, diapit roti oblong jagung hangat. Kelazatan yang tiada bandingan, sekali cuba, anda pasti nak lagi!

Itu kata McDonald’s la. Biasalah strategi pemasaran. Semua ayat mesti nak cantik je kan.

Chicken McRib McDonald (2)

Ini adalah paparan harga semasa waktu McValue Lunch dan Dinner. Harga selepas waktu tersebut tak tahu pulak aku berapa. Tapi yang pasti pasti lebih mahal daripada harga ni.

Chicken McRib McDonald (3)

Yang mengejutkan aku, aku order set hidangan single Chicken McRib. Tapi apabila dah bukak nak makan terkejut pulak tengok patty daging ayam yang diletak ada dua. Sah, kira hari bertuah aku la dapat set hidangan Double Chicken McRib. Takkan aku nak pergi McDonald’s balik semata-mata nak tukar. Dah selamat sampai dekat rumahpun. Haha.

Chicken McRib McDonald (4)

Ni rupa Chicken McRib kalau aku alihkan roti oblong jagung. Terdapat sedikit hirisan bawang dan jeruk rangup yang dikatakan tu. Dari segi rasa, memang lain daripada menu McDonald’s yang lain. Sos tu bagi aku lebih kepada rasa sos barbecue dan manis sedikit. Tapi bila makan bersama roti dan daging tu macam tak berapa nak rasa pulak. Mungkin kurang bahan perasa. Tu pendapat aku la.

Bagi yang berminat dan ingin mencuba kelainan bolehlah berkunjung ke restoran McDonald’s yang berhampiran. Cuba dan buat review. Kalau yang dah makan tu boleh la tinggalkan komen dekat sini.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Puan Kutu 8 September 2013 at 2:35 PM

    hari tu pegi mcd nk makan samurai.alih2 dh keluar chicken mcrib ni..terus cancel..makan ayam kt kfc lg masyuk.haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 September 2013 at 11:04 PM

      Tak minat ke burger yang baru ni kak? hehe

      Reply
  • Hafizul 6 September 2013 at 8:43 AM

    Oo yang ni lah yang duk iklan dalam TV tu..ada rezeki nak cuba gak..jagan lah kau mcrib mcd..haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 9:10 AM

      Yang ni la dok keluar iklan dekat tv tiap hari sekarang.

      Reply
  • AUC 5 September 2013 at 11:30 PM

    tersangat2 lama x pergi sini, dah x berminat 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 9:10 AM

      Haha. Saje je nak try. Boleh buat entri blog sekali.. Strategi cari idea tu.

      Reply
  • Khairul Zamri 5 September 2013 at 9:45 PM

    dah lama tak masuk mcd huhu biasa masuk makan bigmac je samurai jarang2

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 9:09 AM

      Ni bukan samurai ni bro. Lain mak bapak. Hehe

      Reply
  • Nastyna 5 September 2013 at 4:42 PM

    Macam-macam menu ada ni. Baca tajuk pun at first I imagine tulang selangka menjujul keluar dari burger, hehe.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 9:09 AM

      Haha.. Ape la kak. Tulang selangka keluar dari burger. Macam mana nak makan tu.

      Reply
  • aku penghibur 5 September 2013 at 2:52 PM

    wahh lama tak makan md, terbaru rupanya

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 9:09 AM

      Masih ramai yang boikot lagi agaknya kan. Hehe

      Reply
  • Anuar 5 September 2013 at 2:25 PM

    Ada hidangan McDonalds terbaru rupanya… Dah lama tak pergi McDonlad’s.. Sampai tak tahu perkembangan semasa tentang menu terbaru…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 9:08 AM

      Kalau tengok tv ada je keluar tiap-tiap hari ni bro. Hehe

      Reply
  • encikarman 5 September 2013 at 12:11 PM

    mcd biasa takde tomata kan?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 9:08 AM

      Sos tomato ke apa bro?

      Reply
  • Bahrain 5 September 2013 at 11:57 AM

    agak dah 3 tahun lebih aku tak makan MCD nie..boikoit katakan.. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 9:07 AM

      Adeh. Nak kena boikot balik ni. Hehe

      Reply
  • Strider 5 September 2013 at 11:18 AM

    owh…ini laa hidangan baru yang diperkatakan tu..nmpak gaya makanan macam nie tak sesuai nak mkn dalam kete sbb agak basah jugak laa dengan sosnya…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 9:07 AM

      Memang tak boleh nak makan dalam kereta ni bro. Tak sesuai. Lagipun besar. Hehe

      Reply
  • Mohd Shubhi 5 September 2013 at 10:13 AM

    Insyallah akan cuba jika ada rezeki nanti…nampak macam sedap!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 10:40 AM

      Nanti boleh la bro Shubhi cuba pulak. Saya kurang sikit rasa burger macam ni.

      Reply
  • waiman takwa 5 September 2013 at 9:34 AM

    Wow kecur air liur dibuatnya..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 10:40 AM

      Apa lagi. Boleh la cuba makan pulak. Hehe

      Reply
  • kakiblog 5 September 2013 at 8:42 AM

    percubaan review yang jujur..kalau review berbayar mungkin kata-kata lebih manis lagi.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 10:39 AM

      Aku kalau tak sedap memang aku cakap tak sedap je terus. Haha. Buat apa nak tipu orang. Orang datang cari maklumat. Kalau bayarpun kalau boleh aku tak nak tipu. Nasib la. Haha

      Reply
  • Ismail N 5 September 2013 at 8:37 AM

    Kawe kalau pegi McD, order burger jer. Kalau ayam cari kat KFC or Ayamas. Hmm.. dah lama tak makan ayam kat McD. Maybe boleh try McRib ni kot.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 10:39 AM

      Boleh la cuba nanti bro. Mana tau berkenan ke

      Reply
  • tihara 5 September 2013 at 6:41 AM

    memang nampak sedap tapi dah lama tak makan mcd..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 10:38 AM

      Masih boikot McD? Hehe

      Reply
  • ajumohit 5 September 2013 at 5:56 AM

    emmm dah lama tak
    makan mcd ni bro, tapi nampak
    burger tu pon dh bergembira rasanya 😉

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 10:38 AM

      Lepas ni kalau sedih boleh la tengok burger ni kan kak. Terus boleh bergembira. haha

      Reply
  • Zida 4 September 2013 at 11:56 PM

    Dah lama tak pegi McD ni. Sebab salu terbayang2 apa orang cakap…….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 10:38 AM

      Terbayang-bayang apa Zida?

      Reply
  • izan mama mia 4 September 2013 at 11:45 PM

    masih boikot md…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 10:37 AM

      Yang ni tak boleh nak cakap apa la 🙂

      Reply
  • Sop 4 September 2013 at 11:29 PM

    blom rasa lagi
    nampak cam sedap
    kena try juga nanti :

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 10:37 AM

      Hehe. Try la bro Sop. Nanti boleh bagi pendapat pulak macam mana rasa.

      Reply
  • Azie 4 September 2013 at 10:00 PM

    Nampak sodap, nak try nanti. Sebelum tu tengok gambar ni pun jadilah hehe.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 10:36 AM

      Hehe. Tengok gambar ambik mood nak cubakan.

      Reply
  • JR 4 September 2013 at 9:45 PM

    Kalau ada resepi nak cuba buat sendiri…..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 10:36 AM

      Hehe. Kena mintak dengan McD kalau nak cuba sendiri bro JR.

      Reply
  • tmm 4 September 2013 at 9:37 PM

    dah try…not bad… mengingatkan saya kepada prosperity burge…nyum nyum nyum

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 10:36 AM

      Mungkin kena dengan tekak bro. Prosperity rasa pedas. Yang ni manis.

      Reply
  • Irwan Alessa 4 September 2013 at 8:27 PM

    Aku baru telan sebiji burger Ayam, baru habis.. terus lapo lagi.. Mak Aiii.. Hohoho

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 10:35 AM

      Pergh. baru telan burger sebiji pun lapar lagi. Boleh tahan jugak selera makan bro ni.

      Reply
  • pipoq 4 September 2013 at 8:20 PM

    aku tak merasa lagi..dan kalau rasa nak merasa sangat baru aku beli menu2 tampilan dari McD tu..sebab kekadang tu memang tak menepati selera sangat..

    atau mungkin dah terbiasa sangat dengan menu2 utama kot..hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 10:35 AM

      Memangpun. Dah berapa menu limited diorang ni yang aku tak berkenan. Kurang kena dengan tekak aku ni.

      Reply
  • suriaamanda 4 September 2013 at 7:24 PM

    haaaa…betul kan…betul kan…x sedap..sos barbeque dia manis….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 10:34 AM

      Memangpun. Tak berapa nak layan sangat sos macam ni. Hehe

      Reply
  • lizz 4 September 2013 at 6:32 PM

    Biler nengok pd packaging tu hamboi kemain sedap..akak ttp suka chicken mc deluxe hehe…ni yg teringin mkn mc d ni tetibe…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 10:34 AM

      Wah.. Dengan packaging je McD dah berjaya tarik orang nak makan kan kak. Hehe. Chicken McDeluxe memang sedap kak kalau tengah panas.

      Reply
  • Mieya Atiera 4 September 2013 at 6:16 PM

    Pergh.. Meleleh air liur. Nampak menyelerakan!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 10:14 AM

      Kih3. Sampai meleleh air liur ye. Depend kepada selera masing-masing jugak ni kan.

      Reply
  • onlajer 4 September 2013 at 3:26 PM

    WAH MELELEH AIR LIUR NAK TRY JUGAK LAH

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 10:14 AM

      Try bro. Jangan tak try. Hehe

      Reply
  • Kak Zakie Purvit 4 September 2013 at 3:14 PM

    Baca iklan yg Hazmin papar kakak pun tergoda tapi tak pernah cuba pun lagi. Entah bilalah nak pergi sebab kakak jaaaarang ke McD kalau anak tak mintak.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 9:07 AM

      Hehe. Selalu memang yang muda remaja je yang sukakan kak McD ni.

      Reply
  • WRizuan 4 September 2013 at 2:41 PM

    perghhh menyelerakan bro…aku dah 3 malam pekena burger hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 9:06 AM

      Pergh. Lepas ni masa untuk badan membesar pulak la. Hehe

      Reply
  • Joe 4 September 2013 at 2:34 PM

    Sedap ke? Kuah dy camne?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 9:06 AM

      Kuah dia rasa barbecue bro. Masam-masam manis macam tu.

      Reply
  • akubiomed 4 September 2013 at 2:00 PM

    Lelehan kuahnya tak ingat. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 9:05 AM

      Haha. Lelehan tu yang membangkit selera tu.

      Reply
  • zool 4 September 2013 at 1:59 PM

    kalau pandai buat sendiri lagi best kan

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 9:05 AM

      Kalau buat sendiri memang lagi gempak bro. Bahan boleh letak semahunya.

      Reply
  • titan 4 September 2013 at 1:33 PM

    gua tak rasa lagi yang ni..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 9:04 AM

      Lu asyik makan cendol je. Memang tak rasa yang ni. Haha

      Reply
  • Mak Lagenda 4 September 2013 at 1:22 PM

    Kalo tengah lapo camni, tgk apa pun lapo!!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 9:04 AM

      Memang la mak. Letak batu dengan kuyu, hias cantik-cantikpun nampak sedap kan mak. Haha

      Reply
  • BUNDA 4 September 2013 at 12:49 PM

    BELUM PERNAH RASA LAGI…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 9:03 AM

      Mungkin nanti bunda boleh rasa 🙂

      Reply
  • yui 4 September 2013 at 12:15 PM

    yui tak rasa lg ni.mmg nmpk sodaaapp ja ni..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 9:03 AM

      Try la rasa yui. Mana tau berkenan ke kan.

      Reply
  • AKMA.my 4 September 2013 at 11:48 AM

    Macam sedap je…..saya camne pun kalau beli McD mesti pilih Mc Chicken…dari dulu sampai sekarang..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 9:03 AM

      Masing-masing ada menu favorite kan kak. Keluar la menu baru macam mana pun pasti orang order menu yang dah biasa dia makan.

      Reply
  • lieyalatif 4 September 2013 at 11:14 AM

    tingin nak try lepas kuar iklan tuh…nanti akak pi laaaa….dah lame tak gak pekene mekdi nieh….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 9:02 AM

      Dah pekene buat review sikit kak. Nak tau sedap ke tak. Hehe

      Reply
  • izan ishak 4 September 2013 at 11:03 AM

    sudah lama tidak jejak mcD ni… tgk sekali imbas, terus terbayang tulang rusuk yg enak gitu…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 8:01 AM

      Tulang rusuk lagi sedap daripada ni. Hehe

      Reply
  • papa mifz 4 September 2013 at 10:19 AM

    den tak pernah cuba lagi , tengoklah jap2 lagi ke…;)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 8:00 AM

      Hehe. Kalau teringin nanti cuba la.

      Reply
  • Sylarius Yusof 4 September 2013 at 10:11 AM

    Hmmm.. Chicken McRib, kalau translate Melayu jadi Ayam McTulang Rusuk. Hahaha.

    Sos BBQ dia tu ada rasa pedas-pedas lada hitam macam Prosperity Burger ker?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 September 2013 at 8:00 AM

      Itulah.. Cari jugak mana tulang rusuk dia. haha. Tak pedaspun burger ni bro. Rupa je sama.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Makin Jahanam Alexa Blog Ni

By Hazmin Hamudin

Tempat Bertapa Semasa Di Pejabat

By Hazmin Hamudin

Liga Malaysia – Dua Pemain Import Dibenarkan Musim Depan

By Hazmin Hamudin

Yusry Reka Banglo Untuk Lisa Surihani

By Hazmin Hamudin

Berblog Ikut Waktu Pejabat

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2022 · Genesis Framework · WordPress · Log in