• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Makan-Makan / Dapat Juga Makan Garrett Popcorn

Dapat Juga Makan Garrett Popcorn

By Hazmin Hamudin | 30 August 2013 | 62 Comments

Cashew CaramelCrisp Garrett Popcorn

Dapat juga makan Garret Popcorn ni. Aku beli dua hari sebelum raya lagi. Tapi baru sekarang nak buat entri. Kirim dekat office mate yang rajin menapak pergi KLCC. Padahal KLCC tu sekangkang kera je dengan ofis aku. Dah bertahun aku buat entri Hanya Mampu Melihat Garrett Popcorn, tapi baru sekarang aku nak merasa Garrett Popcorn ni. Nampak tak betapa malasnya aku nak berjalan pergi KLCC walaupun hanya bertentang mata je dengan ofis. Haha.

Cashew CaramelCrisp Garrett Popcorn (2)

Aku mana pernah beli popcorn canggih-canggih macam ni. Jadi aku memang tak tahu nak beli perisa apa yang sedap. Aku nak popcorn perisa caramel. Ikut jela apa yang office mate aku cadangkan ni. Dia suruh campur-campur segala nut yang ada dekat situ. Layan jela kan.

Yang aku ambik ni untuk saiz large. Kalau tak silap aku kalau nak beli ikut saiz small, medium, large dan jumbo. Ikutlah koraang nak makan banyak mana. Bayar je harga yang ditetapkan.

Cashew CaramelCrisp Garrett Popcorn (3)

Ni jumlah harga yang aku perlu bayar untuk pack large. Terkejut tak tengok harga popcorn macam tu? Haha. Jangan terkejut ok. Mahal sebab aku ambik perisa CaramelCrisp yang ada Almond, Cashew dengan Macadamia. Memang puas aku menggigit kacang-kacang tersebut sambil disaluti caramel. Crunchy ko masa gigit tu. Lazat.

Pendapat aku, rasa popcorn CaramelCrisp ni memang sangat sedap. Mana tak sedap kalau popcorn bersaiz besar disaluti lapisan caramel dan kacang-kacang yang besar. Bila digigit pulak memang sangat crunchy ok. Memang kena la dengan harga yang macam tu. Cuma kalau yang kurang gemar makan makanan manis tu, perisa caramel ni memang akan menyebabkan lidah korang reject. Kalau dah perisa caramel tu memang manis la kan.

Kalau korang nak cuba popcorn lain daripada yang lain, boleh la cuba Garrett Popcorn ni. Mana tahu ada duit lebihkan, apa salahnya mencuba. Hehe. Lepas ni aku nak cuba perisa CheeseCorn pulak. Tapi tak tahu la tahun bila pulak.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • suriaamanda 3 September 2013 at 8:34 AM

    Dania punya peberet ni…andai pi KLCC ngan dia mmg rabak dek makan jer…hahahah….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 September 2013 at 9:24 AM

      Hehe. Benda sedap macam ni mesti budak-budak sukakan. Kalau ada anak nanti tak boleh nak biasakan ni.

      Reply
  • MK Kimi 2 September 2013 at 6:04 PM

    RM47 utk popcorn? WOW! tgk wayang pon jrg bebenor mkn popcorn

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 September 2013 at 10:14 PM

      Haha. Saja nak try apa yang special popcorn ni bro.

      Reply
  • Baby Jane 2 September 2013 at 4:56 PM

    kureng sikit popcorn2 ni hmmmmmmmm harghhhhhhhhhhhhhhhhhhh nak cuba la plak!! nak cuba sebab mahal. boleh alasan mcm tu? wakkwkwkwkw

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 September 2013 at 10:14 PM

      Haha.. Silalah…:) .Asyik makan kedai Korea je kan.

      Reply
  • Sop 2 September 2013 at 12:50 PM

    harga kedai ‘pakar’ cam ni mmg xleh lari kan.. hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 September 2013 at 10:15 PM

      Itulah. Nak try jugak apa yang istimewanya popcorn kedai pakar ni.

      Reply
  • Sop 2 September 2013 at 12:49 PM

    blom pernah rasa lagi kat kedai ni 🙂

    Reply
  • Nisa' 2 September 2013 at 11:58 AM

    Agak terkejut dengan harganya. I thought it was around $20 for large size. Tunggu orang belanja baru dapat merasa…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 September 2013 at 10:15 PM

      No la. Maybe yang ni mahal sebab ambil yang ‘nut’. untuk yang biasa-biasa harga takda la mahal sangat.

      Reply
  • Hafizul 2 September 2013 at 9:39 AM

    Tak pernah makan lagi popcorn jenis ni..hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 September 2013 at 10:16 PM

      Bila bro nak mencuba pulak popcorn jenis yang ni?

      Reply
  • Khairul Zamri 1 September 2013 at 2:19 PM

    pernah tertengok tp tak pernah beli huhu

    Reply
  • JR 31 August 2013 at 12:06 AM

    Bila dah tua2 ni dah tak suka lagi popcorn, tapi pop music masih suka…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 August 2013 at 10:42 AM

      Nasib baik bukan kpop bro JR. hehe

      Reply
  • [email protected] 30 August 2013 at 11:30 PM

    Setakat ni mampu beli yg kat pasar malam jer. Tapi x pe,nanti bila Cik Kiah buat rombongan pi KLCC, boleh le cuba beli ..;)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 August 2013 at 10:42 AM

      Datang klcc boleh la beli.lepas tu mesti tak pandang yang pasar malam punya.

      Reply
  • tihara 30 August 2013 at 10:36 PM

    tak penah rasa, jauhnya nak pi beli..huhuh

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 August 2013 at 10:41 AM

      Hehe. Jauh ke?

      Reply
  • tmm 30 August 2013 at 9:47 PM

    klu pegi klcc mmg tak lupa beli garret popcorn ni, klu flavour yg nak beli dah abis, sanggup tunggu 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 August 2013 at 9:51 PM

      Wah.. Ada jugak rupanya peminat Garrett Popcorn ni dikalangan lelaki ye. Siap tunggu tu kalau abis. Bro suka yang mana?

      Reply
  • anif 30 August 2013 at 8:20 PM

    Popcorn premium ni.. 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 August 2013 at 9:40 PM

      Hehe. Sekali sekala takpa kot bro. 😀

      Reply
  • TehR 30 August 2013 at 7:25 PM

    aku pernah makan yang biasa2 kat pasar malam je
    hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 August 2013 at 9:40 PM

      Janji popcorn jugakkan.. 😀

      Reply
  • lizz 30 August 2013 at 7:06 PM

    saya kalo makan popcorn kat sini suka caramel crisps with nut huih punyalah sedap nyum2…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 August 2013 at 9:40 PM

      Hehe. Dia punya crunchy tak dapat diterangkan..

      Reply
  • khairul asrol 30 August 2013 at 6:21 PM

    uishh nampak sedap je. hehe. tapi aku tetap suka pop corn yang zaman budak2 dulu. apa orang panggil. ketih jagung ea? hoho.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 August 2013 at 9:39 PM

      Bertih jagung dengan popcorn tu benda sama je bro. Hehe. Rasa je yang berbeza.. 🙂

      Reply
  • puteri kasih 30 August 2013 at 5:59 PM

    Belum lagi rasa Garrett popcorn ni…tapi kalau tengok harga fikir dua tiga kali gak la nak beli ke tak…hahaha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 August 2013 at 9:38 PM

      Hehe.. Yang murah punya ada. Tapi takda kacang la. Kosong je..

      Reply
  • Anim 30 August 2013 at 5:19 PM

    kat Sp tak ada..tapi kalau tengok rega, tak beli pun tak apa…heee

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 August 2013 at 9:37 PM

      Hehe. Ala.. Boleh beli yang saiz small. Murah sikit dari yang ni.

      Reply
  • Strider 30 August 2013 at 5:10 PM

    Garret popcorn nie rasa dia memang lain dari yang lain..tak macam popcorn yang beli kat wayang..tapi memang berbaoi laa bayar mahal2 utk popcorn yang sedap..hehe

    Regards,
    -Strider-

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 August 2013 at 9:37 PM

      Memang jauh sekali kalau nak bandingkan dengna popcorn wayang tu kan bro. Kita tak kisah la keluar duit sikit nak makan popcorn sedap.

      Reply
  • hafizmd 30 August 2013 at 4:45 PM

    payah ambe nak imagine rasa popcorn ni…nak kena ada “org dekat klcc” belanja dulu….keh3….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 August 2013 at 9:36 PM

      Aik.. Hehe. Meh datang KLCC..

      Reply
  • LydSunshine 30 August 2013 at 4:45 PM

    Salam, cheese corn tak sedap. Sebab kalo ko kata ko jenis suka yg crunchy, baik jgn beli. Yang cheese tu lemau. Bayangkan makan popcorn lemau pastu perisa cheese. Dah la masin terlebih. Tpi yang caramel tu memang mabeles sedap gile. Puas hati bayar mahal tul tak?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 August 2013 at 9:35 PM

      Macam tak sedap je bunyi yang cheese ni. Termasin yang tak tahan tu. Kalau nak rasa jugak kena beli yang small jela rasanya. Bagi puas hati. Hehe

      Reply
  • diana 30 August 2013 at 4:19 PM

    dok dengar citer orang je la..nak pi ke KLCC nun jauh…hehhe..harap2 ada la kat penang yang nak buat lagu ni..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 August 2013 at 9:34 PM

      Kalau dekat Penang tak boleh buat apa-apa la. Tapi dekat sana lagi banyak makanan champion.

      Reply
  • Mak Lagenda 30 August 2013 at 3:35 PM

    MMg slalu dgr kwn2 dok kata garrett popcorn ni sedap ya amat but xde peluang lg mak nak merasa. Org kampung la katakanso..mmg payah la nak merasanya. Hiks..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 August 2013 at 9:34 PM

      Ala.. Mak beli makan dengan sambal belacan or sambal tumis pun boleh jugak ni mak, Hehe

      Reply
  • hafiz 30 August 2013 at 12:07 PM

    amboi boleh tahan juga harganya

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 August 2013 at 2:42 PM

      Harga untuk merasa tu. Haha

      Reply
      • hafizmd 30 August 2013 at 4:55 PM

        hahahha….tu baru rasa…kalau melantak…tak taulah…keh3

        Reply
        • Hazmin Hamudin 30 August 2013 at 9:33 PM

          Kah3.. Melantak murah sikit daripada merasa.

          Reply
  • ejam 30 August 2013 at 11:57 AM

    pehh harganya memang fuh fuh fuh..
    fikir panjang juga ni kalau nak merasa..hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 August 2013 at 2:42 PM

      Ada saiz kecik bro kalau nak merasa. Hehe

      Reply
  • Irwan Alessa 30 August 2013 at 11:48 AM

    perggghhh.. gua mkan jagung reti la.. hahaha pop corn kurang minat..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 August 2013 at 2:42 PM

      Ni adik beradik jagung jugak ni bro. Tapi advance sikit..

      Reply
  • akubiomed 30 August 2013 at 11:44 AM

    Jauhnya mengidam makan Pop Corn. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 August 2013 at 11:48 AM

      Dekat je ni bro. Ofis depan KLCC. Tapi tak rajin nak pegi beli. Hehe

      Reply
  • Dkna Abza 30 August 2013 at 10:04 AM

    dkna makan popcorn yang jual kat gsc jer hehee

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 August 2013 at 10:21 AM

      Try pulak yang ni dkna. Mana tau berkenan. haha

      Reply
  • Ibu Mifzal Arsyad 30 August 2013 at 10:00 AM

    sedapnya…garret popcorn mmg harga mahal tp sedap sgt..sy duka yg caramel crisp tu..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 August 2013 at 10:19 AM

      Rasanya ramai yang suka caramel tu kan. tapi tu la agak manis la. Hehe

      Reply
  • Anuar 30 August 2013 at 9:53 AM

    Mahalnya harga Popcorn ni… gigit jari nak beli… hehehe 😉

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 August 2013 at 10:19 AM

      Hehe. Saje nak merasa je bro. Tapi ada rasa kira ok la tu.

      Reply
  • shida 30 August 2013 at 9:48 AM

    nmpk sdp…mahalnya..huhu…
    tp kalo berbaloi mmg xkesah price kan?…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 August 2013 at 10:18 AM

      Kalau benda sedap dan puas hati, memang orang tak berapa kisah sangat dengan harga ni. Hehe

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Wordless Wednesday | Kipas Mesin Rumput

By Hazmin Hamudin

Gambar Dan Video Kemalangan Maut Di Federal Highway

By Hazmin Hamudin

Pemasangan Sticker RFID Pilot Test

By Hazmin Hamudin

Rupa Pejabat Baharu Apple Seperti Piring Terbang

By Hazmin Hamudin

Komisen Pertama AgenAffiliate.com

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in