Lepas tersebarnya Filem KL Gangster 2 ni di Youtube dan juga link untuk download di blog-blog , sekarang ni tiba pula giliran taukeh-taukeh DVD cetak rompak mengambil kesempatan. Biasalah, takkan nak makan sorang je kan. Benda tengah panas, kalau tak ambik kesempatan rugi pulakkan. Gambar ni aku dapat dekat FB. Dipercayai lokasi penjual berada di Melaka.
Filem KL Gangster 2 arahan Shamsul Yusof ni sepatutnya ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia pada awal bulan Oktober nanti. Tapi, apa yang dirancang jadi sebaliknya pulak. Siapa yang tak marah kalau hasil karya kita, penat lelah kita bekerja untuk menghasilkan karya tersebut diperlakukan sebegitu rupakan. Kalau aku di tempat dia pun frust jugak beb. Melabur sampai juta-juta, sekali orang sebarkan macam tu je.
Tapi itulah, nak kesian sangatpun tak boleh jugak. Yela, macam mana benda ni boleh terlepas kalau bukan ada orang dalam sendiri yang bocorkan. Takkan tiba-tiba boleh keluar sendiri dekat Youtube tu. Ke gangster yang sebarkan? Hehe. Ada yang cakap itu merupakan strategi untuk melariskan filem beliau. Yang ni aku tak tahu. Kalau macam ni punya strategi, memang aku gelak habis la. Haha.
Lagi satu yang aku tak setuju sebab sekarang ni kerajaan sibuk membenteras kumpulan kongsi gelap dan gangster secara besar-besaran di seluruh Malaysia. Tapi macam mana filem yang berunsurkan gangster macam ni boleh diluluskan pulak tayangannya? Kalau ini cara untuk mendidik masyarakat aku tak setuju. Ni bukan untuk mendidik, tapi lebih kepada untuk mengajar perkara yang tidak elok dan mengaut keuntungan sebelah pihak sahaja.
Sekarang ni pun budak bawah umur dah pandai cakap style gangster. Bagi mereka, gangster adalah hero. Kalau betul nak mendidik, kenapa tak dibuat filem yang berunsur ilmiah ye tak? Direct terus apa yang hendak disampaikan kepada penonton ataupun kumpulan sasaran. Memang aku tahu benda yang elok tu la yang paling boring orang nak pergi tengok dan jugak tidak menguntungkan.
Ok lah, pihak berkuasa yang berkaitan lepas ni bolehlah berjalan-jalan ke Melaka pulak ataupun melakukan lawatan ke tempat-tempat menjual DVD cetak rompak ni ye. Hehe. Kasi benteras lanun-lanun dan gangster-gangster cetak rompak tu.
Memang boleh agak la benda ni akan jadi cetak rompak…. biasa laaa demand tetap ada kan
agak sukar juga industri perfilamen negara jika masalah cetak rompak masih belum diselesaikan..
adik SA pun dapat link kawan dia hantar..full movie..ikutkan memang kesian…x tau la kena sabotaj ke apa…or strategy..kita tunggu je la hasil siasatan…
Awal sangat DVD tu keluar,redha je la kan, benda macam ni dah selalu terjadi
org dalam jg buat kerja ni…
sudah ada DVD nampaknya huhuhu
Biasa la tu bro. Tokey cetak rompak mesti ambik kesempatan punya.
pengajaran supaya lepas ni toksah buat dah lah citer gangster, rempit..merepek belaka ni
Buat cerita yang ada unsur ilmiah pulak. Tersebar pun takpa kan. Hehe
Ambe mmg sejak dulu lagi tak pernah tgk citer2 macam ni…
Lebih parah, macam bro cakaplah…ada budak2 yg dah pandai cakap “langsi” dan macam2 lagi kata2 yg tak elok….
Itulah.. Filem yang disangka untuk menyedarkan masyarakat tu la sebenarnya lagi merosakkan.
ayoooo cptnyer diaorg nih… udah kuar kt dvd lak… nngis lah samsul yusuf
Nak nangis pun tak guna dah. Hehe. Memang frust abis la tu.
wah nanti kena saman oleh datuk yusof ngehngehngeh
Haha. Siap yang sebarkan tu hati-hatilah ye.
kecoh hari tukan kl gangster 2 dah tersebar padahal tayangan bulan sepuluh ni…nasib yang tersebar tu bukan hdkan…
tapikan dierang cakap cerita ni best…
Itulah. lama lagi nak ditayangkan, tapi dah tersebar. Memang bukan rezeki dia la tu kali ni.
Biasalah isu cetak rompak ni, seperti isu2 lain, tindakan penguatkuasa kita cuma hangat2 tahi ayam. Kalau kes tembak yg berlaku hari2 sukar nak selesaikan, apa lagi cuma kes cetak rompak…
Itulah bro JR. Benda tak sudah-sudah.
jujur saya sokong Syamsul, siapa tak nak hasil terbaik…kalau laku filem ini ke ke arena dunia tak ke rasa bangga, Melayu kita juga…
Hehe. Kalau jadi dia memang kecewa la jugakkan.
Kesian betul la Shamsul Yusuf,duit dah habis juta2,last2 kena cilok 🙂
Itulah. Dia pun kena cari punca dekat sebelah pihak dia jugak. Tak boleh nak salahkan blogger or sesiapa yang sebarkan tu. Mesti ada kelemahan dekat mana-mana tu.
pehh..laju betul ek diorang..
Ingat blogger je laju. Hehe
pengaruh filem cam ni bukan bg kanak2 takut nak jd gengster tp lagi hendak jadi rupanya
genster nampak lagi cool kot? hehehe
cetak rompak mmg x boleh nak bendung selagi ada buyer.. hehehe
Itulah. Dengan gaya percakapan tu lagi la mudah kanak-kanak nak ikut dan tiru.
kesian syamsul, habis titik peluh dia orang curi..hopefully masih ramai rakyat malaysia yang nak tgk kat wayang…
Regards,
-Strider-
Dalam masa sebulan ni rasanya ramai dah tengok yang download/DVD ni. Tak tahu la ramai ke tak tengok cerita ni dekat wayang nantikan.
aku tak berapa suka beli dvd lagi – lagi cerita tempatan pasal conform tak terang, tunggu jelah raya tahun depan mana tahu keluar
Suka download je kan bro? Hehe
Kesian belum keluar dah kena ciplak…
Sebenarnya aku ni tak berapa nak kesian pulak. Tapi tulah, yang salah tetap salahkan.
Tak payah kesian sangat kot, filem memang bagus tapi moral hancur..
Memang tak boleh nak dikesiankan. Hehe. Dengan keuntungan juta-juta yang dia dapat, apa yang dia bantu masyarakat?
MJ pun tak bersetuju dengan lambakan filem2 gangster seakrang ni.. Dulu citer rempit, skrg gangster plak
Itulah.. Dengan filem hantu pulak tu. Tak membina betul.
Negara kita bab cetak rompak ni macam mana kekang pun masih berleluasa. Sekejap senyap lepas tu balik lagi – lagi dan lagi.
Budak jadi gangster di sekolah pun ada kan. Takut kakak:(
Cetak rompak ni kalau takda yang beli memang tak menjadipun. Sebab ada yang beli la tu. Tambah pulak filem yang hot kan kak. Lagi la laku.
Dekat sekolah jangan cakap. Memang ada je yang kaki gaduh tu kak. Lepas tu tengok filem gangster lagi la terikutkan.
Hehe..memang macam tu la kan manusia ni..
Macam tu la bro. Hehe
yui cukup tak minat filem cmni..tmbh2 lau budak2 tgk..kang diikutnya pula
Itulah pasal. Bukak sekarang ni dah bijak pandai. Kalau takda tunjuk ajar, abis la sesat.