Empat Susu Danone Dumex Disyaki Tercemar setelah pihak Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd (Danone Dumex) menarik balik keluaran terhad Dumex Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore dan Bebelac sebagai langkah berjaga-jaga. Pihak Danone Dumex Malaysia memaklumkan bahawa satu daripada ramuan mereka mempunyai potensi isu kualiti.
Tindakan ini susulan daripada pihak berkuasa New Zealand mengeluarkan amaran mengenai ‘whey protein concentrate’ (WPY) dalam keluaran Fonterra kerana disyaki dicemari dengan Clostridium botulinum, yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
Keempat-empat produk susu Dumex yang ditarik balik dari pasaran adalah:
- Dumex Dupro Step 2 dengan nombor batch 04263B2, 04273B2, 05033B2, 05093B2, 05153B2, 05223B2, 05233B2, 05143T1, 05153B1, 04263B1, 04273B1, 04273B2, 05033B1, 05033B2, 05093B1, 05093B2, 05153B1, 05153B2, 05223B1, 05223B2 dan 05233B1.
- Mamex Cherish Step 1 dengan nomobor batch 06103T1, 06213B1, 06213B2, 06053R1, 06123R1, 06093T1 dan 06213B1.
- Mamex Explore Step 2 dengan nombor batch 06093T1, 06123R1, 06213B1 dan 06213B2.
- Bebelac Step 2 dengan nombor batch 05023R1 dan 05033R1.
Pengguna tidak boleh memberikan produk tersebut dengan nombor batchdiatas kepada bayi. Sekiranya anda telah menggunakan produk diatas untuk bayi anda, dan bayi anda menunjukkan tanda-tanda sakit atai tidak sihat, sila lah berhubung segera dengan pakar perubatan sebagai langkah berjaga-jaga.
bahaya jugak kalau dah tercemar mcm ni kan
uishh..bahaya ni..ibu-ibu dan ayah-ayah perlu ambil perhatian..
Memang bahaya kalau dah melibatkan kesihatan bayikan bro.
hihi.. toi juga kan sbb yui tak kwin lg..hihiih
kesian anak2 yang minum susu ni, pihak yg berkenaan silalah lebih sensitif
Nasib la pihak Danone Dumex Malaysia mengambil tindakan cepat dengan memaklumkan kepada orang ramaikan kak.
bahaya ni, nasib anak2 auc x guna susu nih…
uigh nasib tak pakai brand dumex
Bro pakai brand apa? Hehe
Susah juga bila anak2 dah membesar dgn susu tu baru tau ada bahan tercemar di dalamnya. Cuma takut kesan jangka panjang…
Harap tiada yang terkena dengan susu tercemar ni. Bahya betul.
uish mcm2 hal..
slmt hari raya.
Nasib la Yui tak kawin lagikan. Haha
anak buah den ada yang minum susu Dumex nih x silap , nanti den confirmkan dengan maknya….
Elok confirmkan bro. Semak no batch dekat tin tu.
at 1st seram gk, nsb lah aiyan nyer susu tak tersenarai…
Nasib la tak tersenarai ye. Kalau tak perlu diperiksa lebih lanjut. Risau melibatkan nyawa nanti.
bahaya juga sekarang…. susu bayi pun ada bahayanya..
Itulah. Kalau tak hati-hati nyawa bayi boleh terjejas nanti ni.
Tindakan pantas pihak pengeluar mengeluarkan kenyataan rasmi untuk mengingatkan pengguna produk mereka.
Kalau melibatkan kesihatan dan nyawa elok dikeluarkan kenyataan dengan pantas. Tambahan pula melibatkan bayi dan kanak-kanak.
my nuha minum dumex tapi hrp2 dia punya memang betul2 la tak terkena. dia dumex dugro 3-6 tahun.my nayla s26. harap2 x kena jugak.
Elok semak tu kak. Bahaya jugak kalau termasuk dalam batch yang ditarik balik tu.
TU LE…mase akak tgk kuar berita tu terus cuak sbb anak2 akak mmg minum dugro..cepat2 cek no batch ….hope bende ni tak lame la kan….
**selamat hari raya maaf zahir dan batin dari akak sekeluarga….
Buat masa ni baik tukar susu lain la kak. Tapi nasib ada no batch tu kan. Kalau tak memang payah jugak.
*Selamat hari raya jugak kak.. 🙂