Era FM Muncul Sebagai Stesen Radio Nombor Satu Di Malaysia. Stesen radio Era FM mengungguli keseluruhan jumlah pendengar radio di negara ini apabila muncul sebagai stesen radio nombor satu dengan jumlah pendengar seramai 4.8 juta orang bagi tempoh pengukuran pendengar radio Nielson, liputan pertama 2012.
Manakala Sinar FM pada tempat kedua dengan jumlah pendengar seramai 4.23 juta orang. Tempat ketiga jatuh kepada stesen THR, gabungan siaran Raaga dan Gegar dengan jumlah pendengarnya seramai 3.39 juta.
Stesen radio milik Kumpulan Media Prima Berhad iaitu Hot FM menduduki tangga keempat dengan jumlah pendengar seramai 3.37 juta diikuti tempat kelima milik Suria FM yang hanya meraih 2.8 juta pendengar. MY FM pula menduduki tempat keenam (2.54 juta pendengar) sementara Hitz FM di kedudukan ke tujuh (2 juta pendengar).
Kajian yang dibuat agensi kaji selidik Nielsen bermula 19 Mac hingga 15 April lalu itu turut memperlihatkan AMP menduduki tempat pertama dalam semua kategori bahasa utama iaitu Era FM (Bahasa Malaysia), Hitz FM (Bahasa Inggeris), MY FM (Bahasa Cina) dan THR Raaga (Bahasa Tamil).
AMP dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Jumaat berkata, kekuatan stesen Era FM yang berjaya merampas kembali popularitinya daripada Sinar FM adalah kerana kekuatan segmen Riuh Pagi Era yang menggandingkan pelawak Johan (Raja Lawak) serta Ray dan Haniff.
Selain itu perubahan yang dilakukan oleh Era FM dengan memperbanyakkan lagu di saluran stesen itu antara faktor penarik saluran berkenaan kembali diminati ramai.
Berikut ini kedudukan keputusan pengukuran pendengar radio yang dibuat oleh Nielson bagi liputan pertama 2012 untuk kaji selidik bermula 19 Mac 2012 hingga 15 April 2012.
1. Era FM – 4.8 juta
2. Sinar FM – 4.23 juta
3. THR (Raaga & Gegar) – 3.39 juta
4. Hot FM – 3.37 juta
5. Suria FM – 2.88 Juta
6. MY FM – 2.54 juta
7. Hitz FM – 2 juta
ERA meningkat sbab ada johan.. cayalah… & 1 lagi sebab iaitu AMP sentiasa mengemaskini pemancar stesen radionya & mendengar rintihan & kehendak pendengar, tak macam HOT fm, adu banyak kali pon buat derkk je, kat K.L je Frequency die ada RDS, tempat lain Hampehh.. susah nk dgr kalau dlm kete, nk kene cari, AMP radio best, smua liputan siaran radio ada RDS, sayang AMP radio 🙂
hehe..mungkin kejatuhan hotfm disebabkan usop kot..huhu
Tu la.. Macam tak best je Usop tu jadi DJ.. Kalau berlakon mungkin la…
kekok dgn lawak usop..kdg2 x fhm..huhu
Tanniah kepada Radio ERA. 🙂
Mungkin kerana Johan, radio Era ni naik balik.