Fasha Sandha Disahkan Mengandung

Fasha Sandha Disahkan Mengandung

Fasha Sandha Disahkan Mengandung. Pelakon terkenal, Nur Fasha Sandha Hassan disahkan mengandung seminggu lebih selepas membuat pemeriksaan di sebuah klinik swasta di Ampang, semalam. Pasangan ini baru saja pulang dari berbulan madu di Pulau Redang, Terengganu pada minggu lalu selama lima hari.

Dia yang diijabkabulkan dengan suaminya Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 36, pada 28 April lalu di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai berita gembira itu kerana semuanya terlalu baru dan masih perlu menjalani satu lagi pemeriksaan minggu depan.

Fasha menyifatkan berita itu hadiah paling istimewa buat dia dan suami. Fasha juga menganggap ianya adalah rezeki dan tidak pernah menyangka seawal ini. Fasha sebenarnya tidak tahu sehingga membuat pemeriksaan pagi semalam di klinik di Ampang bersama pembantu peribadi dan kemudiannya doktor mengesahkan ujian air kencing positif mengandung.

“Suami sendiri terkejut kerana tidak menyangka menerima berita ini. Jika benar apa yang dikhabarkan kepada kami berdua ini, ia adalah rezeki dan doa kami berdua akhirnya terjawab untuk memiliki cahaya mata secepat mungkin.

“Namun saya masih perlu menjalani ujian seterusnya bagi mengesahkan sekali lagi yang saya benar-benar mengandung,” katanya.

Jejai pula bersyukur dengan berita gembira ini dan mengharapkan semuanya berjalan dengan lancar dan menganggap inilah adalah hadiah paling bermakna buat beliau dan isteri.

Semoga Fasha Sandha dan kandungannya berada dalam keadaan sihat.

Sumber: myMetro

 

Sosial Media

Comments