Durian crepe atau durian pancake telah menjadi fenomena sekarang ni. Sejak kebelakangan ni, durian crepe telah menggemparkan seluruh negara dengan menimbulkan suasana yang cukup ‘creepy’ dan menjadi terkenal secara tiba-tiba. Sana sini sibuk bercerita pasal kesedapan durian crepe ni. Adakah rasa dan rupanya begitu ‘creepy’ ? Hehe..
Apabila berjalan-jalan ke blog kawan-kawan sana sini pasti tak lepas bercerita tentang keenakan durian crepe ni. Mula la masing-masing buat entri pasal resepi durian crepe. Yela.. Sekarang ni musim raja buah ni. Kesan lambakan durian di pasaran tu bolehlah diterjemahkan menjadi durian crepe pulakkan. Asyik buat tempoyak dengan kuah durian je kan. Sekali sekala apa kata cuba kelainan buat durian crepe. Barulah style katanya.
Orang lainpun ikut trend makan durian crepe ni, aku pun mana boleh tahan. Nak jugak ikut trend. Nak jugak rasa kesedapan durian crepe. Semalam dengan bangganya melangkah la aku ke The Mines nak cari durian crepe. Hasil menghidu bau durian di Google, melangkahlah aku ke Sweet Chat Cafe di The Mines. Tapi dengan hampanya durian crepe habis la pulak.
Tapi hari ni tak sangka pulak dekat pejabat dapat jugak menjamah durian crepe. Pegawai di pejabat aku ni dengan baik hatinya beli durian crepe untuk semua rasa. Akhirnya, berjaya jugak aku merasai kesedapan durian crepe ataupun durian pancake ni. Kelemakan cream pada durian crepe ni membangkitkan lagi kesedapan rasa durian tu. Orang cakap durian crepe ni kalau dimakan sejuk-sejuk lebih sedap rasanya. Akhirnya dapat jugak aku merasai sendiri makanan yang sedang menjadi fenomena sekarang ni.
kat kedah..online? xsempat nak makan.posmen makan dulu.haha
Ganas betul posmen kat Kedah ni. Haha
ssh gak tu..kenyang la posmen..hehe
sedapnyaa…xdak buat jual eh?
feel free to follow and I follow u back..=).
http://nazirahmurad.blogspot.com/
dah cari.. xjumpa.huhu mungkin kat sini dah habis kot fenomena durian crepe
Hana dekat mana? Kena order online la kot. Hehe
argggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh xcuba la durian crepe ni!! terasa mcm jakun plak
Aik.. Tak cuba lagi ke? Rugi-rugi sebab tak cuba lagi..
Subahanallahhhhh~ Sedapnye gambar tuuu…
*Comment nie pakai plugin apa ya – tumpang tanya
Gambar je ke yang sedap?
Komen ni guna plugin Spectacu.la Discussion.
memang sedap…tapi buat sendiri lagi sedap hihihi
Tak pandai la nak buat sendiri bro. Kena beli je ni.
ha ah la… saya pun baru dpt rasa durian crepe ni… kalau tidak mmg terliur2 la tgk gambar kat blogger lain…
Puas hati dah dapat rasakan. Lepas ni nak cari lagi.
remy tak sempat nak mkn lagi…… sebab tak mkn derian……. tapi nk cuba jugak lah nanti……. nampak menarik…..
Cuba la.. Mana tau lepas ni terpikat dengan durian balikkan. Hehe
nampak mcm sedap tp azza xmkan durian la hihihi
Kalau tak makan durian mesti tak suka. Rugi la. Hehe
alahai meroyan je bla tgok gambar2 mende ni… bila la nak dapat rasa
Tak merasa lagi ke bro? Baik beli cepat.. Dah sampai tahap meroyan dah tu.
Betul tu bro,ramai blogger dah share cerita pasal durian crepe ni,saya belum berkesempatan lagi merasa plak,hehe
Bila nak merasa bro? Kalau penggemar durian kena cuba ni. Hehe
tak pernah try lagi…huhuhuhu
Bila lagi nak try ni bro? Hehe
aishh..geram plak tengokk..
Kalau dah geram kenalah cari. Hehe
saya pun ada post pasal durian crape ni.
isteri saya buat sendiri
Untung bro senang nak makan durian crepe sebab isteri boleh buatkan.
Saya sudah pernah rasa. Durian Crepe ini menepati piawaian tekak saya. 🙂
Betul tu bro. Saya akan terus memburu durian crepe yang terbaik lepas ni.
dapat juga makan ye.. hana juga yang kempunan.huhu
Hana tak dapat makan lagi ke? Hehe
belum.. haha buat2 dah makan je lah.
Kenapa tak cari? Hehe.. sedappp… Rugi tak makan.
Tapi kawe tak tahan bau nya….kuat mcm buah doyan sebenar…satu rumah bau…ahakz
Namapun raja buah tu bro. Bab bau memang tak boleh nak lawan la. Hehe.
macam2 gaya kan.. janji masuk perut sudahlah
Biasa la nak melariskan durian tu bro. Kalau rupa durian tu susah nak jual sebab dah berlambakkan.
saya pun pandai buat, cuma bab lempeng tu jadi saiz kecik maka durian crepe jadi comel2 belaka…
Hehe.. Kalau ramai-ramai sesuai la tu buat comel-comelkan. Boleh dapat banyak.
alhamdulillah, dapat jugak ya, akak pun terjebak jugak dok kalut tercari cari, akhirnya dapat di ikano kota damansara, syukur, memang sedap sesangat
Itulah kak. Akhirnya dapat jugak merasa durian crepe ni. Lepas ni mungkin akan cari lagi durian crepe ni.
baru lepas pekena 2 biji durian crepe sat tadi…nyam2..sedap
Pergh… Bakar line ni.. Memang susah nak cari durian crepe ni. Nak kena tempah pulak.
Wife den dah buat…mmg sodap di makan sejuk….sodap bangat…ahakz
Senang la bro nak makan durian crepe ni. Wife boleh buatkan. Tak payah susah-susah nak cari.
waaaaahhhh… semua dapat.. tak aci ni laaaaa… adoooii.. hahahahaa
Tak merasa lagi ke durian crepe ni bro? Silalah cari secepat mungkin.
dah dapat rasa daahh… sebijik tu, dua kali ngap aje.. hehehehe
Ingatkan belum makan lagi. Aku jela baru first time makan. Haha
hello bro,
tengok warna sahaja durian creepe ni sudah menyelerakan.. semalam cari durian tidak jumpa, pakcik tu dah tak jual durian…
Itulah.. Warnapun penting jugak nak tarik perhatian orang untuk makan. Hehe.
seriously memang creepy..haha..tapi setakat nih aku ragu2 lg nk terai sebb ade kate x sodap..ade kate sedap giler..