Gambar Majlis Perkahwinan Farid Kamil Dan Diana Danielle

Gambar Majlis Perkahwinan Farid Kamil & Diana Danielle 1

Gambar Majlis Perkahwinan Farid Kamil Dan Diana Danielle. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini kerana dengan sekali lafaz nikah, aktres jelita Diana Danielle Danny Beeson akhirnya bergelar isteri kepada aktor dan pengarah filem, Farid Kamil Zahari dalam satu majlis yang diadakan di Flamingo by the Lake.

Gambar Majlis Perkahwinan Farid Kamil & Diana Danielle 2

Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama yang juga Pendaftar Kanan Perkahwinan Daerah Gombak, Daim Jajuli kira-kira pada pukul 9.12 pagi berwali hakim manakala dua rakan Farid, Ahmad Razif Hamzah dan Abdul Hamid Abdul Razak menjadi saksi.

Gambar Majlis Perkahwinan Farid Kamil & Diana Danielle 4

Diana ditemani ibunya, Norsiah Ramli manakala ibu dan bapa pihak lelaki iaitu Datuk Dr Zahari Che Dan dan Datin Sharifah Bardah Idid Syed Abdyllah Idid turut hadir. Majlis itu dihadiri kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, teman-teman rapat, rakan artis dan wakil media.

Diana, 21, menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran bernilai RM20,000 nilai pelaburan emas.

Gambar Majlis Perkahwinan Farid Kamil & Diana Danielle 11

Pihak perempuan menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa motosikal mini Kawasaki KSR 110, telekung dan Al Quran, cincin Tiffany & Co, wang hantaran dan sireh junjung. Sementara pihak Farid pula mendapat tujuh dulang hantaran iaitu tepak sireh, sebentuk cincin dan dompet, sebuah album foto, sebuah motorsikal mini, produk kecantikan Hugo Boss, majalah Polo International dan manisan.

Sosial Media

Comments
  • Post a comment

    Current ye@r *

  • BUATBEST ? 22 November 2012 at 1:37 AM

    semoga berbahagia hendaknya..

  • Kazen 6 November 2012 at 1:02 PM

    tahniah buat farid kamil… cntik betul suasana tmpt depa kawin tu :)

  • sabree hussin 5 November 2012 at 3:43 PM

    Bro dijemput pergi ke? Ni ambik gambar kat majlis tu ke

  • cik tom 5 November 2012 at 12:17 AM

    tahniah bt farid n diana.

  • beckhr00y 4 November 2012 at 4:24 PM

    tahniah kpd mereka berdua

  • Sop 3 November 2012 at 10:49 PM

    kecewa sbb awek ku telah berkahwin (ex) hahahah
    tahniah kpd mereka

    • Hazmin Hamudin 4 November 2012 at 4:41 PM

      Rugi la bro tak kawin cepat-cepat dengan dia. Kan dah melepas. Hehe

  • sharinginfoz 3 November 2012 at 8:18 PM

    settle semuanya,

  • Juan 3 November 2012 at 7:32 PM

    tahniah buat mereka

  • titan 3 November 2012 at 7:22 PM

    pehh..bagi motosikal plak tu..gilalah. haha..

    • Hazmin Hamudin 3 November 2012 at 9:22 PM

      Haha.. Memang gempak dapat hantaran macam ni.

  • donnyien 3 November 2012 at 6:07 PM

    tahniah diucapkan kepada kedua-dua mereka. semoga bahagia hingga akhir hayat.

  • JR 3 November 2012 at 5:43 PM

    Cantiknya Diana berhijab..semoga terus kekalkan penampilan itu….

    • Hazmin Hamudin 3 November 2012 at 9:19 PM

      Orang kita ni time kahwin je nak berhijabkan.. Harap terus kekal macam tu.

  • Hairul Hissam 3 November 2012 at 5:20 PM

    semoga bahagia ke anak cucu….

  • Naziman 3 November 2012 at 4:52 PM

    Wah serba putih la. Memang terbaik. Farid kamil siap pakai selipar ja ya. hahaha

  • akubiomed 3 November 2012 at 3:50 PM

    Sudah sah menjadi pasangan suami isteri. Tanniah.