Gambar Majlis Pertunangan Akma AF Dan Farih Hamshi

by Hazmin Hamudin on 7 May 2012

in Hiburan

Gambar Pertunangan Akma AF & Farih Hamshi 1

Gambar Majlis Pertunangan Akma AF Dan Farih Hamshi. Bekas pelajar Akademi Fantasia 3 Akma AF,27, telah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan Farih Hamshi bin Dato Mohamad Fatmi, 28 di rumah keluarga Akma di Petaling Jaya pada petang 6 Mei 2012.

Akma atau nama sebenarnya Asiahtunakma Abdullah yang kini bergelar guru vokal di One Academy berkata dia tertarik dengan Farih Hamshi kerana perwatakan yang dimiliki jejaka tersebut.

Gambar Pertunangan Akma AF & Farih Hamshi 2

Gambar Pertunangan Akma AF & Farih Hamshi 3

Majlis pertunangan mereka di kediaman keluarga Akma di Taman Buana Perdana, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Akma yang kini tampil bertudung kelihatan ayu dengan busana sedondon berwarna pink rekaan Boutique Chantek pada majlis pertunangannya itu manakala tatarias oleh jurusolek terkenal, Famee Abdullah Radzi.

Gambar Pertunangan Akma AF & Farih Hamshi 4

Pasangan ini akan melangsung pernikahan pada pagi 30 Jun 2012 di Dewan Belia Antarabangsa Cheras dan pada tengaharinya akan berlangsung majlis persandingan bagi keluarga pihak perempuan. Manakala majlis menyambut menantu akan berlangsung pada 3 Julai 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) .

Gambar Pertunangan Akma AF & Farih Hamshi 5

Rombongan pihak lelaki membawa lima dulang berbalas tujuh daripada pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, cincin, tafsir Al-Quran, manisan, kain pasang, telekung dan kain baju melayu.

Kedua belah pihak masih belum menetapkan wang hantaran manakala mas kahwin pula mengikut tetapan oleh Majlis Agama Islam Selangor iaitu RM300.

Gambar Pertunangan Akma AF & Farih Hamshi 6

Untuk majlis perkahwinan yang akan datang mereka masih akan menggunakan khidmat Boutique Chantek dan Ari Wedding Couture. Semoga majlis pernikahan Akma AF berjalan lancar 30 Jun ini.

 

Incoming search terms:

  • hantaran tunang
  • baju pertunangan
  • pertunangan akma af
  • baju untuk majlis pertunangan
  • BUSANA PERTUNANGAN
Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge
  • Izzuddin Fauzi 8 May 2012 at 1:54 PM

    Dalam banyak2 pasangan… Yang nie tengok suaminya memang bersih je muka :D Semoga diorang bahagia :D
    Izzuddin Fauzi recently posted..Sesi ‘Makan Anggur’ dan Tidur

  • syamila 8 May 2012 at 10:10 AM

    suka warna pink…lembut je…selamat pengantin baru utk akma & farih
    syamila recently posted..Kehamilan – Minggu ke 27

  • LangkawiHomestay 8 May 2012 at 9:20 AM

    tahniah utk psangan.. :)

  • sjiehan 8 May 2012 at 3:34 AM

    mmg dah bertudung ke akma ni?
    sjiehan recently posted..Mothercare Malaysia

  • Jebeng Otai™ 7 May 2012 at 10:43 PM

    semoga berbahagia.. :)
    Jebeng Otai™ recently posted..Puasa

  • akubiomed 7 May 2012 at 4:45 PM

    Tanniah kepada mereka berdua dan selamat berbahagia.
    akubiomed recently posted..Merisik model baru Proton Preve’ di bilik pameran Proton Edar

Previous post:

Next post: