Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Fasha Sanda Dan Jejai Di Perlis

by Hazmin Hamudin on 4 June 2012

in Hiburan

Perkahwinan Fasha Sandha Di Perlis 1

Gambar Majlis Resepsi Fasha Sanda Dan Jejai Di Perlis. Semalam telah berlangsung resepsi perkahwinan Fasha Sandha dan Rizal Ashram (Jejai) di kampung halaman pengantin perempuan, di Kangar, Perlis. Pasangan ini mengabadikan Tasoh Lake Resort & Retreat sebagai meraikan hari bahagia mereka. Dan difahamkan idea bagi mengadakan majlis tersebut dicetus oleh ibu Fasha sendiri.

Lebih indah, bukan Fasha dan Jejai saja yang bersanding berdua, tetapi ‘bertiga’ dengan kandungan yang kini sudah berusia lebih satu bulan dan aktres yang sedang hangat menerusi drama bersiri Seindah Sakura ni ternyata sangat gembira dan bersyukur dengan apa yang kehidupan telah dilaluinya sekarang.

Perkahwinan Fasha Sandha Di Perlis 2

Dan lewat malam tadi, Fasha telah memuat naik beberapa keping foto di laman Twitter miliknya, untuk tatapan para peminat.

Bertemakan persandingan dalam taman menjadi pilihan Fasha Sandha, majlis berkonsep terbuka ni meriah dengan kehadiran lebih kurang 800 hadirin yang terdiri daripada keluarga, sahabat handai, para peminat serta pihak media. Turut hadir memeriahkan majlis, bekas menteri besar Perlis iaitu Dato’ Seri Shahidan Kassim dan beberapa orang kenamaan lain.

Pada majlis tersebut Fasha anggun berseri-seri mengenakan busana kebaya moden rona keemasan hasil sentuhan pereka fesyen Rizman Ruzaini yang dilihat sedondon dengan Jejai yang segak lengkap bertanjak dan tengkolok.

Perkahwinan Fasha Sandha Di Perlis 3

Fasha dan Jejai telah selamat di ijabkabulkan pada 27 April lalu di sebuah majlis tertutup di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur. Selang dua minggu kemudian aktres jelita ini berkongsi berita gembira bersama peminatnya menerusi laman sosial twitter miliknya, mengkhabar, dia disahkan hamil.

Berikut beberapa keping foto sekitar resepsi pasangan suami isteri ini yang dipetik dari laman Facebook rasmi Fasha Sandha.

perkahwinan-fasha-sanda-dan-jejai-di-perlis/" send="true" show_faces="false" layout="box_count" width="50" >
perkahwinan-fasha-sanda-dan-jejai-di-perlis/'>

Incoming search terms:

  • perkahwinan fasha sandha di perlis
  • gambar kahwin fasha sandha di perlis
  • majlis perkahwinan fasha sandha di perlis
  • gambar perkahwinan fasha sandha di perlis
  • gambar pengantin
Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge
  • SUHARMI ABDULLAH 24 November 2012 at 10:48 PM

    SEMOGA BERBAHAGIA KE SEPANJANG HAYAT DAN BERKEKALAN KEGENERASI DEMI GENERASI

  • intan bella 10 July 2012 at 9:09 AM

    moga fasha bertambah seri menjadi ibu and tahniah kepada fasha sandha yang menjadi kesayangan ku….may Allah bless fasha…whatever yang orang akan kata tapi fasha is the best to me…sweet fasha

  • Izzuddin Fauzi 6 June 2012 at 9:37 PM

    Barakallah! Semoga mereka berbahagia :)
    Izzuddin Fauzi recently posted..Bila Terhalang

  • akubiomed 5 June 2012 at 1:40 PM

    Nampak gaya suasana persandingan Fasha Sanda dan Jejai didalam suasa yang ceria
    akubiomed recently posted..Separuh dari rakyat Malaysia membazir

    • Hazmin Hamudin 7 June 2012 at 8:04 AM

      Tu la, macam mana kutukan dan gosip pun nampak mcam mereka still happy lagi.

  • Jebeng Otai™ 4 June 2012 at 11:35 PM

    x abis ag jdik pengantin..huhuh
    Jebeng Otai™ recently posted..Rumah Kontena

  • suri 4 June 2012 at 12:16 PM

    semoga bahagia sllu,amin
    suri recently posted..Jangka Masa Sebulan

Previous post:

Next post: