• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita / Gangguan Makhluk Halus Punca Pelajar UPSI Terjun Bangunan

Gangguan Makhluk Halus Punca Pelajar UPSI Terjun Bangunan

By Hazmin Hamudin | 23 April 2012 | 3 Comments

Seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dikatakan mengalami masalah gangguan makhluk halus, maut selepas terjatuh dari sebuah bangunan lima tingkat di universiti itu kelmarin.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata, dalam siasatan awal, pihaknya mendapati mangsa, Fatimah Mina Md Juferi, 22, mengalami masalah itu sebelum mengikuti kursus di UPSI dan masih menjalani rawatan tradisional bagi mengatasi gangguan itu.

Pelajar UPSI Terjun Bangunan 1Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan unsur mistik menyebabkan mangsa terjatuh dari bangunan E-Learning kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

Rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bangunan itu turut mendapati arwah memasuki bangunan itu dalam keadaan seperti separuh sedar sebelum dilihat menaiki tangga ke tingkat atas.

Pelajar UPSI Terjun Bangunan 2

“Malah, saya dimaklumkan rakan serumah mangsa yang dia berkelakuan pelik sebelum ini termasuk bercakap sendirian dan menangis,” katanya yang dihubungi semalam.

Fatimah, pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang berasal dari Bakri, Muar, Johor, ditemui terbaring di bawah bangunan berkenaan dengan kecederaan parah di beberapa bahagian badan, termasuk patah rusuk kiri dan kanan, kaki kanan serta kedua-dua bahunya.

 

Reader Interactions

Comments

  1. Jebeng Otai™ says

    24 April 2012 at 10:45 AM

    alfatihah dan ucapan takziah pada keluargannya..

    Reply
  2. bardboo says

    23 April 2012 at 9:38 PM

    kesiannya… al-fatihah buat mangsa ni…

    Reply
  3. akubiomed says

    23 April 2012 at 1:49 PM

    Saya tidak mahu mengulaskan mengenai arwah yang sudah tiada. Al Fatihah agar rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2012

By Hazmin Hamudin

Esok Dah Gaji

By Hazmin Hamudin

Jangan Nak Monday Blues Sangat

By Hazmin Hamudin

Semak Keputusan PMR 2011 Melalui MySMS

By Hazmin Hamudin

Amaran Ribut Petir Dan Hujan Lebat Peringkat Jingga

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2019 · Genesis Framework · WordPress · Log in