• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / G-Shock / Globe X G-Shock GRX5600GE-1 United By Fate

Globe X G-Shock GRX5600GE-1 United By Fate

By Hazmin Hamudin | 5 March 2013 | 56 Comments

G-Shock GRX5600GE-1 United By Fate (1)

Sudah beberapa bulan aku terpaksa membiasakan diri tanpa jam di tangan akibat jam sedia ada telah rosak. Bukan rosak dari segi mekanikal, tetapi cermin telah retak dan terpaksa di hantar untuk diperbaiki. Jam bagi aku adalah suatu keperluan yang perlu ada sebab masa itu sendiri memang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Setelah beberapa lama melakukan tinjauan dan kajian di internet, akhirnya aku memutuskan untuk membeli sebuah jam daripada jenama G-Shock keluaran Casio ni.

G-Shock GRX5600GE-1 United By Fate (2)

Rasanya semua orang tahu akan ketahanan jam model G-Shock ni tak kira apa model yang dikeluarkan. Dulu-dulu memang aku tidak pernah terfikir untuk membeli jam jenama G-Shock ni kerana sedia maklum dengan harganya yang mahal. Bila dah bekerja ni, dapatlah jugak kumpul duit untuk membeli jam G-Shock untuk merasa sendiri kelebihan jam ni.

G-Shock GRX5600GE-1 United By Fate (3)

Jenama skateboard iaitu GLOBE telah berkolaborasi dengan Casio untuk mencipta model ekslusif iaitu GLOBE x Casio G-Shock GRX5600GE-1. Jam ni merupakan edisi terhad (limited series) keluaran Casio. Jam yang berilhamkan tentera ini mempunyai ciri-ciri Tide/Moon graphs, sistem pengecas solar (TOUGH SOLAR) dan pelbagai ciri menarik yang lain. Nak terangkanpun aku tak berapa faham lagi ciri ciri jam ni. Lepas ni bolehlah aku tengok fasa-fasa bulan dekat jam ni. Hehe..  Fungsi yang menarik dekat jam ni adalah Full Auto EL Backlight with Afterglow di mana kita boleh setting lampu jam ni untuk bernyala secara automatik apabila berada pada darjah yang berbeza apabila berada di tempat gelap.  Korang faham tak? Kalau tak faham boleh Google. Hehe..

G-Shock GRX5600GE-1 United By Fate (4)

Body G-Shock GRX5600GE-1 adalah bersarungkan body matte black ataupun hitam mati. Tali jam adalah jenis Resin dan terdapat tulisan ‘GLOBE United by Fate’. Apa yang menarik perhatian aku pasal jam ni juga adalah LCD jam ni yang berwarna merah dan juga menggunakan konsep reverse LCD. Mesti lagi sekali korang tak faham apa itu reverse LCD kan. Kalau tak faham silalah tanya kepada uncle Google yang sedia membantu pada bila-bila masapun. Cuma satu masalah adalah reverse LCD sukar dilhat di tempat yang terang atau di bawah matahari. Mungkin ini merupakan konsep tentera yang diterapkan pada jam ni bagi mewujudkan ciri-ciri ‘stealth‘.

G-Shock GRX5600GE-1 United By Fate (5)

Bahagian belakang G-Shock GRX5600GE-1 terdapat logo GLOBE tanda kolaborasi antara Casio dan juga GLOBE menambahkan lagi ciri-ciri ekslusif pada jam ni. Mungkinkah selepas ni aku akan mula menjadi pengumpul jam G-Shock keluaran terhad sebagai hobi baru? Kalau ada duit lebih apa salahnya kan. Lagipun model-model jam G-Shock ni tidaklah semahal jam jenama Eropah yang lain untuk dibuat koleksi peribadi. Kira aku berpuas hatilah dengan harga dan ciri-ciri yang ada pada jam ni. Kalau lepas ni berjaya sambar jam G-Shock yang lain, bolehlah aku buat entri lagi. Tunggu jela jam apa yang akan aku beli pulak lepas ni kan.

G-Shock GRX5600GE-1 United By Fate (6)

 TECHNICAL SPECIFICATIONS

  • Tough Solar Power
  • Shock Resistant
  • 200M Water Resistant
  • Full Auto EL Backlight with Afterglow
  • Moon Data (moon age of the specific date, moon phase graph)
  • Tide Graph (tide level for specific date and time)
    Preset tide sites: 100 (global)
  • World Time
    31 times zones (48 cities + UTC), city code display, daylight saving on/off
  • 4 Daily Alarms and 1 Snooze Alarm
  • Hourly Time Signal
  • 1/100 second stopwatch
    Measuring capacity: 59’59.99”
    Measuring modes: Elapsed time, split time, 1st-2nd place times
    Countdown Timer (TR1)
    Measuring unit: 1 second
    Countdown input range: 5 seconds to 99 minutes 55 seconds (5-second increments and 1-minute increments)
    Other: Auto-repeat Function (Timer-to-timer, 5 repeats)
    Countdown Timer (TR2)
    Measuring unit: 1 second
    Countdown input range: 5 seconds to 99 minutes 55 seconds (5-second increments and 1-minute increments)
    Other: Auto-repeat Function (Timer-to-timer, 5 repeats)
  • Full Auto Calendar (pre-programmed until the year 2099)
  • 12/24 Hour Formats
  • Button operation tone on/off
  • Accuracy: +/- 15 seconds per month
  • Battery power indicator
  • Power saving function
  • Storage battery: Solar rechargeable battery
  • Approx. battery life: 11 months on full charge (without further exposure to light)
  • Module 3216/3223

Size of case/total weight
GRX5600 48.9 x 42.8 x 13.4mm / 57g

Sumber gambar: forum.watchuseek.com

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Wanmonster 5 April 2013 at 10:57 AM

    Yeke ok2 tq bro bkan ape dh pkai 1thun lbih thu pakai je
    Xpenah nk setting2 pn hehe..cuma bru2 ni nombor&jarum jam dh xsama,mungkin ade trslah tekan.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 April 2013 at 11:01 AM

      Takda masalah bro.. Saya pun baru nak merasa pakai G-Shock ni. Dalam jam ni takda setting untuk Malaysia, kena pilih time zone yang sama. Yang terdekat Singapore je la.

      Reply
  • Wanmonster 4 April 2013 at 6:05 PM

    Salam bro nk tnya klau GA100 nk setting kod negara untuk Malaysia ape ek?tq…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 April 2013 at 10:48 AM

      Alamak bro.. Saya pun baru je lagi pasal G-Shock ni. Kalau takda Malaysia, boleh guna time zone yang sama macam Singapore dan Hong Kong

      Reply
  • Hafizul 8 March 2013 at 11:30 PM

    Tak pernah lagi merasai kehebatan g-shock ni..tahniah kerana hasil simpanan dah berjaya untuk membeli jam ni..hehe

    Reply
  • gamep01nt 7 March 2013 at 12:40 PM

    NOHOROM STYLO GILA!!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 March 2013 at 2:37 PM

      Runner marathon macam ko kena angkat jugak ni satu.. Kih3

      Reply
      • gamep01nt 8 March 2013 at 12:56 AM

        haha jam ni gaya macam berat je. xnak aku pkai masa lari

        Reply
  • Dulu Lain Sekarang Lain 6 March 2013 at 2:42 PM

    Mmg G-Syok dapat jam mcm ni… cuma kawe dah bertahun-tahun tak pakai jam tangan… Rasanya sejak ada handphone 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 March 2013 at 8:48 AM

      Terasa G-Syok pakai jam ni. Hehe.. Jangan lepas ni handphone menggantikan jam tangan pulak dah la.

      Reply
  • akubiomed 6 March 2013 at 1:30 PM

    Wow Casio G-Shock dikuasakan oleh solar. Saya pernah kirim kawan beberapa tahun dahulu beli jam Casio ketika beliau ke Jepun. Sayangnya jam tersebut telah rosak.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 March 2013 at 8:43 AM

      Kalau ke Jepun lagi banyak pilihan yang boleh dibeli di sana. Kenapa tak repair je jam tu bro?

      Reply
  • Kak Zakie Purvit 6 March 2013 at 10:19 AM

    Kakak ni kalau yg canggih-canggih pun bukan tahu fungsinya. Beli yg tengok ada masa dan tarikh aje biasanya

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 March 2013 at 11:38 AM

      Janji boleh tengok jam kan kak.. Hehe.. 🙂

      Reply
  • Nastyna 6 March 2013 at 7:45 AM

    err… tak faham, kalau baca google lagi tak faham hahaha. takper,good for future reference 😉

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 March 2013 at 8:43 AM

      Hehe.. Takpe, lama-lama nanti mesti faham.. 🙂

      Reply
  • Adam Roslan 6 March 2013 at 2:40 AM

    Salam. Power ni, berapa RM bro?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 March 2013 at 8:43 AM

      Belum cukup power lagi ni bro. Banyak lagi model G-Shock yang hebat. Tapi harga cecah ribu2 la. Yang ni RM500 je

      Reply
  • TehR 5 March 2013 at 11:37 PM

    aku guna jam pada hp je
    dah banyak tahun dah…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 March 2013 at 8:41 AM

      Kalau bateri hp tahan lama, ok je bro nak tengok jam dekat hp. Kalau tak pening jugak.

      Reply
  • jebateja 5 March 2013 at 10:49 PM

    Omak aiii…den jam yg kilang bg jer…ahakz….ahakz….tak mampu boli mahai2,….ahakz

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 March 2013 at 8:41 AM

      Jam kilang bagipun ok jugak. Janji ada jam untuk tengok masa bro. Hehe

      Reply
  • Denaihati 5 March 2013 at 10:42 PM

    tahniah bro. hebatlah feature g-shock model ni.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 March 2013 at 8:40 AM

      Terima kasih tuan Denaihati. Itulah, sebelum beli kena pilih jugak feature yang menarik. Baru berbaloi dengan harga.

      Reply
  • Strider 5 March 2013 at 10:34 PM

    wah…stylo giler G-Shock nie…rasa cam nak beli pulak tapi ade dah ade satu G-Shock gak..cuma patern lama skit laa..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 March 2013 at 8:39 AM

      G-Shock model apa bro punya?

      Reply
  • ajumohit 5 March 2013 at 10:20 PM

    memang tak lengkap kalau tak pakai jam, menarik nmpk jam ini, kene dgn gaya pemakainya, kira hadiah birthday la ni ye? 😉

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 March 2013 at 8:38 AM

      Tu la.. Masa tu sangat bernilai. Sebab tu kena ada jam untuk tengok masa. Hadiah untuk diri sendiri kak. Hehe

      Reply
  • beckhrooy 5 March 2013 at 10:03 PM

    aku dah jarang pakai jam tangan sekarang ini

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 March 2013 at 8:37 AM

      Kurang berminat pakai jam ke bro?

      Reply
  • Baby Jane 5 March 2013 at 8:57 PM

    wah handsome gshock tu beli bpe ratus?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 March 2013 at 8:36 AM

      Beli RM500.. 🙂

      Reply
  • MK Kimi 5 March 2013 at 8:37 PM

    mesti mahal ni. akupun rasa tak best kalau xpakai jam..tp aku lebih prefer jam analog bbding jam digital. jam digital just utk bersukan 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 March 2013 at 8:36 AM

      Nak kata mahal tu mungkin bergantung jugak. Hehe.. Ok la sekali sekali beli mahal sikit untuk kepuasan dan kualiti. Lepas ni mungkin cari jam analog pulak..

      Reply
  • JR 5 March 2013 at 7:12 PM

    JR dah lama tak pakai jam, agaknya dah 4 tahun. Cuma bergantung kpd jam di henset…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 March 2013 at 8:35 AM

      Handset sekarang ni batt tak tahan lama bro JR. Sebab tu saya kena pakai jam tangan jugak.

      Reply
  • papa mifz 5 March 2013 at 6:58 PM

    wow smartlah jam tuh…pasti lebih segak bergaya lepas pakai jam tuh kan bro…:)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 March 2013 at 8:34 AM

      Hehe.. Biasa je bro. Takda la sampai smart bergaya kan. Saja beli untuk kepuasan diri.

      Reply
  • etuza 5 March 2013 at 6:39 PM

    sama lah baru beli jam sezen..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 March 2013 at 8:34 AM

      Jam ape tu bro? Baru pertama kali dengar.

      Reply
  • Hans 5 March 2013 at 4:59 PM

    lama tak pakai jam
    hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 March 2013 at 8:33 AM

      Ok la tu kalau biasa takda jam kan. Macam saya memang tak boleh 🙂

      Reply
  • KesumaAngsana 5 March 2013 at 4:46 PM

    seb baik x leh pakai jam2 ni. alergik.. jadi gatal2 kat tangan hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 March 2013 at 8:32 AM

      Hehe.. Pakai jam tali besipun gatal-gatal tangan jugak ke kak?

      Reply
  • suri 5 March 2013 at 12:14 PM

    salam..wah sy jam hilang mana letak alahai..pasni kena jaga jam no baik2 ya..syg sungguh klu beu beli retak…pecah lgi huu…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 March 2013 at 8:32 AM

      Memang kena jaga baik-baikpun jam ni suri. Hehe. Bukan senang nak dapatkan.

      Reply
  • sweetkurma 5 March 2013 at 12:10 PM

    wahhhh detailnya cerita pasal jam, teliti betul lah, bagus bagus

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 March 2013 at 8:31 AM

      Hehe.. Sebelum beli sesuatu barang tu suka selidik dulu kak. Tu abis tau semua detail tu.

      Reply
  • cik moon adnan 5 March 2013 at 11:02 AM

    hmmm… dah bertahun xpakai jam tgn…
    g shock ni mahal laa gak kan?

    *kursus kawen yg saya ambil tu, dekat setiawangsa,KL… namanya Mahligai Firdaus.. terkenal jugak tempat kursus tu… nak g amek kursus gak ke? hehehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 March 2013 at 8:30 AM

      Boleh la. Takda la mahal manapun kan.

      Reply
  • hatiputera 5 March 2013 at 10:51 AM

    Boleh tahan hebat G shock nie..berapa harganya bro.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 March 2013 at 8:30 AM

      Sekali sekala keluar duit untuk kepuasan bro.. Harga RM500.

      Reply
  • hafiz 5 March 2013 at 9:57 AM

    cantik gak jam ni ye…saya peminat g shock gak

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 March 2013 at 10:07 AM

      Ada koleksi G-Shock ke bro? boleh tahan la jam ni dengan tangan yang kecik. Tak terlalu besar. Hehe

      Reply
  • Cikgu Hairul 5 March 2013 at 9:48 AM

    Jangan terpedaya dengan G-Shock. Saya dah pakai sekali. Malangnya jam tu rosak sebab jatuh. Bukan jatuh dari tingkat 30 pun, jatuh dari atas meja. Bila g kedai nak claim warranty dia kata tak boleh sebab terjatuh. Kan pelik tu. Orang dok kata G-Shock tahan walaupun dibaling. Tapi sebaliknya berlaku. Emmm…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 March 2013 at 10:05 AM

      Cikgu beli jam G-Shock model yang mana ye? Macam mana boleh tak tahan macam tu. Saya baru pertama kali menggunakan G-Shock. Kena tengok prestasi dia dulu.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 55

By Hazmin Hamudin

Gelanggang Akhir Maharaja Lawak (Final)

By Hazmin Hamudin

Live Streaming Malaysia vs Indonesia Piala AFF Suzuki 1 December 2012

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Penghujung Jalan

By Hazmin Hamudin

Semak Keputusan UPSR 2011 Melalui SMS dan Online

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in