Tengah malam tadi laman web Google Malaysia kena hacked ataupun digodam. Aku perasan kejadian ni berlaku sebelum pukul 12.00 tengah malam apabila aku tak boleh nak memasuki laman web rasmi Google Malaysia iaitu, google.com.my. Manakala laman web google.com boleh dilayari seperti biasa.
Mula-mula aku ingatkan ianya berpunca daripada masalah internet, tapi apabila aku cuba layari laman web lain boleh pulak. Memang sah ianya berpunca daripada laman web Google Malaysia itu sendiri. Pagi ni barulah aku tahu secara rasminya yang laman web Google Malaysia telah dihack.
Apa yang aku tahu laman web Google Malaysia telah di hacked oleh sekumpulan hackers yang menggelarkan diri mereka MADLEETS TeaM yang berpangkalan di Pakistan. Ini merupakan kali kedua laman melibatkan Google digodam selepas perkara yang sama berlaku pada Julai 2013.
Tak sangka pulak gergasi internet seperti Google ni boleh di hack. Memang sangat memalukan aku rasa walaupun yang menjadi mangsa penggodam hanyalah Google Malaysia sahaja. Harap lepas ni Google Malaysia dapat mempertingkatkan lagi sistem dan firewall meraka.
Ramai yang salah faham. Ini masalah pada MYNIC (pendaftaran domain .MY ) bukan pada google.
Jika berlaku google cuma dapat memaklumkan kepada MYNIC dan MYNIC yang perlu fixedkan.
Semoga selepas ini MYNIC tidak “lena” lagi. Takkan nak pisang berbuah banyak kali?
blog kita yang picisan ni.. besar lagi peluang kena hack.. huhu
sempat jadi trending topik juga ini di indonesia, kok bisa google malaysia kena hack
Menurut pihak MYNIC, Google Malaysia bukan kena hack.
rajin betul mereka hack-hack ye..
Sebelum nie yahoo pun pernah kene hack jugak
memang sangat2 mengejutkan
ramai yang stress bila google kena … ish2
mesti kelam kabut Google Malaysia jadinya…
patut pun pagi semalam nak buka gmail tak boleh
hehe. betul2.hehe. memang bahaya sangat hacking ni.hehe
perasan skrg ni banyak emel spam yang masuk, aishh jgnlah blog pula digodam mereka, susah hati dibuatnya
ada juga cuba pagi tadi..
ingat problem connection ke..
rupanya ken ahacked..
ehehehe
Ohhh! patutlah dok cuba masuk google nak buat carian tak boleh-boleh semalam. Tak sangka pulak boleh kena hack. Tq for info
I selalu guna google.com.. so mmg x perasan la google malaysia kena hacked.. google malaysia mmg ke tingkatkan lg sistem firewall mereka agar masalah nie tak terjadi lg.. =D
itula..pasan gak bnda ni.
Tamparan buat Google Malaysia untuk meningkatkan tahap keselamatan pada masa akan datagn.
wah.. google pon boleh kena hack ye
pelik juga bila google boleh di hack, hehe
adehhh kelakar pun ade haha
Patut la malam tadi lambat je nak bukak google malaysia ni
Ni pengajaran buat kita. Kalau google boleh kena hack. bayangkan kita yg tak berapa terror pasal keselamatan internet. Bank, blog dan akaun kita yg lain. Silap2 nanti habis duit kat bank kena transper.Minta di jauhi malapetaka cam ni.
Emmm google pun kena hack juga..hehe
test power tu, tak pun promosi forum dia
hairan sungguh
apa yang mereka cari sebenarnya
ooo baru tahu je
ingatkan server down ke apa
hah… tenkiu tenkiu for the informasi. Just changed to google.de and finally dapat pakai google hohoho. baru dapat masak. muahahaha
ler… yer ker. patut la I duk tekan tekan tak dapat, I mmg pakai google.my senang nak godek resepi, kena tukar pakai google.de balik la kalau gini.
Aik? Kena hacked? Hebat juga orang Pakistan.
Betul ke orang Pakistan? Saya fikir positif saja. 🙂
Dikhabarkan, hackers tu datangnya dari Pakistan. Mungkin juga mereka adalah penjual karpet warga Pakistan di Nilai yang memprotes harga karpet di Malaysia yang masih lagi paling murah di dunia. Hahaha
Hebat juga penggodamnya ya. Kak jarang guna google malaysia ni huhu
ha ah . saya pun perasan semalam . ish3
la yeke ..x perasan pulak.. ishh google pun boleh kena hack
ohh ye ke! hmm… google malaysia kena tingkatkan sekuriti web lg nampaknye
ada sebab musabab tu huhu..dugaan sungguh ya
Kalau google pun kena hacked, apa lagilah laman atau blog biasa…..
itu pun nka di hack nye..nak buat apa
tetiba sy tingat hal bdk2 U hacked website bank hehehe
bagus jugak diorang hack so tau la ada lubang ;p
ramai yg update pasal ni
aiyakkk….bleh sama plak entry..aku baru perasan pagi tadi yang google kena hack..
Tu la..tgok email company pg ni pun mmg ada berita google malaysia kena hacked. .dh xde keja kot hackers ni
Nak berlawan kehandalah kot..smpikan google tu pun digodamnya hah!! Apsal x godam sistem keselamatan US jer..baru la heibat!
Muahaha..*eh, apsal aku gelak tetiba nih??*
menjadi medan perbandingan siapa hackers yang paling handal.
haahla.
muzik dia best juga.