Guru sepatutnya menjadi tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan. Fungsi dan peranan guru selalunya akan dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu oleh masyarakat malah sebagai agen perubahan. Masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada guru dan tumpuan sepenuhnya perlu diberikan terhadap tanggungjawab yang perlu digalas dalam bidang kurikulum, kokurikulum juga pembinaan sahsiah anak didik.
Tetapi lain pulak yang berlaku kepada guru yang bernama Mohd. Lotfi Nor ini. Adakah beliau layak dipanggil guru oleh anak-anak muridnya? Dimanakah nilai mulia seorang guru itu apabila secara terang-terangan mengutuk dan menghina anggota keselamatan yang mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan kedaulatan sebuah negara.
Islam itu sendiri meletakkan tugas sebagai guru yang melaksanakan tugas tarbiyah adalah ditempat yang sungguh mulia.
Firman Allah s.w.t. maksudnya: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik”.( Surah al-Nahl ayat 125)
Bagi aku, walau berbeza faham politik sekalipun tidak perlulah dihina dengan gelaran yang tidak sepatutnya kepada anggota keselamatan yang mempertaruhkan nyawa mereka. Mereka juga ada keluarga dan bagaimana jika ahli keluarga kita dihina sebegitu rupa? Aku bercakap bukan berlandaskan parti politik apa yang kita sokong, tapi dari segi nilai seorang manusia yang mempunyai akal yang waras.
Ataupun saudara Mohd. Lotfi Nor ini teringin sangat hendak pergi berperang? Rasanya guru kita ni hanya berani berperang sebagai ‘keyboard warrior’ sahaja. Aku ulangi, sebagai ‘keyboard warrior’. Hehe.. Sedangkan baru diburu oleh anggota polis terus sahaja bersembunyi di kampung. Inikan pula hendak menghadapi serangan peluru daripada pengganas-pengganas Sulu di Lahad Datu sana.
Polis telah menangkap seorang guru yang bertanggungjawab menghina pasukan keselamatan sebagai ‘anjing’ dan menganggap kematian mereka sebagai ‘mati katak’ dalam laman sosial Facebook miliknya, baru-baru ini.
Guru itu, Mohd. Lotfi Nor, 37, ditangkap ketika bersembunyi di kampungnya di Pasir Putih kira-kira pukul 7 malam ini.
Sementara itu, dalam satu sidang akhbar di sini hari ini, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung laporan polis yang dibuat sebelum ini mengikut Seksyen 41 Akta Hasutan 1948.
“Siasatan segera akan dijalankan kerana tindakan lelaki itu yang dipercayai mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali, Pasir Puteh di sini bukan sahaja melampau tetapi boleh meracuni fikiran orang ramai.
Sumber: Utusan
Bila tindakan melebihi akal.
katanyer dia ada masalah mental juga yer…
kalau kita geram macam mana pun, luahkan dalam diari kita. luahkan dalam doa.. biar hanya Allah sahaja tahu ape niat kita..
Itulah…terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasalah jawabnya. Memang dah berjawab dengan polis sekarang ni pun kan ?? Cakap kalau ikut sedap mulut memang gitulah padahnya.
memang tak patut dia buat macam tu walhal seorang guru. kena juga waspada apa-apa pun.
tarik balik je pencennya baru dia rasa…
walaupun berbeza pendapat..sebagai guru..sepatutnya dia lebih ilmiah dlm menyuarakan pendapat beliau..
semoga jadi panduan buat yang lain……
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata,terimalah sendiri padahnya…
Tuu org kate kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binase…x pasal2 kan je dik….len kali jgn bertuan kan hati…tp bertuan kan akal yg waras….
cikgu nih katanya sakit
entah
pelik2 kan skrg
apa pasal la leh jadi lagu nih cikgu sorang nih..
artikel yg sama saya ulas menyebabkan blog saya masuk tv Astro Awani
bila menulis tak guna otak, macam ni la jadinya..walaupun guru, tapi fikiran sempit..hmm..macam ni ke nak didik anak bangsa.
Dah kene tangkap…..rasanya doktor kne check dlu dia nih….takut2 duk dlm alam lain lak….:D
tak ada kesudahannya hina menghina ni
lagi pun tak memberi kebaikan kepada sesiapa
saya x lah sokong memana, tetapi sebagai guru ni biarlah kata kata kita melambangkan kedewasaan kita dan bukannya seperti budak budak
silap percaturan dia memilih bidang pendidikan sebagai tugasnya. patut dia sertai ATM. tapi rasanya tak perlu tangkap pun takpe, tapi hentikan saja dia dari perkhidmatannya. itu lebih memedihkan bagi dia. dia yakin berjuang maka pengorbanan terlebih dahulu sebagai satu perjuangan. pengorbanan menamatkan perkhidmatan. bagi kami takpe dihina sebagai anggota keselamatan, sebab dah biasa dan kami hanya mampu senyumkannya.
….hmmm ini yg dikatakan cari penyakit
Taksub sangat berpolitik, sampai sanggup meletakkan PARTI sebelum negara sendiri. Betapa kurangnya sikap patriotik beliau.
Tengokla kat US, lepas 11 September, semua rakyatnya sokong anggota keselamata diorang. Dalam minggu pertama, semua bendera yang dijual di kedai dan supermarket habis dibeli. Ini namanya patriotik.
Biarpun berlainan fahaman politik…aku tak kan hina tentera negara…..kurang bijak nama nya
sebagai guru dia mungkin ada pandangan dia sendiri tapi tindakkan dia tu agak bingai sebab post kat public..semoga yang lain mengambil ini sebagai satu pengajaran..
Regards,
-Strider-
Alamak..org pasir puteh ajer..buat malu jer..
semoga dia akan insaf dan sedar perbuatannya..
itu pentingnya fikir sebelum melakukan sesuatu, juga tidak lupa mendoakan keselamatan wira2 negara yang sedang berjuang
Sepatutnya macam tu la. Sebelum buat apa-apa kena fikir dulu. Ni dah tak boleh fikir lagi agaknya.
apakah yg sebenar berapa difikirannya????? kata2 diluar kewarasan…..
Kalau tengok FB dia pun banyak sangat yang merapu. Tak menggambarkan seorang gurupun dia ni.
Memang ramai yang ada mentaliti begini. Cuma menyedihkan bila ia melibatkan seorang guru yang terma tersirat tugas mereka mendidik anak-anak agar bersifat penyang, hormat menghormati dan penerapan nilai-nilai murni yang lain.
Kawe anggap dia ni confuse ajer. Ramai yg begitu. Semoga Allah swt buka minda dia dan sedar akan pengorbanan dan tanggungjawab yg perlu dilaksanakan oleh semua rakyat di negara ini termasuk anggota keselamatan negara.
Rasanya betul la agaknya dia ni ada masalah mentalkan. Kalau diikutkan guru tu boleh berfikir sebagai seorang pendidik. Ni lagi teruk dari orang kebanyakan.
kena lebih berhati-hati selepas ini ye semua.
Hehe.. Pesanan untuk cikgu-cikgu ke tu bro?
tak bagus hina menghina ni
tak kira la siapa pun
Betul tu. Kalau nak suarakan pendapat, gunakan ayat yang elok sepatutnya. Dia pun guru pulak tu kan.
ala haiiii ada ke yang macam ni
Ada je ni kak. Nasib kena tangkap dah.
Memang BAGUS sgt2 dia ni kena tahan dek polis. Tak layak digelar guru kalau pangai x semengah mcm ni..hntr dia nih jd benteng pertahanan kat lahad datu ni baru dia tahu! Hah..kan dah emo mak kau!
Hahaha.. Sepatutnya hantar je pergi perang tu mak. Biar dia jadi macam apa yang dia cakap tu.
Dengan memegang status sebagai seorang guru,sepatutnya mamat ni boleh berfikir dahulu dengan baik sebelum mengeluarkan kenyataan yang semacam tu..
Setuju dengan kenyataan Admin :
“Bercakap dari segi nilai seorang manusia yang mempunyai akal yang waras”.
Itulah, dah la tugas mendidik. Kalau macam ni ibu bapa pun jadi risau nak tinggalkan anak mereka dididik oleh guru.
Pernah baca dlm paper (tak ingat bila) menyebut kumpulan kakitangan kerajaan yg paling banyak menghadapi masalah mental ialah guru. Tekanan pekerjaan kdg2 membuat mereka mengambil tindakan yg tak pernah terfikir oleh rakan karib sendiri yg mengenali meraka….
Nasib baiklah saya bukan golongan kakitangan kerajaan yang berjawatan guru. Hehe
tak sesuai jadi cikgu..kejap2x..cikgu pasir puteh negeri mana ni?
Aik.. Hehe.. Pasir Puteh mesti la dekat Kelantan kan.
sedap sangat menaip tu
Kalau sedap sangat menaip, elok la buat novel ke, jadi blogger ke kan. haha
semoga menjadi pengajaran kepada yg lain….
Al-fatihah kepada pejuang yg gugur di perbatasan…
Itulah, kalau nak cakap fikir dulukan.
sembang kedai kopi boleh lah..tapi bila ko dah tulis dalam medai social…memang cari nahas lah..
aku tak faham orang macam ni, apa yang dia harapkan bila buat status macam tu. nak kawan-kawan dia kata “ko hebat..ko hero malaya” nak kawan-kawan puji ke?
ntah lah..pelik orang zaman moden ni
Masalahnya kawan-kawan puji, kawan-kawan tetap selamat dekat luar. Yang dia ni dah selamat dalam penjara. haha
mcm2 hal..
Hehe.. Nasib dah kena tangkap
cakap siang pandang2, cakap malam dengar2…
harap institusi perguruan tak terpalit kotornya kerna seorang manusia ini
Rasanya institusi perguruan tak terkana tempias gurunya. Cuma itulah, dia seorang guru tapi mengeluarkan kata-kata yang keji macam ni.
ish2 memalukan
Kalau orang biasa, mungkin orang tak ambik port sangat. Tapi yang ni gurukan. Tu yang kecoh tu.
Macam2 perangai manusia sekarang ni..
Itulah.. Tapi yang ni memakan diri sendiri
Khabarnya, sebelum ni mmg ada ‘mental problem’ dan dah tak makan ubay berbulan bulan..
Kalau dah mental problem, boleh jadi cikgu lagi ke doc?
Entah apa yang di fikirkan guru ini,saya membacanya semalam di fb
Ada yang kata guru ni ada masalah mental.. Tapi tak tahu la betul ke tidak.
wah bahaya..mesti pikir apa kita nak ckp nanti salah kata buruk padanya
Sebab tu kita diberikan akal fikiran untuk berfikir. bukan main cakap jekan
memalukan org yg bergelar guru *sigh*
tak salah nak keluarkan pendapat
tp perlu kena dgn cara
-__-
Betul tu. Ayat yang nak digunakan biarlah bersesuaian sebagai seorang gurukan.