Kali ni aku nak cerita pasal header baru dan font FFF Tusj pulak. Sebenarnya dah agak lama blog aku terbiar tanpa sebarang header. Aku ni kalau bab design header memang failed apatah lagi menggunakan perisian Adobe Photoshop yang bagi aku memang sangat complicated untuk digunakan. Bila dah takda header ni aku rasa hodoh sangat pulak blog aku ni. Ibarat manusia yang tidak berbaju. Bogel, togel. Dah tentu hodoh.
Aku memang sukakan sesuatu yang simple. Tidak terlalu serabut dan menyesakkan pandangan mata tidak kiralah dalam perkara apa sekalipun. Bak kata orang jawa, less is more. Sebab itu header di blog pun aku suka yang ringkas sahaja. Maka terhasillah header yang super ringkas ni. Amat sesuailah dengan orang yang tidak reti menggunakan perisian Adobe Photoshop secara maksimum. Kalau setakat edit ringkas-ringkat aku reti la guna.
Font yang aku guna untuk menghasilkan header super simple ni adalah font FFF Tusj. Dah lama sebenarnya aku cari font jenis macam ni untuk dibuat header blog. Font ni dipanggil handwriting font atau dalam bahasa jawa tulisan tangan. Bagi aku font ni boleh dikatakan agak smart jugak dan lebih sesuai untuk tulisan yang besaiz besar.
Jadilah daripada takda header langsung dekat blog ni. Nak design lebih-lebih terus terang memang aku tak reti. Nak mengadap Adobe Photoshop tu berjam-jam tapi hasilnya takda memang aku takkan buat la. Aku tahu memang tak cantik. Jadi, jangan kutuk-kutuk ok. Haha..
Tak apa lah bro..buat jer mana yang terdaya..cantik jugak hasil bro nih..hehe
Hehe. Macam perli je ni. Janji ada sudahlah kan.
tapi tetapoke nih,,yang penting artikelnya hehehe
Tulisan berbentuk sketch kalau dalam design nih.
wah3..makin lawa blog ni ..hehe.. tahniah bro
p/s : kenal saya lagi tak bro ? hehe
mak angkat tgn awal2 la.. mmg zero la bab2 kretiviti gini. Tp mmg nice header guna font tuh. simple n nais
dah lame xmain2 font nie huhu… font nie sempoi nampak kreatif dan simple
persoalan saya sudah dijawab, rupanya ramai yg nak tahu font header ni ye
aya sebenarnya suka header ada tulisan font tu.. dulu pernah cari.. baru sekarang tahu nama font tu
sekarang ni banyak buat service design header.. tempah je.. dulu ada member ambil rm10 je.. skrg da banyak persaingan, naikkan harga.. last2 buat sendiri je.. he he.. idea sendiri tu kreatif sebenarnya
kemas juga bro, ingat nak buat satu jugak la hearder ni 🙂
Janji tuan blog suka dah ler hehehhe..
bro kalau nak header kemas boleh deal dengan pemilik blog kozumiro.blogspot.com dia tu masta designing. header blog hatiputera.com tu dia yang buat. memang terbaik! yang ini pun dah okay jugak rasanya. 🙂
memang lawa font ni 🙂
SMART JUGA FONT NI, SORI AKU MLAS OFF CAPS LOCK
Font ini pernah popular tahun lepas. Ramai juga yang guna font ini.
mmg blog xder header cam tak kena..sbb dr header saja org dah dapat tangkap isi dalam blog tuu..
simple n smart header baru blog bro…;)
aku kalau bab header bagai ni, serah kat org lain je…aku mmg gagal bab ni…hahaha…
Haha.. Pengakuan.. Tapi takpa, nasib la akak pandai menulis blog. Hehe
Tapi kakak tetap tak berheader sejak mula berblog. Anak-anak nak buat tapi kakak tetap kata biarlah…
Akak dah ada kekuatan dekat content blog akak. Header orang tak pandang sangat rasanya 🙂
ok la tu. lawa apa.
Nasib baik ko kata lawa. haha. Kena belanja cendol ke ni?
Simple tapi menarik,begitulah yang saya nampak.
Tq bro.. Harap tak menyakitkan mata orang yang berkunjung.
aku pun nak cuba buat pakai font nilah..
Cuba bro.. Mana tau lagi cantik jadinya kan,.
hahaha. ok la dr takde
adobe photoshop mmg susah huhu
tgk tutorial pun tak faham2 -__-
Memangpun. Jadi la daripada takda langsungkan.
Ok perrr…
Ok ke? tq ye
Hehehe font header kita sama la bro,simple dan kemas je kan font fff tusj ni
Hehe.. Baru perasan sama font header rupanya. Haha..
togel..haaa dh lama teman tak guna ayat tu.last masa zaman sekolah. tnpa header mmg tersa blog nmpk kosong cam ada badan tpi tak der kepala cam tu leh..heee
Hehe.. Kira ayat legend la togel tu kan. Memang penting header blog ni rasanya.
yang simple tu lagi menarik sebenarnya..
Memangpun bro. Sebab tu suka yang simple je
Kalau kreatip dan pandai mereka, memang menjadi dan hasilnya sure puas hati 🙂
Mcm MJ yg tak reti ni, upah orang jela ;D
upah mesti mahal huu.mmg rezeki sy db cc punya ada org buatkan.alhamdulilah.
Nak upah orang tak tak berkenan pulak. dah rugi duit. Akan datang maybe akan upah orang kot.
KA pun lebih suka yang simple2 aje, nampak lebih kemas dan ntak serabut…. done cuit2 nuffng juga yer
Hehe.. Simple memang tak sakitkan mata. Wah.. Tq KA
eh takdenye nak kutuk hehehehe…simple n kemas apeee…cantik…akak suke….sempoi mate memandang….jgn ko deco ngan bunga2 sudah le ye dik heheheeheheh
Deko bunga2 memang tak la kak… Tu dah macam blog gegirl je pulak dah.
blog saya pun tadak header lagi… buat yang simple saja…
Hehe.. Header macam penting je.. Kena buat.