Irfan Bakti letak jawatan jurulatih pasukan Selangor susulan aksi longlai skuad Red Giant dalam tiga perlawanan awal Piala Malaysia. Lebih memedihkan adalah kekalahan 0-3 kepada naib juara Liga Perdana Sime Darby malam kelmarin sekali gus membuatkan beliau membuat keputusan drastik meninggalkan Merah Kuning walaupun masih mempunyai baki kontrak sehingga penghujung musim ini.
“Bagi saya, kekalahan 3-0 kepada Sime Darby cukup memalukan dan sebagai jurulatih saya bertanggungjawab sepenuhnya. Jadi saya terpaksa buat keputusan berundur demi maruah bola sepak Selangor dan maruah saya sendiri”.
Sumbangan Irfan Bakti kepada pasukan Selangor pada musim ini adalah apabila beliau berjaya membawa Selangor muncul naib juara Liga Super musim ini sekali gus layak beraksi di Piala AFC tahun depan.
Semalam, selepas perlawanan menentang Sime Darby tersebut bas yang dinaiki oleh pemain Selangor dikepong oleh penyokong setia pasukan Selangor bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pemain dan jurulatih. Apa yang aku tahu tindakan tersebut dilakukan oleh Ultras Selangor.
Tak tahu la kenapa dari dulu aku memang cukup tak berkenan dengan penyokong yang menggelar diri mereka sebagai Ultras ni. Perangai tah apa-apa. Kalau chant tu siap nyanyi lagu tahap kurang ajar la bagi aku. Lirik bangsat, anjing tu kira biasa bagi mereka. Aku nak tanya Ultras ni, kalau aku panggil korang ni bangsat, anjing korang marah tak? Suka suki korang je kan.
Kalau ye pun korang tak puas hati, tak payah la nak buat tindakan yang macam budak-budak tu. Akupun kecewa jugak dengan prestasi pasukan Selangor sekarang ni, tapi kalau dah sampai tahap bas kena kepong, heboh pulak dalam media massa satu Malaysia, aku pun malu weh.
Benda ni bukan salah jurulatih sorang je. Jurulatih tu cuma mengajar dan merancang apa yang perlu dilakukan oleh pemain. Atas padang pulak pemain yang perlu menterjemahkan segala apa yang telah diajar oleh jurulatih. Pemain Selangor ni pulak musim depan ada yang kena pancing dengan bayaran yang tinggi oleh pasukan lain, mulalah gelap mata. Mainpun dah sambil lewa je tu.
Apa-apa pun terima kasih kepada Irfan Bakti kerana telah mebimbing pasukan Selangor sehingga ke peringkat sekarang ni. Penyokong-penyokong Ultras tu kalau main bola agak-agak boleh menang tak?
GOOD LUCK SELANGOR TAHUN DEPAN.
speecles kejap huhu, mungkin itu yang terbaik kan nak wat camne ag
penyokong dah melebih2… aku sendiri kecewa Selangor kalah, tapi adatlah… tak perlu nak huru harakan lagi keadaan ye tak..
Ada 3 perlawanan lagi.. Susah dari segi maths masih ada peluang lagi. Irfan patut tunggu hingga habis Piala Malaysia dan biarkan management yg decide. Bagi pendapat kawe ler…
Prestasi pasukan dy terok sangat. Memang pun dy resign
Dulu K. Devan, skrg Irfan Bakti lak…resign time Piala Malaysia gak…
Bagi peluang untuk P Maniam sekali lagi, hehee
tahun depan pasukan ambilah jurulatih yang ok sikit.biar kan pemain nak berhijrah .kita mula dari bawah balik.ambil player muda dari skuad piala presiden selangor gabung pemain senior yang ada baru sebati mcm dulu selangor.kalau boleh tahun depan jangan target tinggi.sekadar kekal dalam liga super ataupun 5 pasukan terbaik.kalau dapat piala tahun depan kira bonus la bagi selangor.
alamak kalau bab2 bola mmg i failed la….hehehe
kecewa sangat tu dengan pemainnya…
Sesetengah penyokong yang tak suka berfikir panjang ni lah yang mencemar nama baik pasukan..
Wow confidenttttttttttt!!! buat status dekat FB gitu
Apa yang confident mummy? Hehe
Satu kejutan buat skuad Selangor. Sedih apa yang berlaku. Apa pun selamat maju kepada Irfan Bakti sumbangan beliau tetap dikenang.
Itulah.. Agak terkejut jugak sebenarnya bila dapat tahu semalam. Harap misi 33 Selangor tidak berkubur
x tau nak komen apa.. apapun kekalahan & punca ni bukan tanggungjawab seorang saje, ini melibatkan semua sebenarnyer
Kalau yang tak minat bola tu memang susah sikit nak komenkan KA
Bola Sepak Malaysia, memang banyak dugaannya…
Dan banyak juga politiknya kan bro eyriqazz
Itulah namanya bola versi Asia Tenggara. Bila dah start jatuh payah nak bangkit balik. Sekarang sindrom ni dah jangkiti Lion XII pula
Kih3. Siap berjangkit dekat pasukan Lion XII ye bro JR.
kekalahan sesuatu pasukan bukan terletak pada bahu jurulatih je, pemain-pemain pun patut disalahkan juga. Tapi memang salute la dengan Irfan Bakti sebab ini menunjukkan dia seorang coach yang bertanggungjawab.
Betul tu. Mesti ada sebab kenapa semua ni terjadi dah bukan salah jurulatih seratus peratus.
antara2 ciri seorang jurulatih yg bertanggungjawap
p/s: cantik widget metro kat sidebar tu hehheeheh
Haha.. Jangan begitu bro. Saja tukar selera. Terima kasih ye bro untuk info widget tu.
akak tgk skrang ni area bola sepak kite skrang dah penoh ngan mainan politik kan…eh beriye aku komen politik2 bola hahaahah akak bukan minat bola pun hahahaahah
Pergh.. Tabik la akak perhatikan jugak politik bola sepak tempatan jugak. Hehe
Ada juga baca pasal fan Selangor yg tak kepung bas after game tu. Aku rasa, sbb fan punya expectation tinggi…tu yg naik angin bila tak perform….
Apapun, aku salute coach Irfan kalau benar dia resign…ambil tanggungjawab atas kekalahan macam ni…tak macam sesetengah coach..masih mati2 bertahan di kerusi jurulatih walaupun skuadnya tak perform…oh!
p/s- Coach Irfan Bakti, please come back ke Terengganu =)
Hehe.. Wah.. Seru dia balik ke bro.. Dengar dia nak ke Kelantan. Tapi tak tahu la kalau khabar angin je.
keh3….aku mmg suka dia balik latih Terengganu…
harap2 dia ke Terengganu…kelantan carik coach lainlah…hehe
terus letak jawatan ek.. apa pun, mungkin ada skuad yang lebih baik menanti dia..
Aik. Macam skuad Selangor tak baik je bunyi. Hehe
keh3…jgn memain ngn fan selangor….hehe
Samalah squad JDT Fandi Ahmad pun resigned
Skuad JDT musim depan dapat jurulatih yang lagi best kak. Hehe. Tak sama macam Selangor.
coach luar negara tu…player plak lagi power…ada nama =)