PLUS Expressways Bhd (PLUS) memperkenalkan jadual perjalanan dengan membahagikan kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil dan genap bagi melancarkan perjalanan di lebuh raya sempena musim cuti Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan.
Langkah itu bertujuan memisahkan kumpulan pengguna lebuh raya dari utara dan selatan termasuk mereka ingin pulang berhari raya pada saat-saat akhir menuju ke Lembah Klang dari 1 hingga 4 September ini.
Pengguna lebuh raya dari utara dan selatan yang akan kembali ke ibu kota pada 1 hingga 4 September dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam genap sebelum 12 tengah hari iaitu 8 pagi dan 10 pagi bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor genap.
Bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil disarankan menggunakan lebuh raya pada setiap jam ganjil sebelum 12 tengah hari iaitu pada 9 pagi dan 11 pagi.
Semua kenderaan dicadangkan waktu yang sesuai untuk memasuki lebuh raya sebelum 8 pagi dan selepas 6 petang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas bagi ketiga-tiga hari itu.
Pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan juga dinasihatkan supaya mengikuti Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang disediakan.
hehe .. seb bek kg kt kg seberang je .. hhihi
kampung seberang ? ni macam kampung seberang ngan rumah je bunyinya.
xsabar pulak nak balik kampung…hehe
memang dah nampak tak sabar pun…siap dah try baju melayu dah..haha
eh.. siap dah ada jadual ek? pes time rasanya ni kan?
eh…tak la kak, tahun tahun lepas pun dah ada dah jadual perjalanan dari plus ni..tapi kali ni ikut angka dekat no pendaftaran kenderaan pulak.