Keesamus

Keesamus

Keesamus? Apa benda Keesamus ni? Adakah ia adik beradik kepada kamus dewan atau kamus Oxford? Mungkin tidak. Sekarang ni ramai betul orang terutamanya gadis-gadis nak tunjukkan bakat nyanyian mereka melalui Youtube. Pagi tadi sedang aku melayari Youtube dari satu video ke video yang lain, tersesat pulak aku dekat video nyanyian seorang gadis.

Kenapa baru sekarang aku baru tahu akan kewujudan gadis Youtube bernama Keesamus ni. Jadi, apa yang unik dan menariknya tentang Keesamus? Keesamus seorang gadis Thailand yang gemar menyanyikan lagu berbahasa lain seperti lagu Indonesia dan juga Melayu di Yotube.

Kalau setakat artis Youtube macam Najwa Latif, Yuna, Ana Rafali, Ainan Tasneem, Tasya Manshahar dan yang terbaru Qaisara Syafiza seperti yang diceritakan oleh brother cendol dalam entrinya pagi tadi, bagi aku itu sudah biasa. Tapi kalau gadis Thailand yang menyanyi lagu Melayu dan Indonesia itu memang awesome.

Walaupun sebutannya pelat dan tidaklah selancar seperti orang melayu sendiri, tapi Keesamus tetap ada keunikan tersendiri. Usaha untuk menyanyikan lagu tersebut dengan baik walaupun tidaklah sebaik Najwa Latif atau Tasha Manshahar haruslah dipuji. Agak-agak kalau suruh Najwa Latif nyanyi lagi Thailand lepas tak?

Dekat bawah ni aku letak salah satu video nyanyian Keesamus ni untuk korang dengar. Yang ni dia nyanyi lagu Be Mine daripada Tasha Manshahar. Sampai senget-senget mulut dia nak nyanyi. Hehe

 

Sosial Media

Comments
  • Post a comment

    Current day month ye@r *

  • nazriafendi 27 April 2014 at 1:54 AM

    Berita terkini! Keesamus ni dh nk berkahwin dgn tunang dia dari kedah bln september ni! Tunang dia sama2 study muzik kt bangkok university dulu, nickname tng dia tokbuu, org pokok sena! Apapun selamat pengantin baru tokbuu&keesamus!!!

  • Hafizul 5 July 2013 at 10:06 PM

    Emm artis mcm ni lahir tak payah masuk pertandingan..ada bakat, boleh jadi artis..cepat mudah dan selesa..haha

  • hafizmd 24 May 2013 at 10:18 PM

    kagum ngn usaha minah ni…suara pun sedap…tone suara ada…sebutan tak berapa jelas, lenggok mmg bagus..saye bagi 4 bintang =)

    p/s-ok…ambe gi beli gitar sat…hehehe

  • hafizmd 24 May 2013 at 10:13 PM

    adeh…mati2 ambe ingat tadi nak cerita pasal kamus…

    rupanya pasal penyanyi youtube..hhehehe

  • 4feet8 22 May 2013 at 2:13 PM

    cousin sy ada duduk sana. bunyi mereka berbahasa melayu masih boleh difahami.. ;)

    • Hazmin Hamudin 22 May 2013 at 5:03 PM

      Wah… Cousin orang thailand ke? Hehe.. Tak belajar cakap thailand dengan cousin?

  • metrolisa 22 May 2013 at 2:38 AM

    wow luar biasa bahasa baru nih orang Thailand menyanyi bahasa melayu

  • blackrosehunter 21 May 2013 at 3:29 PM

    owh..ingat apa tadi keesamus..kamus..hehe..sekarang ni youtube tempat audition..hehe

  • Padin 21 May 2013 at 2:36 PM

    Cisss aku pon terjebak sekali dari satu ke satu video… kringggg!! you’re nearing quota limit..

    • Hazmin Hamudin 21 May 2013 at 4:32 PM

      Kah3. Sila terjebak bro. Layan kecomelan dia ni.

    • hafizmd 24 May 2013 at 10:14 PM

      nasib baik ambe tak layan…kalau tak habis quoto bb ambe..hahahah

  • fyna 21 May 2013 at 12:00 PM

    comel je suara dia. i loike!!

  • fiezaradzi 21 May 2013 at 10:35 AM

    macam2 la sekarang ni.. meriah dunia youtube…

  • auc 21 May 2013 at 12:30 AM

    hmmm best gak… layannnnn

  • onlajer 20 May 2013 at 6:49 PM

    gua pun tak kenal dia ni, orang selatan thai ke apa dia ni

    • Hazmin Hamudin 21 May 2013 at 4:31 PM

      Kih3.. Aku pun tak tahu bro.. Mungkin la.. Belah-belah golok ke kan.

  • MK Kimi 20 May 2013 at 6:35 PM

    mungkin KRU boleh rekruit dia ni jadi artis naungan bwh KRU…ngeh2

  • yui 20 May 2013 at 6:00 PM

    huhu..yui tak tahu plak ni..hihi

  • Areep 20 May 2013 at 2:28 PM

    makin ramai yang menonjolkan bakat melalui youtube ini. Harapnya nanti makin banyak penyanyi berkualiti yang boleh di ketengahkan lagi.

    • Hazmin Hamudin 21 May 2013 at 4:28 PM

      Itulah.. Sekurang-kurangnya kita dah nampak kegunaan Youtube ni boleh melahirkan bakat-bakat barukan.

  • akubiomed 20 May 2013 at 1:51 PM

    Nampaknya semakin ramai mencuba nasib ketengahkan bakat mereka di YouTube. Mana tahu rezeki dipancing syarikat rakaman.

    • Hazmin Hamudin 21 May 2013 at 4:27 PM

      Rezeki kita tak tahukan bro. Yang penting terus mencuba. Mana tahu nanti ada yang nampak.

  • Myra Jay 20 May 2013 at 1:08 PM

    Dia berani mencuba…
    tapi kalau ada bakat boleh jadi retis lepas ni :D

    • Hazmin Hamudin 21 May 2013 at 4:26 PM

      Hehe.. Agak-agak ada ke komposer dan penerbit yang nampak bakat dia ni? Hebat dah ni.

  • Ibu Mifzal Arsyad 20 May 2013 at 1:00 PM

    put phasa thai kodai?

    (boleh bercakap thai?)

    hehe

    • Hazmin Hamudin 21 May 2013 at 4:26 PM

      wah.. ibu pandai cakap Thailand ke ni? Hehe

    • hafizmd 24 May 2013 at 10:15 PM

      put put…
      (boleh boleh)

      hehehe..betul ke ni? hahhaha

  • Lieyalatif 20 May 2013 at 10:36 AM

    Ehhh not bad laa…2 kali gak akak replay….ade sesuatu laa kat suare die…boleh jual ni …fuhh akak ko mengomen mcm juri hah hehehehehe

    • Hazmin Hamudin 21 May 2013 at 4:26 PM

      Dah macam komposer dan penerbit album lak akak komen kan. hahaha

  • AyueJean AJ 20 May 2013 at 9:43 AM

    Woooowwww!!!!
    Impressive sangat… Suara dia pun comel je….
    Kalau artis kita nyanyi lagu Thai, confirm berbelit2 lidah..
    Dengar diorang bercakap pun macam susah….. =D

    • Hazmin Hamudin 21 May 2013 at 4:25 PM

      Hehe.. Kalau artis kita macam mana la agaknya. Mesti susahkan. Sebab tu takda yang try tu.

  • the malay male 20 May 2013 at 9:16 AM

    hebat2

  • Mama Murai 20 May 2013 at 2:27 AM

    suka sangat dengan suara dan kegigihan beliau menyanyikan lagu tu, herm agak-agak macam mana bunyinya kalau Tasha pulak yang nyanyi lagu Thai

    • Hazmin Hamudin 21 May 2013 at 4:24 PM

      Kalau Tasha Manshahar pun mesti terbelit macam dia ni agaknya mama. Hehe

  • rozuan 19 May 2013 at 10:45 PM

    sangat best dia ni. org thai tapi nyanyi lagu melayu comel sgt

    • Hazmin Hamudin 21 May 2013 at 4:23 PM

      Itulah.. Orang melayu sendiri pun silap-silap tak pandai nyanyi macam dia ni. Hehe

  • Hairul Azni 19 May 2013 at 10:29 PM

    Siap herot-herot mulut + sengau..tapi ok jugak dengar..hehe

    • Hazmin Hamudin 21 May 2013 at 4:20 PM

      Hehe.. Kira hebat dah tu.. Tp sedikit seksa dia nak menyebut.

  • dja@sishaza 19 May 2013 at 8:47 PM

    Oh ni kali pertama dengar namanye…igtkn note music ke apa td huhuhu…. Ramai sungguh artis yg lahir dr youtube skrg ni ye

    • Hazmin Hamudin 21 May 2013 at 4:20 PM

      saya pun pertama kali jugak tau pasal dia terus buat entri ni. Boleh tahan jugak dia menyanyi.

  • suri 19 May 2013 at 7:41 PM

    ada rupa juga mina ni heee

  • amirulfaiz 19 May 2013 at 6:02 PM

    Wow, mengkagumkan bila orang asing berbicara bahasa kita. Eh, ramai jer pendatang asing yang boleh berbicara dalam Bahasa. :)

  • Izzat Eshak 19 May 2013 at 10:23 AM

    Lama jugak Keesamus ni. Boleh tahan lagu2 yang dia bawak =)

    • Hazmin Hamudin 19 May 2013 at 11:15 AM

      Baru dah lama layan dia ni ke? Hehe.. Saya baru je berkesempatan kenal. Haha

  • ajumohit 19 May 2013 at 6:22 AM

    macam2 skrg ni ye, tak habis dengan gyomi timbul pulak kekamus ni ;)

    • Hazmin Hamudin 19 May 2013 at 11:14 AM

      Hehe.. Saya baru je tahu pasal dia ni kak. Rasanya dari tahun lepas lagi orang dah layan dia ni. Hehe

  • kakiblog 19 May 2013 at 6:04 AM

    satu berita baik untuk gadis Malaysia..sudah ada persaingan dari luar

    • Hazmin Hamudin 19 May 2013 at 11:14 AM

      Kih3… gadis Malaysia kena nyanyi dalam bahasa Thailand pulak agaknya lepas ni.

  • BUNDA 19 May 2013 at 4:36 AM

    baru tahu…okey lah..

  • titan 19 May 2013 at 2:06 AM

    walapun sampai senget-senget mulut dia..tapi sedap gak la dengar.

  • jeBateja 19 May 2013 at 12:44 AM

    Uikkkk…layan…den baru taw ni…tq lah kerna kasi link nya….

  • BeritaKaki 19 May 2013 at 12:15 AM

    saya suka dia ni ..banyak kali tengok .. haha

    Berita baik untuk semua blogger dan FACEBOOKERS, kami mengadakan satu SEGMEN yang hadiahnya berupa WANG TUNAI (CASH) tetapi kami mencari SPONSOR yang sanggup menaja SEGMEN ini . BERMINAT ? SILA LIHAT SYARAT DAHULU disini
    http://beritakaki.blogspot.com/2013/05/segmen-soal-jawab-blogger-dan.html

    • Hazmin Hamudin 19 May 2013 at 11:12 AM

      Salah seorang peminat ke bro? Haha

      • BeritaKaki 19 May 2013 at 12:01 PM

        haha..boleh laa jugak..banyak lyn lagu dia..ada satu lagu ..lagu AMUK ! power gler dia bawak

  • hana hadi 18 May 2013 at 10:55 PM

    baru tahu ni.. unik kan. bukan senang org luar nak nyanyi lagi melayu. org melayu je nak nyanyi lagu luar. hehe

    • Hazmin Hamudin 19 May 2013 at 11:12 AM

      Betul tu hana. Orang lain rilex je perjuangkan lagu Malayu. Orang Melayu bangga dengan kpop lak. Haha

  • Ikhmal Malique 18 May 2013 at 10:31 PM

    memang terbaik budak ni. sementara bebudak melayu duk nyanyi lagu kpop, dia nynyi lagu melayu.

    • Hazmin Hamudin 19 May 2013 at 11:11 AM

      Betul tu bro. Orang lain bangga je nyanyi lagu Melayu. Orang Melayu sendiri pergi banggakan lagu luar pulak.

  • Mieya Atiera 18 May 2013 at 9:43 PM

    Mieya pon pernah jugak tengok video klip dia. Dia memang berbakat. Suka dengar suara dia

    • Hazmin Hamudin 19 May 2013 at 11:10 AM

      Hehe.. Asyik layan orang Malaysia je kan. Sekali sekala layan orang Thailand nyanyi lagi Melayu pun best jugak.

  • iAwani 18 May 2013 at 9:22 PM

    Yuna dan Ainan Tasneem juga mengukit nama dari YouTube.

    • Hazmin Hamudin 19 May 2013 at 11:10 AM

      Betul tu. Ramai anak muda sekarang ni mencuba nasib melalui Youtube.

  • puteri kasih 18 May 2013 at 9:06 PM

    first time juga tengok videoklip keesamus ni. menarik juga.

  • JR 18 May 2013 at 7:47 PM

    Dari tahun lepas lagi dengar nama awek ni. Suaranya memang sedap, kalau ada yg sudi ajar dia berbahasa Melayu, tentu sebutannya lebih baik. Cuma tak tau biodata dia…Di Thailand ramai Thai Muslim dari Selatan yg sebahagiannya dah tak tau berbahasa Melayu, nama pun dah tukar nama Siam.

    • Hazmin Hamudin 19 May 2013 at 11:09 AM

      Wah.. Bro JR pun advance tau pasal dia ni. Itulah, kalau dia ni lagi fasih bahasa melayu lagi tebaik. Ada siap pakai jersi bola pasukan Malaysia lagi.

  • cik siti 18 May 2013 at 7:22 PM

    da dengar da…^^

  • daddyziyyad 18 May 2013 at 7:03 PM

    Masing2 kena kreatif nak cari peminat..sebab dah melambak yg upload video menyanyi/buat lawak..so, kalau nak try bro, nyanyi lah lagu lagu dalam bahasa Jerman, upload kat Youtube..mesti satu negara Jerman like your video..hahahaha

    • iAwani 18 May 2013 at 9:23 PM

      menyanyikan lagu dalam bahasa lain selain bahasa natif satu idea yang baik juga!

      • Hazmin Hamudin 19 May 2013 at 11:07 AM

        Wah.. Doc.. Nak suruh nyanyi bahasa German pulak ye.. Apa kata doc jadi lead singer. Haha

  • Juan 18 May 2013 at 6:54 PM

    aku dah dengar banyak lagu dia, bagi aku dia nyanyi sedap dan best tetapi sengau tu x hilang, sengau ada tapi best juga dengar lagi lagi tang lagi saleem

    • Hazmin Hamudin 19 May 2013 at 11:06 AM

      Ramai jugak yang tahu dia ni ye. Aku je tak tahu. hehe.. Kalau dengar dia nyanyi lagu MOJO lagi sengau. Macam nyanyi ikut hidung la pulak. Haha