Hari ni rasanya kali ke tiga dalam masa tak sampai seminggu aku menyaksikan kejadian ‘mencopet’ ataupun kejadian menyeluk saku ketika menaiki komuter. Makin lama makin tak selamat pulak aku rasa dengan keadaan di Malaysia ni. Sana sini berleluasa kejadian ragut, penyeluk saku dan bermacam-macam lagi masalah sosial.
Apa yang aku nampak, penyeluk saku tersebut adalah pendatang asing yang sepatutnya mencari rezeki dengan cara yang halal di tempat orang tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mungkin ni kesan yang harus rakyat tanggung akibat kebanjiran pendatang asing ni atau akibat daripada ketamakan sesetengah pihak yang hanya mementingkan keuntungan?
Modus operandi penyeluk saku ni adalah ketika penumpang bersesak-sesak untuk masuk atau keluar daripada train komuter. Ketika berebut atau berasal-asak inilah mereka akan menolak penumpang lain serta menyeluk barang beharga milik mangsa. Licik sungguh penyeluk saku keparat ni melakukan kerja. Memang dasar ‘pencopet’ keparat. Kesian kepada mangsa dan sebentar tadi mangsa adalah seorang foreigner yang sudah pasti memberi imej buruk kepasa Malaysia.
Di sini aku nak beri sedikit tips atau panduan keselamatan untuk dipraktikkan ketika menaiki komuter:-
- Elakkan berasak-asak ketika masuk dan keluar daripada train.
- Elakkan menayang barang berharga ketika sedang menunggu train ataupun ketika di dalam train.
- Perhatikan keadaan sekeliling ketika keluar dan masuk daripada train.
- Simpan barang berharga di tempat yang selamat atau tempat yang sukar untuk penyeluk saku mencapai barang tersebut.
Diharapkan selepas ini pengguna pengangkutan awam terutamanya perkhidmatan KTM Komuter lebih berhati-hati ketika menaiki Komuter agar kejadian menyeluk saku ni dapat dikurangkan. Pihak Keretapi Tanah Melayu (KTM) seharusnya juga meningkatkan lagi tahap keselamatan dengan menambah bilangan polis bantuan di setiap stesen Komuter.
Posted with WordPress for BlackBerry.
Incoming search terms:
- statistik penggunaan pengangkutan awam di malaysia
- statistik penyeluk saku
- ktm komuter selamat
- dari tbs ke damansara
- statistik kes penyeluk saku di malaysia 2012
Dalam masa 2 minggu ni , aku sendiri nampak 3 kejadian seluk saku depan mata – masa penumpang sesak2 keluar masuk tren di Midvalley & Sentral. Aku cam muka bukan sorang , at least 3 orang, bukan satu kumpulan – banyak!, satu hari tu aky nampak, siap melepak dengan budak2 Polis Bantuan di stesen Midvalley. Wah Hebat!
wat cara aku je..letak dompet dalam baju. haha..
berani la dia seluk.
titan recently posted..Eyriqazz vs Denaihati – Part 3
Kalau perempuan yang seluk macam mana bro?
Kalau jadi mangsa penyeluk saku adalah dokumen penting seperti kad pengenalan dan kad bank.
akubiomed recently posted..Sambutan Hari Bapa dengan projek Hari Minggu
Kalau la semua penyeluk saku tu ada perasaan baik hati nak pulangkan kad pengenalan, lesen dan kad bank alangkah bagusnya. Duit semua tu belakang kira dah.
sama-sama le kita ambil pengajaran
sharinginfoz recently posted..Sedap Juga Nasi Ayam @Mash Nasi Ayam Datuk Keramat
siot lah sapa yang kaki mencopet nih
Juan recently posted..Tarikh Bulan Puasa Ramadhan Malaysia 2012
mmg expert la penyeluk saku tu..hp kat tgn pon leh sebat jgak..
LangkawiHomestay recently posted..Gunung Raya
kene letak kat kocek depan la..kalo kat belakang mmg x perasan..
Jebeng Otai™ recently posted..Kedudukan Terkini EURO 2012
Dengar cerita daripada penumpang lain, hanphone ditangan pun kena ragut jugak semasa naik komuter. Elok lebih hati-hati lagi.
kene bli rantai agaknya..huhu