Tahun 2011 merupakan tahun yang sukar untuk aku lupakan. Lebih manis lagi apabila aku terpilih untuk menyertai perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia ke-48 Di Dataran Merdeka bagi mewakili tempat aku bekerja iaitu Lembaga Getah Malaysia, dibawah Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK).
Masih ingat lagi seminggu sebelum sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tersebut, seawall pukul 5.00 pagi aku dah bangun untuk ke Dataran Merdeka bagi membuat latihan perbarisan. Bukan senang nak dapat merasai pengalaman menyertai perbarisan di hadapan pentas utama yang menempatkan pemimpin-pemimpin Negara. Ianya merupakan satu penghormatan yang sukar di cari bagi aku. Memang suatu pengalaman yang menyeronokkan. Kalau ada lagi peluang macam ni memang aku nak turut serta lagi.
Itu semua kenangan yang memang sukar untuk dapat lagi. Bangun awal pagi selama seminggu, kemudian bersama-sama kontigen perbarisan daripada agensi-agensi lain, diberi penghormatan lalu di hadapan pemimpin Negara, semua-semua tu walaupun penat, tapi sangat berbaloi untuk dijadikan kenangan mengingati salah satu hari terpenting Negara kita.
Sejarah Hari Malaysia
Rasanya ramai yang tidak mengetahui sejarah Hari Malaysia ni berbanding dengan Hari Kemerdekaan Negara kita. Hari Malaysia juga merupakan salah satu hari terpenting selepas Hari Kemerdekaan Negara. Meh aku terangkan serba ringkas sejarah Hari Malaysia ni.
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
Sambutan Hari Malaysia ke-51
Tahun ini Bandaraya Miri terpilih untuk menganjurkan sambutan Hari Malaysia ke-51 peringkat kebangsaan. Sambutan yang akan diadakan di Dataran Kipas iaitu taman rekreasi popular berbentuk kipas dan kawasan tarikan pelancong terletak di tengah-tengah bandar raya ini, bakal menjadi sambutan paling meriah lebih-lebih lagi berlangsung semasa cuti sekolah.
Diharapkan sambutan Hari Malaysia ni sedikit sebanyak dapat memupuk semangat cintakan tanah air. Tambahan pula generasi muda sekaang ni kurang didedahkan dengan semangat kemerdekaan lalu menyebabkan kurangnya semangat patriotik dalam diri mereka.
ehem~ lama x hapdet. kemon HH hapdet kemonnnn hehe
kite tukar url baru:
ana-mizu.blogspot.com
Haha. itulah pasal. Lama sangat tak update ni. jahanam blog.
Tahniah..itu satu pengalaman baru
Mrs. A tag hazminhamudin.com 🙂
pengalaman berharga tu dpt join kontigen perbarisan 🙂
akak pun ade pengalaman…tapi sekali jek laaa…serius best…tp tu mase mule2 masuk keje…skrang dah lemau nak join bagi org2 baru lak join hheheeheh…syok sbb dpt baju cap free..cun pun cun…mkn free pun dpt…cuti gantian pun dpt…tu syok tu hehheheeheh
bagus info macam ni, tak ingat pulak tarikh tu tunda 2x. memang info baru buat saya.
Selamat hari malaysia bro semoga bro semakin sukses 🙂
Selamat hari merdeka
bagus info ni. tak tau plak pasal tarikh yg 2 kali tertunda tu.
Den pun pernah turut serta dengan perbarisan sempena hari kemerdekaan ni. Seminggu tak pergi sekolah.
Selamat menyambut Hari Malaysia even dah lama lepas…baru balik Vacation…huhu
Bertuah lah dapat merasa join perbarisan.. semua tu kenangan yg boleh mmbawa sampai ke tua sok.. :))
akhirnya bersatu emmbentuk Malaysia 🙂
Ooo.. Baru tahu kenapa diraikan pada 16 Sept dan tidak pada 31 Ogos.
Penyatuan dengan borneo memberikan kebaikan bersama untuk Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.