Hero filem Ombak Rindu, Aaron Aziz, 36, menepati ramalan apabila dinobatkan Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) yang berlangsung di Arena of Stars Genting Highlands dengan jumlah undian terkumpul sebanyak 87 899.
Berikut disertakan senarai lengkap pemenang bagi setiap kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011) yang berlangsung malam semalam.
SENARAI PEMENANG ABPBH 2011
ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR – Aaron Aziz
- Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz Suip
- Penyanyi Wanita Popular – Yuna
- Artis Duo/Berkumpulan Popular – 3 Suara (Jacklyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah)
- Artis Baru Lelaki Popular – Johan As’ari
- Artis Baru Wanita Popular – Tasha Shilla
- Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz
- Pelakon Filem Wanita Popular – Maya Karin
- Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz
- Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha
- Artis Komedi Lelaki Popular – Johan Raja Lawak
- Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias
- Pengacara TV Lelaki Popular – Zizan Raja Lawak
- Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
- Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
- Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana
- Anugerah Seri Perak – Dato’ Siti Nurhaliza
- Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato’ Sheila Majid
Fakta ABPBH 2011 :
- Faizal Ismail antara yang berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Penyampai Radio Lelaki Popular selama 5 tahun berturut-turut.
- Didiey Alias pertama kali merangkul anugerah Artis Komedi Wanita Popular selepas 25 tahun ABPBH dipertandingkan.
- Dato’ Sheila Majid dianugerahkan Pencapaian Sepanjang Hayat selepas 25 tahun berkecimpung dalam industri hiburan.
- Anugerah Pengacara Lelaki Popular akhirnya jatuh kepada Zizan Raja Lawak setelah 8 tahun didominasi oleh Aznil Nawawi.
- Dato’ Siti Nurhaliza mekap sendiri kerana jurumekap, Nurul Syukur sibuk.
- Trofi Pelakon TV Lelaki Popular yang dijangka dimenangi oleh Aaron Aziz telah dirangkul oleh Fizz Fairuz. Satu kemenangan yang luar jangkaan!
- Fara Fauzana mengekalkan kedudukannya buat 6 kali berturut-turut. Masih tiada pesaing?
- Nama Sheila Majid, Aaron Aziz, Didie Alias, & Fizz Fairuz menjadi trending top 10 di Twitter.
- Persembahan paling mantap sudah semestinya Lan Typewriter Vs Ziana Zain.
tapi kemenangan aaron aziz ni banyak gak dapat komen dingin dari artis malaysia sendiri atas alasan kerakyatan aje..bagi aku kalau dah melayu islam same aje dimana kita berada
Betul tu.. Mungkin pelakon melayu ni goyang dengan Aaron Aziz. Tapi kalau rasa diri tu ada bakat, buat apa nak takut dengan artis luar.
tahniah untuk semuo pemenang…
wife gua kamain bengang bilo fasha sanda monang…haha
Haha.. Anti Fasha Sandha ke bro?
Lelaki kacak Aaron Aziz menang besar. 🙂
Macam sudah dapat diduga Aaron Aziz akan menang. Nama beliau tengah naik sekarang ni.