Keputusan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2012 Kali Ke-55

by Hazmin Hamudin on 9 June 2012

in Agama

Majlis Tilawah Al-Quran 2012

Keputusan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2012 Kali Ke-55. Malis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2012 kali ke-55 telah melabuhkan tirainya semalam. Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah menyempurnakan acara penutupan dan penyampaian hadiah majlis tersebut yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor.

Selain itu majlis tersebut turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman serta isteri Datin Paduka Prof Dr Jamilah Ariffin.

Seramai 27 qari dan qariah menyertai tilawah yang berlangsung selama limahari sejak Isnin lalu dan bertemakan ‘Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’.

Pemenang kategori Qari

Johan: Muhammad Anuar Ghazali(Kelantan), peratusan markah 93.66%
Naib Johan: ZulHashimi Mohamed Yunus(Pahang), peratusan markah 87.99%
Tempat ketiga: Mohamad Raffe Ghalil Abas(Sabah), peratusan markah 86.68%

Pemenang kategori Qariah

Johan: Hjh. Che Aminah Che Awang(Wilayah Persekutuan), peratusan markah 84.33%
Naib Johan: Nur Faten Izzati Rablin(Sabah), peratusan markah 79.00%
Tempat ketiga: Marziah Mohd Deli(Kedah), peratusan markah 78.67%

Johan Keseluruhan

Negeri Pahang

Johan Qari dan Qariah akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM15000, piala iringan, pakej untuk menunaikan ibadat haji beserta cenderamata.

Naib johan RM7000, pakej menunaikan ibadat haji dan cenderamata.

Pemenang tempat ketiga menerima RM5000 juga pakej menunaikan haji dan cenderamata. Manakala setiap peserta menerima hadiah sagu hati RM2000 dan cenderamata.

Incoming search terms:

  • gambat kawin fasha sandha kat perlis
  • fasha sandha kahwin mengandung
  • ikan kelah sabah
  • awal ashaari cuti
  • baju wedding yusri
Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge
  • Jebeng Otai™ 9 June 2012 at 4:02 PM

    hadiahnya agk menarik..dpt menunaikan haji..mungkin leh tarik lebih byk anak2 muda :)
    Jebeng Otai™ recently posted..Ralat : RON95 Lebih Mahal Dari RON97?

Previous post:

Next post: