Kereta Proton Satria Neo WWW1 Terlibat Dalam Kemalangan?

by Hazmin Hamudin on 29 July 2012

in Berita

Satria Neo WWW1 Kemalangan 1

Kereta Proton Satria Neo WWW1 Terlibat Dalam Kemalangan? Sekarang ni heboh di blog-blog dan juga di laman-laman sosial yang lain kononnya kereta Proton Satria Neo milik DYMM Sultan Johor yang menggunakan nombor plat WWW1 telah terlibat dalam kemalangan. Baru je reda dengan kontroversi no platnya yang berharga RM500,00 tu, sekarang ni datang pulak kontroversi lain berkenaan dengan kereta bewarna oren tersebut.

Kemalangan tersebut berlaku di Lebuhraya Utara Selatan berdektan Yong Peng menuju ke Kuala Lumpur, kira-kira jam 12.30 tengah hari 28hb Julai 2012 kerana melanggar pengadang jalan. Kereta tersebut dipercayai dipandu dengan laju sehingga gagal dikawal, lalu melanggar penghadang jalan.

Satria Neo WWW1 Kemalangan 2

Ramai yang mengaku ada saksi mengatakan itu memang kereta Proton Satria Neo WWW1, tetapi ada pula pihak-pihak yang menafikan berita tersebut. Jadi mana satu yang betul? Dalam gambar tersebutpun tidak kelihatan no plat WWW1  seperti kereta Proton Satria Neo kepunyaan DYMM Sultan Johor. Jadi tak bolehlah nak tuduh sebarangan sehingga ada kenyataan rasmi atau bukti menunjukkan itu adalah kereta Satria Neo WWW1.

Satria Neo WWW1 Kemalangan 3

Rasanya isu berkenaan kemalangan ini tidak perlulah diperbesarkan memandangkan kesahihannya masih belum dapat pastikan lagi. Kemalangan tak mengenal sesiapa dan di mana-manapun boleh berlaku kemalangan. Tak hairan kalau Sultan sekalipun terlibat dalam kemalangan. Cuma kita hendaklah berhati-hati ketika memandu supaya tidak berlakunya kemalangan seperti ini.

Incoming search terms:

  • www1
  • kereta sultan johor
  • satria neo
  • kereta tmj
  • tmj johor
Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge
  • Gegalo 6 February 2013 at 8:45 PM

    Ni kereta www1. Reason? 1) warna yg sama 2) sport rims yg sama (bkan stock proton) dn jga, dlm gambar selepas kemalangan, bumper depan masih intact, manakala gambar ke2, bumper dibuang sebelom orang ramai mcm korang spread words.

  • mak lagenda 31 July 2012 at 9:17 AM

    xde bukti pun tu kereta TMJ so kita x bley la nak buat telahan. Kebetulan warna je sama..lain2 bukti xde

  • Jebeng Otai™ 30 July 2012 at 9:19 PM

    kemalangan x kira siapa saja..hati2 dijln raya..
    Jebeng Otai™ recently posted..Duti Eksais : Harga Kereta Murah Selepas PRU13

  • akubiomed 30 July 2012 at 1:27 PM

    Jalan basah dan cuaca hujan. Tayar boleh hilang cengkaman.
    akubiomed recently posted..Coretan pada bulan Ramadhan

  • Blog Asyraf 29 July 2012 at 10:57 PM

    Rasanya TMJ dah menafikan tentang perkara ini.. hehe..
    Blog Asyraf recently posted..Logo Hari Merdeka Ke 55 Ditukar Kepada Logo 1Malaysia

  • the tempo of ;ife 29 July 2012 at 6:12 PM

    uisshh, rasa takut la plak nak drive pasni. saya ni dh la masih merangkak utk drive.
    the tempo of ;ife recently posted..pertandingan menulis esei jawi 1Malaysia

  • marou apple hijau 29 July 2012 at 5:46 PM

    kalu betol satria neo tu milik sultan johor, xde gpon gambar plate www1 tuh.
    bukan proton keluar kereta satria neo warna oren tuh sebijik je..
    bersepah kat atas jalan raya.
    jadi, mungkin kereta satria neo milik orang lain tapi di gembar gembur kereta sultan johor.
    tak baik betol

  • Shahrul 29 July 2012 at 5:40 PM

    kebetulan warna sama kot…
    Shahrul recently posted..Perpindahan Pemain Termahal di EPL untuk Musim 2012/2013

    • Hazmin Hamudin 29 July 2012 at 5:46 PM

      Ada yang kata begitu. Seeloknya biarlah kenyataan rasmi dibuat baru leh ckp kereta siapakan.

  • Leeza dayasari 29 July 2012 at 3:45 PM

    dahsyat dan sgt teruk
    laju sgt kew..
    hujan kan.
    Leeza dayasari recently posted..Anak Murid Hardcore

Previous post:

Next post: