Kesan Buruk Merokok Sebaik Berbuka Puasa

by Hazmin Hamudin on 27 July 2012

in Kesihatan

Rokok

Kesan Buruk Merokok Sebaik Berbuka Puasa. Selalunya bila berpuasa, aku rasa golongan yang tidak boleh duduk diam semestinya golongan perokok tegar. Setelah seharian selama 13 jam menahan daripada menghisap rokok selain daripada menahan lapar dan dahaga, golongan ini pastinya ternanti-nantikan detik berkumandangnya azan maghrib. Segelintirnya pula dengan pantasnya menghidupkan api rokok setelah seharian tidak menghisap rokok tanpa mengetahui kesan buruk akibat perbuatan tersebut.

Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.

Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya.

Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan.

Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.

Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.

Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.

Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas. Sumber Berita Harian

Bagi aku tidak kiralah di bulan Ramadan atau bulan-bulan lain sekalipun, perbuatan menghisap rokok ni memang sudah terbukti tidak baik untuk kesihatan. Cuma di bulan Ramadan ni perbuatan tersebut memberikan kesan yang lagi buruk menurut pakar. Bagi penghisap rokok tegar di luar sana, anda sendiri nilaikan baik buruknya menghisap rokok ni kepada diri anda. Banyak kesan buruk yang telah disampaikan, selebihnya anda yang tentukan.

Incoming search terms:

  • slogan jururawat 2012
  • kesan buruk akibat merokok
  • kata-kata doktor kepada penghisap rokok
  • kesan-kesan buruk akibat perbuatan merokok
  • Kesan akibat merokok
Comments

Previous post:

Next post: