Konsert Erykah Badu Dibatalkan Kerana Tatu Kalimah Allah

by Hazmin Hamudin on 29 February 2012

in Hiburan

Konsert Erykah Badu, yang dijadual berlangsung di ibu negara malam ini dibatalkan kerana melanggar garis panduan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Tatu Erykah BaduMenteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menerusi kenyataan yang disiarkan dalam laman Tumblr, berkata, konsert artis itu dibatalkan selepas didapati melanggar garis panduan Puspal dan syarat kelulusan iaitu menyentuh sensitiviti agama, bangsa serta nilai budaya masyarakat Malaysia. Beliau berkata, perbuatan artis itu meletakkan tulisan kalimah Allah di badan tanpa baju satu penghinaan kepada Islam dan menjadi kesalahan serius.

“Perlanggaran syarat ini menimbulkan bantahan masyarakat yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan memberi impak negatif kepada imej kerajaan,” katanya.

Walaupun terdapat segelintir masyarakat yang menentang, tetapui aku memang sangat bersetuju dengan tindakan dan keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Rais Yatim yang membatalkan konsert penyanyi Erykah Badu ini. Isu yang menyentuh agama ni memang sangat sensitif dan tidak boleh dibuat main-main. Usah dilayan suara-suara jelik manusia-manusia yang sentiasa mencari kesalahan orang lain dan berfikiran cetek macam itu.

Mungkin ramai yang tak kenal mengenai artis Erykah Badu ini termasuk la aku. Siapakah Erykah badu ini sebenarnya? Di akhir entri aku nak kongsikan sedikit info mengenai penyanyi Erykah Badu.

  • Berasal dari Dallas, Texas
  • Berumur sekitar 40 tahun
  • Pernah memenangi anugerah Grammy
  • Penyanyi “funk”, “hip-hop” dan “soul”

 

Incoming search terms:

  • tatu erykah badu
  • tatu Eryka Badu
  • baju kalimah Allah
  • kalimah allah dalam badan manusia
Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge
  • titan 29 February 2012 at 9:59 PM

    ada yang nak kena makan kaki nih…

  • akubiomed 29 February 2012 at 5:59 PM

    Itu pun sebab ada teguran gara-gara tersiar gambar kontroversi beliau didalam suratkhabar tempatan.

    • Hazmin Hamudin 29 February 2012 at 7:16 PM

      Tu la… Kalau tak confirm semua tak perasan…

      • akubiomed 29 February 2012 at 9:22 PM

        Sudah pasti saya bukanlah peminat beliau.

        • Hazmin Hamudin 29 February 2012 at 10:17 PM

          saya pun tak pernah dengar nama Erykah Badu sebelum ni.

          • akubiomed 29 February 2012 at 10:37 PM

            Erykah Badu ini antara penyanyi terkenal pernah menang anugerah Grammy.

Previous post:

Next post: