Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang, Rupanya Hujan Di Tengah Hari

Nampaknya apa yang aku impikan, apa yang aku harapkan tak kesampaian. Sedih memang la sedih kalau apa yang kita inginkan tidak menjadi seperti mana yang diharapkan… Nak tak nak aku kena hadapinya jua. Aku kena belajar menerima hakikat atas apa yang jadi aku kena terima. Bukan semua benda yang kita nak kita boleh dapat. Aku kena belajar semua tu dan terus maju ke hadapan.

Korang mesti perasan aku dah lama tak update blog aku ni… Lebih kurang seminggu jugaklah aku tinggalkan blog kesayangan aku ni tanpa sebarang berita mahupun jejak untuk korang follow… Adoi… Apa sudah jadi Hazmin Hamudin… Dulu bukan main lagi tinggi cita-cita nak update blog sehari kurang-kurang satu entri la… Sekarang apa sudah jadi… Bukan sehari satu entri ni… Ni dah seminggu satu entri… Demm… Ku sangka salji hingga ke petang, tiba-tiba hujan batu di tegah hari.

Kalau korang nak tahu punya la sibuk aku sekarang ni dengan kerja dekat ofis tu… Sampai balik pun kerja-kerja kat ofis tu still follow aku balik rumah. Kalau follow blog aku ni ada gak faedahnya… ni follow aku balik rumah sah-sah nyusahkan aku dekat rumah… Nak kana buat kerj-kerja tu sampai la ke tengah malam… Macam tu la rutin aku dalam seminggu ni… Kesannya blog kesayangan aku ni yang jadi mangsa keadaan yang tidak sepatutnya terjadi.

Ingatkan start minggu ni free la sikit dan bolehlah aku update blog sampai lebam patah-patah jari aku untuk update entri. Tapi tadi sedang aku menikmati keindahan ofis sambil memikirkan entri dekat blog, tiba-tiba dapat panggilan agong plak. Aduyai… Skali Pengarah aku call suruh turun jumpa di plak… Hambik kau punya banyak dia bagi aku kerja lagi… Demm…. Ko ingat aku mesin lepas satu, satu lagi ko nak bagi aku buat… Kerja-kerja yang aku buat sampai ke tengah malam tu sesen pun aku tak claim… Kan dah tak ikhlas aku buat kerja… Lepas ni apa nak jadi, jadilah… Penat dah aku dengan kerja yang mengarut tu…

  • Post a comment

    Current day month ye@r *