Abis sengal-sengal badan aku bangun tidur pagi ni. Keadaan yang sudah semestinya dijangka akan berlaku. Tapi yang peliknya badan dah sakit-sakit, pagi ni aku bangun awal pulak. Bukan main senang lagi aku terjaga. Terasa segar je oksigen masuk ke rongga-rongga badan aku ni. Ataupun benda hanya perasaan aku je. Apa-apa pun aku akan teruskan aktiviti yang menyihatkan ni untuk kebaikan aku akan datang. Meh tengok apa yang aku buat semalam.
Daripada buat benda-benda yang tak berfaedah, baik layan besi-besi ni semuakan. Dapat gak memberi kecergasan tubuh badan dan juga kecerdasan otok ni. Mula-mula memang terasa agak seksa jugak badan ni nak menaggung. Tu tandanya badan ni dah naik lemak dan selalu sangat dimanjakan. Lama kelamaan nanti ok la kan. Yang penting semangat kena kuat dan kental, kalau tak alamatnya memang sekerat jalan jela aku join.
Terima kasihlah kepada bro yang sudi beri tunjuk ajar dan panduan macam mana nak ‘bermesra’ dengan besi-besi ni semua. Kalau sorang-sorang memang tak jalan la kan. Yang penting dekat situ kena ada ‘pendorong’ untuk buat kita berkunjung tiap-tiap harikan bro ?
Korang rasa siapa bro yang beri tunjuk ajar dekat aku tu ? Tu tengah cycling sebelah aku tu. Agak-agak dapat agak tak siapa ? Maaf la kualiti gambar kurang memuaskan. Pakai fon buruk je snap gambar. Kalau nak tau siapa klik [SINI]. Ha…. Dah tau kan siapa.
gym ni campur ke lelaki n perempuan
Masa saya pergi, gym di KBS ni campur lelaki dan perempuan.
berapa kena bayar nie bro??
bayaran gym kat KBS ni sekali masuk RM 3.
bulanan pulak RM 45 untuk pertama kali daftar dan RM 30 untuk bulan berikutnya.
abg ben tu..kirim salam la kat dia..hehe..best la layan gym ni..hehe..asyik layan dumbell je kat rumah ni..
jom la layan gym sekali… 🙂
free ke kena bayar nih?
kena bayar bro.. 🙂
Lepas ini timbul six packs. 🙂
lambat lagi nak keluar mcm tu.. 🙂
Kalau macam itu timbul 1 pack sahaja. 🙂
tu semestinya la.. 🙂
Hazmin..ni gym kat presint brp yee..cam menarik jee tmpt die…
Wan, ni gym dekat bangunan Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya. Dekat Presint 4.