Malam semalam aku ke Putrajaya untuk menghadiri Kursus Khas Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41. Kursus khas ni diadakan di Kompleks C, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), Putrajaya pada pukul 8.00 sehingga 10.00 malam selama 2 jam.
Nampak tak betapa panjangnya barisan kenderaan yang hadir? Walaupun dah hampir pukul 8.00 malam, tapi keadaan masih lagi sesak. Dengan keadaan tempat meletak kenderaan yang terhad di Putrajaya ni, kira jenuh jugaklah nak parkir kereta.
Apa itu SPA Outreach?
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ada menganjurkan Seminar SPA Outreach : Seminar ini merupakan Transformasi SPA yang bertujuan memberi pendedahan awal dan panduan kepada calon-calon dalam membuat persediaan untuk menghadapi urusan Peperiksaan, Asessment Center dan Temu Duga memasuki Perkhidmatan Awam. – Portal SPA.
Itulah serba sedikit berkenaan dengan SPA Outreach ni. Lebih kurang macam kursus atau seminar sebagai persediaan kepada calon sebelum menghadapi peperiksaan la. Kursus ni pun takda la wajib kepada semua calon. Tapi memang sangat digalakkan untuk hadiri kursus ni.
Macam ni la suasana dalam dewan temuduga di mana tempat diadakan kursus outreach ni. Memang ramai yang hadir semalam. Oleh kerana jumlah calon yang terlalu ramai dan keadaan dewan yang tidak berapa besar, pihak SPA terpaksa buat penambahan satu lagi dewan.
Di sini aku nampak inisiatif daripada pihak SPA sedaya upaya untuk menolong calon bagi membuat persediaan sebelum peperiksaan dan temuduga. Maklumlah ada yang datang dari jauh untuk mendapatkan input atau maklumat yang yang mereka inginkan.
Nak tahu tak berapa ramai calon yang memohon untuk jawatan Penguasa Kastam Gred W41 ni? Hasil kursus semalam, dimaklumkan calon yang memohon untuk jawatan ni adalah sebanyak 105k++ orang calon. Setelah ditapis oleh pihak SPA, yang tinggal dan dipanggil untuk menduduki peperiksaan adalah sebanyak 84k++ orang calon. Nampak tak betapa sengitnya nak dapat jawatan ni?
Sekurang-kurangnya dengan menghadiri kurus macam ni bolehlah dijadikan batu loncatan untuk calon supaya lebih bersedia dalam membuat persiapan sebelum peperiksaan. Yang penting di sini usaha tu dah ada. Dah nampak semangat dan kesungguhan nakkan jawatan ni. Yang lain berdoa dan tawakal kepada Allah.
Apa-apa pun aku nak ucapkan semoga berjaya kepada semua calon yang akan menghadapi Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41. Aku pasti ramai calon yang berkeinginan untuk mendapatkan jawatan yang terhad ni. Kalau dah berusaha, berdoa dan tawakal, jika tidak berjaya juga itu dah sememangnya bukan rezeki kita.
assalam…bgaimana dgn kod pemaakaian ke kursus ni? adkah formal atau skdar t berkolar dan sluar jean dan bkasut? mohon mklumat lnjut do’s n dont’s
Banyak sekali yang menghadiri kursus tersebut. Rasanya persaingan dalam peperiksaan kemarin sangat ketat.
Beruntung sekali anda bisa lulus, sukses selalu …
aku baru perasan tentang kursus ni
mlm td ada la aku daftar
tapi bila semak kehadiran xdak pun
bila re-daftar balik dia kata rekod sudah ada
Terima kasih berkongsi pengalaman.
Saya terlepas menghadiri Kursus Khas Panduan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41. Boleh tak saya tahu apa kandungan kursusnya kalau tidak keberatan?
Terima Kasih
Terima kasih . Atas penkongsian bro hazmin. Sy ingatkan kursus ini..kursus fizikal. Ada x dia bgtaw bile pemeriksaan fizikal di buat? Coz katenyer kena sediakan bju sukan dll… mintak pencerahan….
bro untuk jawatan ni spa ada ckp x ada pemeriksaan fizikal?
boleh x saudara kongsikan sikit tips/perkara yg dibincangkan? 🙂
pakaian utk pergi kursus ni mcm mana ye ? kene pakai kemeja atau boleh pakai biasa mcm jeans?
Malam tu ada yang pakai jeans dengan slipper je. Tapi bagi saya biarlah berpakaian kemaskan. Saya sendiri pakai Tshirt kolar dan juga slack berkasut. Pakai semi formal je.
sesape y g kursus ni ada x dia mark pape kat system nanti?means spa akan tau sape y pergi n sape y x..
Ada tandatangan kedatangan malam tu. Tapi tak tahu la apa tujuaan dia. Mungkin sebagai rekod je kot.
hemm..jauh kot putrajaya tu..still thinkin nk pergi ke x..klau xde pape y important rasa mcm tanak pg je..kalau bab etika interview sama je kan mana2 pun..hemm..
Takpe.. Yakin je nak jawab exam tu nanti. Tau hal-hal semasa, bidang tugas, ok dah.
ingatkan 40,000 rupanya 84,000 calon!
Itulah yang dinyatakan pada malam tu. Tapi yang jawab peperiksaan nanti mungkin kurang lagi. Peratusan dalam 70% macam tu.
Ape yg di ceritakan? Sampai 2 jam. Sbb kekangan waktu. Xsempat nak pergi. Care to share..
SPA lebih banyak cerita masa temuduga. Pasal peperiksaan online tu lebih kepada cara penggunaan sistem je.
Memang sengit persaingan untuk mendapat kerja zaman sekarang. Zaman saya dulu lepas dapat ijazah sangat mudah dapat kerja dengan kerajaan terutama dengan imegresen, kastam dan PDRM. Jika tak mau kerja dengan jabatan beruniform boleh apply pegawai PTD dan PTA atau joint swasta.. Saya kasihan kpd anak2 saya, 3 daripada mereka sedang belajar di IPTA, bila keluar U nanti apa kerja mereka??
Jeles betul dengan orang dulu-dulu yang mudah nak masuk perkhidmatan PTD dan PTA ni. Sekarang memang susah nak masuk dah. Tapi dulu susah pulak nak sambung belajar.
saya pulak kat melaka,tapi tempat x tau kat mana lagi. ada diorang bagi tips x? apa yg orang SPA explain masa outreach tu?
Penerangan penggunaan sistem online dan tips semasa temuduga. Itu je kot. 2 jam tu terlalu singkat rasanya nak cerita macam-macam.
da bosan dgn lgm ke bro???
LGM mana nak ambik aku naik gred 41. Baik aku cabut. Haha