• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Work / Lulus Taraf Pekerja Berpencen

Lulus Taraf Pekerja Berpencen

By Hazmin Hamudin | 6 September 2013 | 73 Comments

Lulus Taraf Pekerja Berpencen

Lulus taraf pekerja berpencen dah aku. Dengan ini juga bermakna aku dah disahkan jawatan dalam perkhidmatan awam ni. Sebenarnya lepas cuti raya hari tu aku masuk ofis tengok surat ni dah ada atas meja. Tapi macam biasalah. Agak kelewatan nak diceritakan di sini. Hehe.

Bagi kakitangan awam, pengesahan jawatan ni adalah antara perkara yang ditunggu-tunggu. Yela, banyak kelebihan kalau dah disahkan jawatan ni. Nak buat pinjaman rumah boleh, kerja pun dah secure.

Lulus Taraf Pekerja Berpencen (2)

Ni pulak surat kelulusan taraf berpencen daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Berdasarkan surat daripada JPA ni, aku diberikan taraf pekerja berpencen berkuatkuasa 1 September 2013. Nak terus pencen boleh tak? Malas dah nak kerja lepas ni. Haha. Ni lah antara kelebihan kerja dengan kerajaan ni. PENCEN. Haha.

Selalunya kebanyakan kakitangan kerajaan yang genap tiga tahun berkhidmat memang ternanti-nanti surat taraf pekerja berpencen ni. Sebabnya dengan surat ni aku dah boleh keluarkan duit KWSP. Syarat nak keluar tu memang nak kena tunggu tiga tahun berkhidmat dengan kerajaan ni bermula dari tarikh lantikan.

Macam dah terbau-bau duit pulak. Haha. Jangan boros! Aku nak simpan duit tu untuk beli rumah. Sekarang harga rumah dah naik 20 sen. Eh! Korang dah kerja kerajaan tu selalunya terus keluarkan duit KWSP ย ni ataupun biar je duit tu dalam akaun bagi dia beranak lagi?

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • fazrol 8 September 2013 at 10:12 PM

    Tahniah bro dah sah jawatan…

    Nasihat aku utk kwsp itu, bawa keluar simpan kat tempat yang lebih banyak pulangan… Diversify kan… Kalau aku, simpan dalam emas sikit, dalam unit trust sikit… Dgn down payment utk beli rumah…

    Kalau berminat dalam unit trust, aku buat maakl mutual, boleh terang serba sedikit.. Kalau nak simpan dalam public mutual pun tak apa… Janji beranakkan duit tue sebanyak yg boleh…

    Reply
  • lizz 8 September 2013 at 6:22 PM

    Tahniah dik…waa bestni..dui berkepuk tu…hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 September 2013 at 11:19 PM

      Terima kasih kak. Takda la berkepuk mana kak. Hehe

      Reply
  • saljuhumairah 8 September 2013 at 1:55 AM

    Tahniah bro… baru-baru ni sama jugak macam ni…. terus keluarkan dan masukkan dalam tabung haji… tapi keluarkan sikit-sikit buat bayar hutang..

    Sekejap jer keluarkan duit kwsp tu.. tak sampai seminggu lepas isi borang..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 September 2013 at 11:18 PM

      Memang sekejap je urusan nak keluarkan tu. Takut jugak duit tu sekejap je habis nanti. Kena rancang betul-betul nak buat apa.

      Reply
  • Baby Jane 8 September 2013 at 12:19 AM

    haippppppp kalau boleh sy pon nak pencen terus. nak jadi mcm datin tak payah kerja hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 September 2013 at 11:16 PM

      Hehe.. Terus jadi datin ye. Tapi malangnya tak boleh nak terus pencen kan. Tunggu la dah tua nanti ๐Ÿ˜€

      Reply
  • azwan 7 September 2013 at 9:06 PM

    tahniah.
    dah kira-kira nak buat apa ke duit KWSP tu nanti ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 September 2013 at 11:15 PM

      Terima kasih bro. Ikutkan nak buat duit muka beli rumah. Tu jela perancangannya. Hehe

      Reply
  • shraqs 7 September 2013 at 7:26 PM

    Tahniah!

    Aku dulu pun pernah keje gomen 4 tahun je.. lepas tu berenti sebab bosan ngan kerenah macam2.

    Tak timbul isu KWSP @ pencen sebab aku memang pilih option KWSP dari awal lagi,.. sebab memang dah agak aku tak dapat tahan keje ngan gomen. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 September 2013 at 11:14 PM

      Terima kasih bro. Betul tu. Kalau tak tahan memang boleh bikin tension jugak. Macam saya ni kalau ikutkan memang nak berenti dah. Banyak kali dah istilah berhenti tu keluar dalam kepala. Tapi tahankan je ni.

      Reply
      • shraqs 8 September 2013 at 11:40 PM

        Takpelah. Keje mana2 pun sama je, paling penting kena rajin.. ๐Ÿ™‚

        Reply
  • kakiblog 7 September 2013 at 6:02 PM

    saya sarankan biarlah wang kwsp itu beranak pinak..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 September 2013 at 11:13 PM

      Cadangnya macam tu. Tp cara tu tak tahu macam mana nak beranakkan duit tu. Hehe

      Reply
      • shraqs 8 September 2013 at 11:44 PM

        Simpan je dalam tu bro. At least tiap2 tahun dapat jugak dividen,.. tak silap aku, last year (2012) 6.15%..

        Reply
  • tihara 7 September 2013 at 2:58 PM

    alhamdulillah , tahniah…tumpang hepi ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 September 2013 at 11:12 PM

      Terima kasih kak ๐Ÿ™‚

      Reply
  • ajumohit 7 September 2013 at 2:14 PM

    tahniah dah sah jawatan, getah pun bau duit jugak kan hihi

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 September 2013 at 11:12 PM

      Hehe. Sekarang getah dah murah kak. Time mahal hari tu kuat betul bau duitnya.Hehe

      Reply
  • Henrietta Jose 7 September 2013 at 2:06 PM

    tahniah….dah bleh kuarkan KWSP lah nie yea…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 September 2013 at 11:11 PM

      Terima kasih, Boleh dah nak keluarkan kalau nak ๐Ÿ™‚

      Reply
  • titan 7 September 2013 at 1:13 AM

    hoho.tahniah..sudah sah jawatan.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 September 2013 at 11:11 PM

      Terima kasih bro. huhu

      Reply
  • TehR 6 September 2013 at 11:48 PM

    menabung kat mana2 pun boleh saja
    untuk bekalan masa depan

    tahniah, bro

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 September 2013 at 11:11 PM

      Betul tu. Aasalkan menabung daripada tak menabung langsung.

      Reply
  • Ismail N 6 September 2013 at 8:54 PM

    Wah! tahniah.. Cuma bukan boleh pilih ker mau pencen atau EPF? Setahu kawe rasa yg prefer EPF dari pencen zaman ni..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 September 2013 at 11:10 PM

      A’ah.. Boleh pilih. yeke ramai yang pilih EPF bro? Sebab apa ye?

      Reply
  • Khairul Zamri 6 September 2013 at 8:53 PM

    bro dah nak pencen ke? ejas kat den nk keje kt LGM leh x? pm kt fb sembang

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 September 2013 at 11:10 PM

      Belum nak pencen lagi. Masih muda lagi bro. Hehe. Wah. Nak adjust macam mana ni bro. Hehe

      Reply
  • Wan Gerrard 6 September 2013 at 8:52 PM

    tahniah duit dah bertingkat-tingkat

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 September 2013 at 11:08 PM

      Takda la tingkat sangat ni bro. Hehe

      Reply
  • ejam 6 September 2013 at 7:34 PM

    yeh tahniah dah boleh hantar borang utk keluarkan kwsp…
    gunakan sebaik mungkin duit itu, aku tunggu 2 tahun lagi baru boleh apply taraf berpencen ni..hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 September 2013 at 11:08 PM

      Bari lagi bekerja ke bro? Hehe. Takpa, tunggu banyak dulu.

      Reply
  • encikarman 6 September 2013 at 6:35 PM

    bro keje LGM ke bro? biasa nampak nama Ansell tak?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 6:37 PM

      Apa pulak tak nampak bro. Mula-mula tadi ingatkan nama orang. haha. Sekali fikir rupanya kilang buat glove.

      Reply
  • onlajer 6 September 2013 at 5:23 PM

    taniah bro,.
    duit kwsp tu kalau boleh simpan je biar beranak dulu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 6:38 PM

      Terima kasih bro. Cadangnya macam tu la. Nak perap dulu dalam tu.

      Reply
  • Strider 6 September 2013 at 4:55 PM

    alhamdulillah bro….semoga berjaya dalam karier…lepas nie tunggu surat naik pangkat pulak..amin!!!

    Regards,
    -Strider-

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 6:38 PM

      Terima kasih bro. Naik pangkat tu kalau ada rezeki InshaAllah. Hehe

      Reply
  • Anim 6 September 2013 at 4:54 PM

    tak payah tunggu duit KWSP tu beranak (fire stone kak ni..haha)..
    duit pencen, gratuiti and what so ever kan dapat nanti..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 6:39 PM

      Hehe.. Duit pencen, gratuiti tu lambat lagi kak.Hehe

      Reply
  • hafiz 6 September 2013 at 3:59 PM

    Tahniah bro, lepas ni dah jadi okb sekejap…epf dah nak keluar..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 4:41 PM

      Terima kasih bro. Hehe. Takda la OKB mana pun. Tak boleh nak boros. Semua sekarang ni 20sen. Haha

      Reply
  • Irwan Alessa 6 September 2013 at 3:03 PM

    best ek keje gomen, aku minta dari pas spm tu.. hahaha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 4:41 PM

      Hehe. Belum ada rezeki lagi tu bro

      Reply
  • puan kutu 6 September 2013 at 2:41 PM

    tahniah..pasni dh bley bawak keluar kwsp.hakhak

    Reply
    • puan kutu 6 September 2013 at 2:43 PM

      lupa nak ckp..sy tros kluakan je..lgpun tak byk mana..sebelum keje gomen pun duit kwsp ada 1k lebih je.hehe..

      Reply
      • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 4:41 PM

        Terima kasih. Hehe. Akan difikirkan tu. Atau letak dekat ASB ke kan.

        Reply
  • Nafira 6 September 2013 at 12:15 PM

    Tahniahhhh!! bestnyee orang keje gomen nih.
    macam2 kemudahan di sediakan. kadang2 jeles tengok org yang ade rezeki keje ngan gomen.
    tapi saya syukur jugak sebab masih bekerja walaupon di sektor swasta.

    kalo saya keluarkan duit kwsp dan x de org ‘tolong’ control memang cepat habes.. hahahahahahaha. nasib ade suami yang pandai control bini dia punye perbelanjaan. syukurrrrr. ๐Ÿ˜›

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 4:33 PM

      Hehe. Terima kasih. ALa… Swasta atau kerajaan, yang penting rezeki yang kita cari tu halal kan. Lagi penting kita happy dengan kerja kita tu. Baru best.

      Betul tu. Kalau tak pandai control duit KWSP tu alamatnya kejap je abis duit tu.

      Reply
  • suriaamanda 6 September 2013 at 12:14 PM

    Haah Malakoff kat KL Sentral…hehehe…sebab tu dah decide x nak pi mana2 dah…

    Reply
  • suriaamanda 6 September 2013 at 12:13 PM

    Haah kat KL sentral…sebab tu x nak pi mana2 dah…hehehhe…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 3:56 PM

      Malakoff gaji best dah rasanya kan kak SA. Member ada kerja sana rasanya. Berjalan overseas je kalau tak silap.

      Reply
  • KesumaAngsana 6 September 2013 at 11:09 AM

    wah tahniah yer !

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 3:54 PM

      Terima kasih ye kak KA.

      Reply
  • Kakzakie Purvit 6 September 2013 at 10:12 AM

    Syukur alhamdulillah dah tahu lega.
    At least dah boleh plan masa depan

    Tahniah dari kakak:)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 3:54 PM

      Terima kasih kak. Itulah. Perancangannya duit tu untuk beli rumah. Harap takda guna untuk benda yang lain la.

      Reply
  • nurul yui 6 September 2013 at 10:00 AM

    alhamdulillah..tahniah ya =)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 3:53 PM

      Terima kasih yui.. ๐Ÿ™‚

      Reply
  • wazy 6 September 2013 at 9:45 AM

    tahniah bro…kalau ada jawatan kosong roger-roger la yer…hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 3:53 PM

      Hehe.. Boleh je bro. Lepas ni kalau ada jawatan kosong nak iklankan dekat blog la. Semua boleh apply. Haha

      Reply
  • akubiomed 6 September 2013 at 9:30 AM

    Tanniah bro sudah disahkan sebagai penjawat awam. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • akubiomed 6 September 2013 at 9:30 AM

      Tumpang gembira sahaja sebab saya pekerja swasta. Kalau hendak rasa duit KWSP tunggu pencen. ๐Ÿ™‚

      Reply
      • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 3:53 PM

        Terima kasih bro. Swasta atau kerajaan yang penting kita mencari kerja yang halalkan bro. ๐Ÿ™‚

        Reply
  • hafizmd 6 September 2013 at 9:28 AM

    ambe dah keluarkan dulu utk byar deposit beli rumah…hohoho

    tahniah bro!

    ooo…khoje kat LGM..patutlah dokat benor ngn KLCC….ada khoje kosong tak? hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 3:52 PM

      Cadangnya nak simpan untuk buat deposit beli rumah kemudian hari. Hehe.

      Seberang jalan je KLCC dengan ofis ni. Hehe. Kerja kosong tu selalu je ada. Tapi nak dpat tu yang susah. Hehe

      Reply
  • suriaamanda 6 September 2013 at 8:52 AM

    Ayah SA bising…dia dah nak pencen dah tahun depan..tp anak2 dia sorang pun xde yang minat nak bekerja ngan kerajaan…apa nak jadi x tau la….hahahha…SA dah banyak tempat bekerja..now kekal kat Malakoff Corporation Berhad ni…dah x nak tukar2 dah dan nak kerja kat sini je sampai pencen…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 9:04 AM

      Malakoff pun hebat dah tu kak. Gaji besar dah tu. Hehe. Kat KL Sentral kan Malakoff ni kak SA?

      Reply
  • Hafizul 6 September 2013 at 8:41 AM

    Haha..seronoklah kan dapat apa yang diidamkan…semoga rezeki bro murah selalu..aminnn…tahniah bro..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 9:03 AM

      InshaAllah. Terima kasih bro Hafizul.

      Reply
      • Hafizul 8 September 2013 at 12:07 PM

        Sama-sama bro..hehe

        Reply
  • encikarman 6 September 2013 at 8:41 AM

    kira dah confirm keje ler nih, emmm.. bleh banja makan ni.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 September 2013 at 9:03 AM

      Haha.. Boleh2..

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Wordless Wednesday | Di Gigit Gajah

By Hazmin Hamudin

Kembali Aktif Berbloging

By Hazmin Hamudin

Selamat Hari Guru 2012

By Hazmin Hamudin

Kematian Itu Pasti

By Hazmin Hamudin

Majlis Perkahwinan Salih Yaacob dan Samihah Sheikh Ali @ Emi

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 ยท Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in