Macam mana la aku boleh tak perasan bulan lepas (9 Septembar 2013), dah genap tiga tahun aku berblog. Β Bila aku belek-belek bahagian Arkib dekat sidebar, barulah aku perasan. Rugi betul terlepas tarikh penting macam tu. Tarikh bukan main cantik lagi tu. Dah macam tajuk filem pulakkan. Untuk tahun yang akan datang nak kena ingat betul-betul.
Walaupun agak terumbang-ambing semasa awal berblog, tapi Alhamdulillah sampai sekarang aku masih lagi mencoret dekat blog ni. Entah la, memang susah jugak aku nak tinggal menulis blog ni. Rasa macam dah kena dengan jiwa. Tak kisahlah ayat tak berapa nak best, kalau baca pun tah apa-apa je. Mungkin suatu hari nanti aku akan berhenti jugak berblog ni. Yang itu aku tak tahu.
Seperti kebanyakkan blogger lain, aku juga bermula dengan menggunakan platform blogspot. Dulu url aku gunakan bukan seperti yang sekarang ni. Setelah beberapa lama dan bertanyakan kepada blogger yang lagi otai, aku memberanikan diri beralih ke WordPress bermula 1 Mei 2011. Ada ke blogger yang terus menggunakan WordPress tanpa menggunakan blogspot terlebih dahulu? Dah lama menggunakan WordPress memang agak mustahil untuk beralih ke blogspot semula.
Kalau tengok balik masa awal berblog, terasa lawak pulak apa yang aku merapu. Tapi tak sangka banyak jugak idea aku nak tulis. Sekarang ni, nak buat satu entripun bukan main payah lagi. Sebab tulah kalau ada yang perasan aku buat entri sehari sekali je. Idea yang ada aku simpan untuk keesokan hari. Takda la nak habiskan semua dalam satu harikan.
Dalam masa tiga tahun berblog ni, aku rasa masih cetek lagi ilmu tentang blog ni. Kalau nak jana duit dengan blog lagilah ke laut. Satu apa pun aku tak tahu. Letak iklan sana-sini, tunggu jela kalau ada duit yang masuk. Lepas ni kena memberanikan diri cuba benda yang baru. Program affiliate mungkin. Kalau ada kekurangan tentang penulisan, blog atau apa-apa sahaja, sudi-sudikan la tegur aku di komen atau masej secara peribadi.
selamat,,semoga bisa terus menulis dengan ide-ide yang segar dan memberi semanagt kepada para pembaca
tahniah..teruskanlah berblog selagi ada yang membaca.
jangan jemu menulis ye π
teruskan berblogging!
Terima kasih π
Hehe..dah 3 tahun ekk..emm banyak pengalaman dah la dalam blog yer..hehe…ayat2 dalam ni siapa kata tak menarik..bagi saya dah sedap nih..haha
Pengalaman tu ada la jugak bro. Tapi belum cukup banyak lagi. Masih cetek dan banyak lagi kena belajar rasanya.
Pertama kali ucapan tanniah. Lagi berusia nama domain lagi berharga. π
Terima kasih bro. Ada jugak rasa macam nak tukar nama domain. Tapi bila memikirkan nama domain dah lama, terus tak jadi.
heee.. mesti tersenyum sorang2 kan baca blog sendiri masa mula2 jadi blogger? hiiii..
Memangpun bro. Tapi kalau tengok hebat jugak ayat dulu-dulu. Hehe.
tua dah blog ko…huhuhuh
Haha. Blog tua takpa, jangan tuan blog.
september ni bulan glamor juga nampaknya
moga2 blog terus meriah
Sebab tu ada nama kumpulan ‘Sweet September’ kan bro TehR. Hehe.
Tiga tahun bukan sekejap tu. Mohon tunjuk ajar dari tuan π
Haha. Tuan lagi hebat daripada saya rasanya. Sila beri tunjuk ajar jugak.
Kiranya bertaraf otai dah ni, tahniah bro dah 3 tahun lahir di alam maya π
Eh.. Belum tahap otai lagi bro. Tak layak lagi. Hehe
tahniah bro samala kita dah 3 tahun genap 1 Jun 2013 lagi tak perasan gak semoga semakin berjaya bro π
Hehe. Sama tahun la kita ni ye. Semoga bro pun berjaya jugak.
Tahniah bro.. Lama tu 3 tahun..
Belum lama mana lagi ni bro. Masih lagi mencari ilmu dan rentak.
sesungguhnya entri ini mampu meracun aku menggunakan wordpress..aku pun tak pernah pakai wordpress sebenarnya..hehehe
Regards,
-Strider-
Apa lagi bro. Beralih la ke WordPress. Jangan fikir lama-lama. Hehe
Tahniah kerana masih lagi menulis. Biasa orang cepat give up. Tak sampai setahun menulis, terus tak update-update.
Rasanya saya tak macam tu. Tak boleh nak tinggalkan blog ni. Dah sebati pulak rasanya.
kira hebat la tu dpt bertahan lama..semoga terus maju dgn blob ini
Takda la hebat mana. Rasanya bro lagi hebat. Hehe
slamat ulangtahun min. Kita sama la min..wlupun bertahun dah berbelog tp mmg zero la bab2 buat duit n SEO semua tu. Tgk kwn2 yg baru kita kenal, semua dah maju ke depan.
Takpe..slow2 kita kayuh ye min..
Itulah. Tengok budak-budak baru berblog ni bukan main laju lagikan mak. Bagus la macam tu. Kejar peluang yang ada depan mata. Hehe
kena bagi tips-tips dah nie.. hihi rasa menulis dengan mudah hihi
Takda tips apa pun bro. Hehe. Saya ni still cetek lagi bab teknik2 menulis blog ni. Tips saya main hentam je.. π
wow. dah boleh berjalan dan berlari nih.
Budak2 3 tahun tak boleh nak lari sangat. Nanti jatuh, sakit.
rasa kalau blog direview mungkin ada membantu..
Entri terkini saya Segmen Review Blog : Relakssminda
Kalau dapat review yang complete memang best. Nak buat segmen tu yang tak berapa nak pandai tu.
tahniah.. dah lama tu 3 tahun tu..
Terima kasih ye π
tahniah beb…wahh..lama tu..
p/s:leh share kat aku tak code untuk social widget tu…:P
Terima kasih bro. Tapi lama lagi bro kan. Hehe
Fuhhh lama tu bro.. 3 tahun, takpe bro kita belajar sama2 beb.. Ada masalah kongsi la.. hehehe
Itulah. Tak sedar jugak dah lama berblog ni.
dah agak lama jugak tu, moga sukses ya
Terima kasih kak. Harap dapat kekal momentum ni.
Nampaknya ramai juga blogger yg mula blogging pada bulan September ni…akak pun tak terkecuali. Tahniah kerana terus bertahan,maintain sampai hari ni..
Akak pun bulan September ye? Agaknya bulan september orang suka menulis kot kan. Hehe
kira berjaya gak dah 3 tahun tu.. bukan senang nak kekalkan momentum tu
Itulah.. Kadang2 ada jugak terberhenti kejap. Tapi kejap jela. Memang susah nak berhenti terus.
3 tahun tu dah kira matang jugak kan bro,mesti banyak pengalaman manis sepaanjang tiga tahun menceburkan diri dalam blogging ni
Jangan kata manis, pahit pun ada. Hehe. Tu yang best tu.
blog Cerita Aku, selamat ulangtahun yang terlepas beberapa minggu..
pasti banyak kisah suka dan duka dalam blogging ni
Hehe. Macam-macam bro. Bergaduh dengan blogger ‘otai’ pun ada. Tapi biarlah rahsia.
Dah tua rupenye blog nie… Hehe
Boleh la tahan. Hehe. Tahap tadika lagi ni.
sudah cukup lama juga yah sob ngeblog, pastinga juga sudah sangat kenyang dengan berbagai macam pengalaman berblog, semoga terus terjaga konsistensi semangat dalam berblog
Terima kasih ya sahabat. Sudah bermacam ragam dapat dilihat dalam berblog ini.
Tahniah Bro… 3 tahun satu tempoh yang agak lama berada dalam bidang penulisan Blog ini…
Setakat ini saya masih lagi menggunakan platform wordpress.. Walaupun ada satu blog yang gunakan domain berbayar dan hosting sendiri, tapi masih takder mood untuk membangunkan blog tersebut, sebab rasa lebih selesa menggunakan platform blogspot…
Terima kasih bro. Itulah. Tak sangka mampu bertahan lama ni. Harap lepas ni terus bangkit dengan ilmu baru.