Rasanya ramai yang tertunggu nak tahu latest MRT Route. Akhirnya 8 Julai 2011 , My rapid transit atau mass rapid transportation system (MRT) dilancarkan di Kuala Lumpur Convention Centre. Projek MRT dibina untuk menampung kapasiti penggunaan jalanraya menjelang 2020 dan salah satu projek pembangunan dari kawasan Sungai Buloh ke Kajang.
Objektif utama MRT untuk menggalakkan orang awam menggunakan pengangkutan awam yang lebih menjimatkan masa dan kos petrol dan semestinya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya yang semakin meruncing di Kuala Lumpur. Biasanya perjalanan dari Kota Damansara ke Bukit Bintang memakan masa 45 minit, dengan MRT masa perjalanan dijangka berkurang kepada 30 minit.
Perbezaan ketara MRT dengan LRT ialah kapasiti penumpang yang boleh dibawa dalam satu-satu masa. Penggunaan MRT membolehkan tren menampung bilangan penumpang sebanyak 2 kali ganda bilangan penumpang berbanding dengan LRT sedia ada. Lihat saja LRT di Kuala Lumpur pada waktu puncak bagaimana keadaannya dan ini merupakan projek yang baik untuk membangunkan infrastruktur negara.
Info MRT Sungai Buloh Kajang
- Laluan sepanjang 51 kilometer ( 9.5 kilometer bawah tanah ) dan mengambil masa 90 minit dari stesen Sungai Buloh ke Kajang.
- Sebanyak 31 stesen di sepanjang laluan dan jumlah pengguna yang dijangka menggunakan MRT di sepanjang laluan ialah 1.2 juta orang.
- Projek dijangka mengambil masa selama 5 tahun bermula akhir 2011 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2016 atau Januari 2017.
- Menggunakan sistem tiket sehala iaitu pengguna hanya perlu menggunakan 1 tiket ke destinasi yang dituju. Kalau ada Touch N Go juga boleh digunakan.
- Mempunyai 4 gerabak besar dalam satu tren. Setiap gerabak boleh menampung 1200 orang yang bersamaan dengan hampir 12 bas atau 700 buah kereta.
Pembinaan laluan MRT Sungai Buloh-Kajang sejauh 51 km itu akan bermula pada November apabila pakej tender pertama diberikan. Projek MRT ini dijadualkan disiapkan pada 2016 dan memulakan operasi pada Januari 2017. Sebaik beroperasi, projek MRT Lembah Klang itu akan mempunyai 31 stasen, dengan lapan stesen bawah tanah. Akan terdapat empat stesen pertukaran (interchange) yang menghubungkan Laluan Komuter KTM, Laluan LRT Ampang dan Laluan LRT Kelana Jaya.
cantik lah! senang sikit aku nak pergi the curve
haha..tapi lambat lagi la mau siap…berkurun lagi..