Minggu lepas, dalam perjalan pulang dari Penang terus aku singgah ke Port Weld atau Kuala Sepetang untuk menikmati juadah yang dah memang terkenal di situ iaitu Mee Udang. Kalau sebut mee udang sahaja sudah terbayangkan udang segar yang bersaiz besar akan memenuhi mangkuk dan pinggang nanti. Mengikut peribahasa melayu yang diubahsuai adalah “ada udang di sebalik mee” tapi yang ini, “ada mee disebalik udang”.
Sepanjang perjalan ke Kuala Sepetang tu bersepah la dengan gerai-gerai yang menjual mee udang. Yang terkenal sudah pastilah Mee Udang Mak Jah. Siapa yang tak kenal dengan Mee Udang Mak Jah kan. Menjadi popular disebabkan keluar ย TV dalam rancangan Majalah 3 kalau tak silap. Sedap ke Mee Udang Mak Jah ni? Tapi itu bukan pilihan aku sekeluarga. Selalunya kalau dah terlampau popular sangat mesti lepas tu ada yang kurang sana sini kan.
Kedai yang menjadi pilihan aku sekeluarga adalah Salleh Stall – Mee Udang Kuala Sepetang (since 1956). Pertama kali makan mee udang di Salleh Stall terus tekak jatuh hati dengan kelazatan dan kenikmatan mee di sini. Ayat kena bagi orang yang baca terliur sikitkan. Hehe.. Yang ini merupakan kali kedua aku makan di sini. Kedai Salleh Stall ni kecik je. Tidak sehebat kedai lain yang menjual menu yang sama.
Salleh Stall Mee Udang Port Weld terdapat pilihan menu seperti kuew tiaw dan bagi mee udang sahaja ia terbahagi kepada 3 – Mee Udang Biasa, Mee Udang Special dan Mee Udang Super Special. Yang membezakan ketiga-tiga adalah saiz udang. Yang pasti udang yang digunakan di Salleh Stall ini adalah udang yang segar sebab semasa aku tengah makan penjual menghantar bekalan udang yang segar ke sini. Memang terbaik.
Menu yang aku order ini adalah Mee Goreng Udang Special. Udang jangan cakap la besar mana kan. Korang sendiri boleh tengok dan nilai dekat gambar atas tu. Kalau super special aku tak tahulah besar mana udang dia. Mesti lagi puaskan. Mak aku pulak order Mee Udang Special yang berkuah tu. Memang berselera mak aku abiskan. Bab harga pulak, rasanya memang berbaloi dengan udang segar dan banyak tu.
Kalau ada yang berniat nak datang ke Salleh Stall ni, lokasinya Salleh Stall terletak jauh ke dalam Pekan Port Weld atau Kuala Sepetang. Kira hujung jalan pekan tu jugaklah kedai ni. Lepas tu memang korang tak jumpa dah kedai lain sebab dah jalan mati. Lepas ni bolehlah korang terjah pulak mee udang dekat Salleh Stall ni. Mana tahu kena dengan selera.
waww,,,mantab,,lihat gambarnya saja sudah kepingin sekali
mmg best arrr… baru je pi mkn mggu lepas…. skrg ni pun teringat2 agi… aiii…klu blk kg, mesti nk pi pekena mee udang…. huhu…
Mee udang memang sedap ๐
omgeeeeeeeeeeeeeeeeeeee…terliurnye tgk udang2 bersepah2 dlm pinggan tuh!!!
Hmmm menarik dan terliur.. Heheee
Dah lama tak terjah Kuala Sepetang..
Ala… MJ bukan jauh sangatpun kalau nak pergi Kuala Sepetang tu kan.
Nama kedai sempoi jer… Sure sedap sampai sanggup pi sana.
Nak bali KL dari Penang lalu situ tu yang singgah kejap tu bro. Hehe. Lama dah tak pekena.
Berapa harga mee udang ni bro?
Tak pasti pulak bro. Tapi untuk 3 orang makan hari tu dalam RM50++ termasuk air.. ๐
Nampk menyedapkan nih..nk try jauh..haha
Memang sedap tu bro. Tapi tempat pulak jauhkan. Hehe
Ayat-ayat ni mmg bikin tekak ambe terliur..lame sungguh tak pekena mee udang..
thanks bro berkongsi..
Memang nak bagi terliurpun. Haha.. Memang sedap ni.
pergh meleleh bro
Memang meleleh ni bro. Haha
nmpk sggh mnyelerakan..
Ipoh dah tak jauh tu yui.. Boleh la pergi. Hehe
Wow….wow…tergoda nya pakcik…..banyak sungguh udang nya….
Memang banyak udangnya pakcik. Haha
kebetulan baca entri ini sebelum keluar makan, jadi dengan ini akan makan mee udang juga ๐
Boleh pulak dapat inspirasi nak makan apa ye bro. Haha
Fuhhh, nampak yummyliciousss…
Haha.. Memang yummyliciousss tu bro.. Udang banyak, segar. Mana nak dapat dekat sini.
peh, nampak pekat tu wehh..
Memang pekat weh. Kalau bukak kedai cendol depan kedai mee udang tu pun layan weh..
banyak udang nya , kekadang oder mee udang tapi sedihnya 2,3 ekor jer udangnya
Kalau udang setakat 2, 3 ekor, baik tak payah dipanggil mee udang. Ni baru betul mee udang.
memang betula la..ada mee disebalik udang..hehe. nampak sangat menyelerakan ๐
Hehe.. Kena selak udang kalau nak makan mee..
perghh.. meleleh air liur menengok gambar tu..
Saya pun still terbayang kelezatan mee udang tu bro.
Jika mkn mi udang saya akan beri udang kpd istri sebab dia suka sangat dgn udang dan sotong…
Wah.. Baiknya JR melayan isteri. Ke JR tak suka makan udang?
seriously belum pernah makan lg mee udang..teringin wooo nk mkn~
Apa tunggu lagi. Pergi la Kuala Sepetang makan mee udang. Hehe
tengok saja sedap apalah lagi kalau di depan mata
Kalau di depan mata jangan tengok. Terus makan je. Hehe
ohemgeee sedap gila! dah kenyang ni tp bila tengok gambar tu pergghhh rasa nak makan lagi :/
Memang sedap! Haha…
tengok gambar terliur sangat, sesekali keluar makan dengan mak best kan, sib bek tak mengidam ๐
Kalau mengidam memang jauh la nak cari mee udang ni kak. Hehe
nasib la saya x minat sangat udang haha. gatal
Hehe… Kalau bukan penggemar udang mesti rasa tak sedap je mee ni kan.
dah pass by tempat sy tu (nibogn tebal)…
sy xpenah lagi merasa mee udang mak jah atau salleh ni sbb kureng minat kot..
tp rasa mcm nk try pule yg Salleh ni ๐
Owh.. Duduk Nibong Tebal ke Hehe.. Kalau bukan penggemar seafood mungkin tak suka mee udang ni kan.
Gulp… memang ada mee sebalik udang. I pun kureng jugak nak masuk kedai2 yg pernah disiarkan dalam JJCM, propa jer lebih hehehe.
Betul tu. Selalunya kedai yang tak femes ni lagi sedapkan. Yang dah femes ni orang dah ramai mulalah buat hal.
dah lama teringin nak makan mee udang kat kuala sepetang tp tak kesampaian lg.. selalu tgk yg mcm mee kari tu, atas die penuh dgn udang.. nyum2…
Yang ni rasa dia bukan macam mee kari bro. Aku pun tak tahu nak cakap rasa macam mana. Kena try sendiri.
wah dlm mee ada udang, siapa minat udh blh terjah
Hehe.. Tempat wajib singgah bagi penggemar mee udang.
lapaq terus.. bila la bpeh nak pi makan kat restoran ilyana telok kumbar..
Nasib dekat Penang pun ada mee udang jugakkan bro. Dapat jugak makan mee udang.
kalau dekat la ni jugak KA nk try hehehe
Kalau dekat saya pun selalu terjah agaknya kedai ni kak KA. Hehe
Pernah sampai Kuala Sepetang kedai Mak Jah dan jalan2 kat jeti belakang kedai cina tu ๐ Memang jenuh ler makan udang,mee tu sekadar rasa jer ๐
Kedai Mak Jah tak pernah lagi terjah. Tak tahu rasa dia macam mana. Yang ni pun dah puas hati dah makan.
Fuh saiz udangnya besar dan banyak. Puas makan.
Memang puas bro. Ni baru betul dipanggil mee udang sebab udangnya banyak.
Fuhhhh.. Banyaknya udang! ๐ Puas hati makan ni!
Memang puas hati bro makan udang tu. Hehe
huh banyak betul udangnyer…yg penting undang fresh bro baru best layan kan
**meleleh jugak la aku tgk hehehe
Kalau tak fresh udang tu memang tak layan bro. Yang penting kena udang fresh.
wah meriahnya udang…
Hehe.. Meriah jugak. Kalau yang super special tak tahu la besar mana pulak.
betul tu, mee udang mak jah dah muncul kekurangannya. tak macam dulu kata orang. aku duduk taiping, tapi itulah memang jarang ke sana kalau takda sapa yang betul2 nak rasa ajak pegi. makan mee udang, sebenarnya hanya makan udang, meenya diabaikan. sebab makan udang saja dah kenyang.
Kalau dah dekat dengan tempat kita selalunya memang jarang pergi makan situ kan. Hehe.. Betul la tu. Orang tertarik dengan udang yang besar dan segar tu.
Saya pernah makan kat Mak Jah tu…kalau nak ke Salleh Stall ni, kena ikut laluan yg sama ke bro? Nak try juga ๐
A’ah.. Jalan satu tu je doc.. Tapi ke depan lagi sampai pekan dia tu… Lepas pekan tu stall belah kiri.. Depan dah jalan mati dah.
mee udang mak jah pon terbaik..
Terbaik ke bro? Tak penah try lagi yang mak jah punya.
alamak
udang lebih banyak dari mee la
dah betul la tu, ada mee di sebalik udang
Hehe.. Ni nak makan kena selak udang dulu baru nampak mee..
wahh…fames gak tempat nie…sy pernah dengar beberapa kali orang sebut tapi sebab sy jenis tak makan seafood so tak pernah lagi sampai sini..hehehe
Regards,
-Strider-
Alahai… Kurang satu nikmat bro tak makan seafood… Hehe