Minggu lepas aku ada terima memo untuk tawaran opsyen untuk memilih skim pencen atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Sedia maklum apabila seseorang penjawat awam yang akan disahkan dalam jawatan akan diberi pilihan sama ada ingin memilih skim pencen atau skim KWSP. Namun begitu pencen atau KWSP ini ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Yang ni memang kurang arif sikit tentang kedua-dua skim ni sama ada pencen atau KWSP. Bagi penjawat awam macam aku ni sudah pasti ramai yang akan memilih skim pencen daripada KWSP. Kalau tak pilih pencen buat apa masuk perhidmatan awam ni kan. Ni lah antara kelebihan apabila bekerja dengan sektor perkhidmatan awam berbanding swasta walaupun gaji perkhidmatan awam ni tidaklah sebesar mana.
Namun, apa-apa pun terpulanglah kepada semua untuk memilih skim pilihan mereka. Bagi aku sudah semestinya akan memilih skim pencen melebihi daripada skim KWSP. Sudah pastinya bermacam-macam faktor yang menyumbang kepada keputusan aku tu.
Dengan memilih skim pencen, kita akan dapat kepastian sebenar tentang jumlah pencen bulanan yang akan diterima setiap bulan apabila bersara kelak. Jumlahnya adalah lebih kurang separuh dari gaji terakhir perkhidmatan, insyaAllah ia adalah cukup untuk meneruskan saki baki kehidupan sebelum kembali kepada Pencipta Yang Maha Esa.
Kalau nak ikutkan bermacam-macam lagi kelebihan skim pencen ni. Kalau nak tahu korang bolehlah Google je. Tak payahlah aku nak senaraikan panjang-panjang ya. Namun begitu, skim KWSP ada juga kelebihan yang tersendiri. Cuma bagi aku, skim pencen lebih sesuai. Mungkin juga bagi setengah yang lain skim KWSP yang lebih baik. Tepuk dada, tanyalah iman mana skim yang sesuai untuk kita di masa akan datang kelak dan jangan pula tersilap membuat pilihan.
“Sekiranya merancang untuk setahun, tanamlah padi.
Sekiranya merancang untuk sepuluh tahun, tanamlah pohon
Dan sekiranya merancang untuk 100 tahun, didiklah manusia.”
saya hanya pekerja swasta..
Bekerja swasta saya pulak tak tau sistem macam mana.
hehee amik pencen la best.. nanti ada gratuiti lagik, kalau EPF
sekadar sekelepuk tu je la, 😀
Kalau dah kerja gov ni mesti ambik pencen kan bro..
orang GETAH rupanya.. mestilah pilih pencen kan? 🙂
*dept apa ye? bole bagi emel? tqvm
Memang pilih pencen pun.. :). Email ada di bahagian Author ataupun boleh menggunakan contact..
saya kecil lagi dan tak faham dengan semua ni ..hehe
Takpa. nanti dah kerja mesti faham benda ni semua.. 🙂
yaa..insyaAllah akan faham .
Walaupun tak bekerja di sektor kerajaan,pilihan pencen terbaik buat bro tu
Nasib dah pilih skim pencen.
pencen lebih elok..biasanya kalau kwsp, bila dah pencen..duit tu habis sekelip mata je..cuma bagi swasta untung kat kwsp, ada company bg sampai 16%..belum campur deduction gaji sendiri 13%..kaya woo nanti.
Banyak jugak ye sampai ada yang bagi 16% untuk company swasta.
better pilih pencen
Memang pun. Rasanya lagi elok pencen. Dah bersara nanti dah terjamin duit tu.
A ah pilih lah pencen..Apa2 pon pilihan semestinya kena berhati-hati, jimat dan cermat..
Saya dah pilih pencen.. Sekali dah pilih memang dah tak boleh tukar lagi.. 🙂
wahhhhh pilihlah pencen…. hehehe nanti leh kuarkan duit kwsp tu untuk simpan sendiri…
Dah keluar KWSP tu nanti kena pandai manage jugak tu. Hehe.. Buat beli rumah pun ok jgk.
humm..dah keje boleh la merancang2 ne..
nnti boleh tmpung ms2 tua..hehe
Tak boleh silap pilih. Nanti memang dah tak boleh tukar lagi.
Betul tu, seeloknya pilih skim pencen.. 🙂
KWSP kalau sekali keluarkan habis, kadang tu tak nampak ke mana
Itulah… Nanti dah bersara mana la larat nak berniaga semua tu kan. Memang tunggu duit pencen tiap-tiap bulan la.
kalau na 2-2 pun okay..yang penting perancangan ..perancangan tu kena btul…
Kalau nak stay terus kerja kerajaan elok ambik pencen. Kalau rasa nak stop buat bisnes elok ambik KWSP..
lieya pilih pencen…hehehehe….
Saya pun pilih pencen jugak.. Hehe
saya memilih skim berpencen jugak. rasa tak reti nak manage kalau dpt duit segedebuk mcm tu. atleast yg ni, confirm dpt duit tiap2 bulan kan. x yah nak berebut2 duit kwsp :p hahahaha
Kalau di tanya semua akan pilih berpencen rasanya melainkan gaji kita ni tahap JUSA tu ok la
pencen atau kwsp? erm…
–> keje pun belum… hihi..
Takpe, panduan di masa hadapan. Hehe
aku dan pencen sebelum berpencen….conform tak terima pencen..cuma dok tunggu epf je la..
Buat bisnes pulak ke?
Tak tahu hendak komen kerana saya adalah pekerja swasta hanya ada simpanan EPF.
Nampaknya ramai yang kerja swasta dekat sini. Hehe
xkeja lagi…xthu nak pilih mana..hehehe…tpi duit kat KWSP tiap tahun naik sikit………sebab dulu penah keja 6bln jdi org gji kerajaan.hikhik
Wah… Jadi orang gaji kerajaan ye… Hehe
tak de pencen, cuma ada EPF je…
Kena keje gomen dulu baru ada pencen. Hehe