Setelah mengharungi hujung minggu dan hari-hari yang sibuk, sekarang barulah berkesempatan nak buat entri berkenaan dengan giveaway yanmieonline.com. Keputusan telah diumumkan pada hari Sabtu lepas (12 November 2011) setelah giveaway tersebut ditutup pada 11/11/11 tepat jam 12.00 malam. Memang cantik tarikh yang kak yanmie pilih ni. Maklumlah tarikh yang memang akan muncul hanya sekali sahaja seumur hidup kita. Maka ramai la yang berlumba-lumba bagi memastikan ada terpahat kenangan yang indah pada tarikh tersebutkan.
Ha… Korang mesti nak tahu siapa yang menangkan ? Pemenang telah dipilih melalui random.org. Jeng… Jeng.. Jeng… Buat pertama kalinya dalam sejarah aku berblog aku telah berjaya memenangai GA yang telah dianjurkan oleh Kak Yanmie. Terasa macam tak percaya pulak bila tengok no .17 tu adalah peserta yang bernama Hazmin Hamudin. Ya… Hazmin Hamudin ya kawan-kawan. Gila riak aku ni kan. Padahal baru je menang sekali GA ni.Orang lain dah berkali-kali menang tak kecoh pun. Lantak la, blog aku. Aku punya suka la kan.
Setiap pemenang GA ni akan menerima satu design header blog berbentuk format png (bukan flash) yang bernilai RM40.00 setiap satunya. Menarik bukan ? Seramai tujuh orang peserta yang akan dipilih sebagai pemenang. Salah seorang sudah pastinya aku (berlagak lagi di situ). Korang rasa header blog aku yang sekarang ni cantik tak ? Lepas ni bolehlah aku tambahkan lagi seri blog aku ni dengan header baru. Apa-apa pun, nantikan kemunculan header baru blog Hazmin Hamudin.
Tahniah kerana berjaya memang GA =)
Terima kasih ya 😀