Mengisi Borang Sasaran Kerja Tahunan

Sasaran Kerja Tahunan

Bagi kakitangan awam bila tiba hujung tahun maka akan muncul la borang berwarna kuning macam gambar dekat atas ni. Sasaran Kerja Tahunan ataupun nama manjanya SKT, wajib diisi oleh semua kakitangan awam setiap hujung tahun. Dengan kata lainnya, semua kakitangan awam terpaksa dan dipaksa untuk mengisi borang Sasaran Kerja Tahunan ni tak kira rela ataupun tidak.

Walaupun cuma isi SKT ni setahun sekali sahaja, tapi dia punya malas nak isi tu tak tahu nak cakap macam mana. Memang terletak cantik jela borang SKT ni atas meja. Aku tengok borang SKT, borang SKT pulak tengok aku. Menjeling-menjeling katanya. Sebenarnya bukan susah sangat untuk isi borang SKT ni cuma biasalah, perkara setahun sekali yang kita kena buat itu yang terasa berat saja nak buat.

Apa itu SKT?

Bagi kakitangan swasta atau yang bekerja sendiri mungkin tak tahu apa itu SKT ni. Sasaran Kerja Tahunan adalah elemen penting dalam Sistem Penilaian Prestasi pegawai Perkhidmatan Awam. Aktiviti penting proses penyediaan Sasaran Kerja Tahunan iaitu Perancangan Tahunan Jabatan, Penetapan Rancangan Kerja Bahagian/Cawangan/Unit, Penetapan Sasaran Kerja Tahunan dan Petunjuk Prestasi bagi setiap pegawai, Pelaksanaan Kerja dan Pengesanan, Kajian Semula Pertengahan Tahun dan Penilaian Pencapaian Kerja perludilaksanakan dengan teliti dan teratur. Ini membolehkan penilaian prestasi pegawai dilaksanakan dengan objektif, adil dan telus.

Bila dah isi SKT ni, pegawai penilai akan menilai prestasi kerja kita dan memberi markah yg sepatutnya. Markah penuh adalah 100% tapi kalau dapat 85% sudah dianggap cemerlang dalam perkhidmatan. Kalau kaki kipas, pandai ambil hati bos senang la nak dapat markah tinggikan. Oleh itu SKT ni sangat penting untuk kakitangan awam kerana dengan SKT ni lah pergerakan kenaikan gaji tahunan kita akan dianjakkan. Dengan borang ini jugalah Anugerah Perkhidmat Cemerlang untuk pegawai dan kakitangan akan ditentukan.

Sekarang ni dah canggih dah sebab kalau nak kemaskini SKT ni boleh dibuat secara atas talian (online) menggunakan aplikasi HRMIS. Kalau kerja full government memang dorang dah diwajibkan rasanya kemaskini SKT menggunakan HRMIS ni. Aku yang kerja dekat Lembaga Getah Malaysia setakat ni masih belum diwajibkan lagi untuk isi SKT secara online ni. Dengarnya kalau guna HRMIS ni leceh sikit nak isi sebab loading yang slow dan kadang-kadang hang terus.

Sekarang ni memang nak kena isi borang SKT ni secepat mungkin supaya lepas ni bolehlah fokus kepada perkara lain pula. Nanti kalau tak isi dan tak hantar borang SKT ni gaji tak naik pulakkan. Nak tak nak, memang kena hadap jugak borang kuning ni.

Comments
  • Post a comment

    Current day month ye@r *

  • padin 17 December 2012 at 8:17 PM

    hehe pihak MARA dah gunakan HRMIS :D

    • Hazmin Hamudin 17 December 2012 at 9:43 PM

      LGM dah guna HRMIS jugak. Tapi lepas tu blk manual blk. Dah terbiasakan.

      • zed 25 December 2013 at 6:43 PM

        keje lgm kat mana? 260 jln ampang @ BGA @ Sg.buloh @ cawangan negeri?

  • budak felda 13 December 2012 at 12:24 PM

    aku belum isi lagi ni hehehe :)

    • Hazmin Hamudin 13 December 2012 at 12:28 PM

      Kerja gov jugak ke? Hehe.. Baik isi cepat.. :)

      • budak felda 13 December 2012 at 12:35 PM

        Makan Gaji beb

  • shraqs 19 October 2012 at 11:34 AM

    Pernah jugak isi borang ni masa keje gomen duluuuuuuu… bila tengok borang tu rasa rindu plak. :)

  • tehr 18 October 2012 at 11:51 PM

    memang malas nak isi ni
    kami kata borang ni Sekolah Kebangsaan Tumpat
    hehe

  • Qaseh Gifts 18 October 2012 at 11:59 AM

    Isi dengan teliti dan cermat. Semoga dapat markah yang cemerlang ya :-)

    • Hazmin Hamudin 18 October 2012 at 1:13 PM

      Kerja dengan ikhlas, baharu cemerlang datang dengan sendirinyakan :)

  • Melastik Bintang 18 October 2012 at 10:57 AM

    pekerja swasta macam saya hanya kenal Evaluate Staff Form….hehehe

    • Hazmin Hamudin 18 October 2012 at 1:04 PM

      Kira perlu diisi form jugak la ni. Memang leceh rasanyakan.

  • Metrolisa 18 October 2012 at 3:58 AM

    Memang demikianlah nasib bekerja pada negara harus mengisi hal seperti ini , terimakasih telah share hal ini

  • remyhazza 18 October 2012 at 1:53 AM

    selamat mengisi borang bro…… nasib baik remy swasta…..takde la borang2 nie……..

  • pahan 18 October 2012 at 1:05 AM

    baru abis isi gak bro :)

  • Sueskopio76 18 October 2012 at 12:48 AM

    Oooooo… begituu..
    Baru lerr sy paham… ^_©

  • akubiomed 18 October 2012 at 12:47 AM

    Syarikat saya kalau capai 100% hanya dikategorikan sebagai mencapai sasaran tidak layak untuk dapat bonus prestasi kecuali pencapaian 101-125% baru dikira outstanding.