Mushroom Melt Bonanza Di Restoran Wendy’s. Ni adalah kali pertama aku makan dekat Restoran Wendy’s ni. Semalam masa Hand Phone BlackBerry Torch Aku Masuk Hospital, sempat la aku cuba makan dekat Restoran Wendy’s ni. Puas jugak la aku memenatkan kaki ke hulu ke hilir dekat Berjaya Time Square tu nak mencari kedai makan yang boleh memuaskan tekak aku ni. Akhirnya makcik Wendy’s ni jugaklah yang telah melambai-lambai memanggil aku singgah makan dekat situ.
Rangkaian restoran makanan segera Wendy’s telah diasaskan oleh Dave Thomas. Restoran Wendy’s boleh didapati di Sunway Pyramid, IOI Mall Puchong, Jaya One, Jalan Sultan Ismail, Mont Kiara, Giant Kota Damansara, Berjaya Times Square, AEON Rawang & AEON Ipoh Station 18. Korang bolehlah terjah salah satu cawangan kalau nak rasa.
Logo Wendy’s iaitu budak perempuan yang berambut merah tu sebenarnya adalah anak keempat Dave Thomas yang bernama Melinda Lou Wendy Morse. Maknanya silap la aku panggil makcik Wendy’s tadi. Rupa-rupanya awek yang bernama Wendy’s yang melabai dekat aku tadi. Wendy’s sekarang ni tengah buat promosi Mushroom Melt Bonanza. Untuk promosi ni korang boleh order Chicken Mushroom Melt ataupun Single Mushroom Melt. Yang aku order ni ialah set Single Mushroom Melt. Didatangkan dengan air dan juga fries.
Kalau nak dibandingkan dengan McDonald’s, bagi aku fries Wendy’s ni jauh lebih sedap. Memang tak cukup fries set medium ni aku rasa. Mungkin juga sebab dah jemu asyik makan fries daripada McDonald’s dan KFC je, bila makan fries terasa sedap pulak.
Ni lah rupanya burger Single Mushroom Melt yang aku order tu. Memang sangat sedap. Roti dia pun lembut. Cendawan berkrim, sos keje cheddar hangat dan kepingan keje dah cukup membuka selera aku. Rasa nak terjah restoran Wendy’s buat kali kedua. Mushroom Melt Bonanza ni juga adalah untuk waktu yang terhad sahaja. Sebelum terlambat, terasa seperti nak pekena Chicken Mushroom Melt pula!!
nmpk sedap..xpernah lg mkn kt restoran wendy..
Lepas ni boleh la cik tom makan kat sini pulakkan.. 🙂
Restoran wendy? tak tahu pula sebab tak pernah tengok. Tapi fries di mcd susah juga, kadang-kadang ada mcd yang waste.
pehh..jadi lapar balik aku dibuatnya nih..
Kalau lapar makan la bro.. Makan cendol ke..
Nampak lambaian Wendy membuahkan hasil. 🙂
Itulah.. Trik Wendy’s melambai dari kejauhan telah berjaya menarik pelanggan.
wak pon sukak makan burger jugakk.. ahakkKs
Wak suka makan burger apa Wak?
kolestrol. kolestrol,,,ish ish ish. hahahahahahahah baik pulak aku cita pasal kolestrol
Sental je selagi boleh bro. Tak nak kolestrol makan rebus-rebus la..
aduhh ..terbaik ni ..sedap sangat gayanya 😀
Musim hujan memang terbaik ni. Hehe.. Cuba la..
macam terbaek jer burger ni.
kena try nampak gayanya
😀
Memang terbaik ni. Sedap..
Tetiba kecur air liur bila tengok gambar burger tu, tak pernah lagi cuba restoran wendys ni, sebab kat sini memang takder cawangan dia, kalau ada kesempatan nanti, nak juga mencuba set mushroom ni, itupun kalau masih adalah…
Bro Eizil duduk dekat mana? Takpa, kalau datang KL nanti boleh cuba makan dekat Wendy’s pulak. Mungkin boleh cuba set burger yang lain nantikan.
Pagi-pagi baca entry ni rasa lapar pula, anyway tak pernah cuba cik wendy ni
Lepas ni boleh la cuba makan dekat cik Wendy’s pulak bro.
pergh…bro membuka selera aku ler..hehehehe
Selera dah terbuka tu jom la makan. Hehe.
Dah lama x pergi wendy
=)
Saya baru pertama kali cuba makan dekat Wendys ni. Memang tak menghampakan.
wah.. sedapnya…
boleh singgah dan cuba juga nih 🙂
Memang sedap ni bro Sop…