Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock. Sekarang ni entah kenapa aku kerap pulak buat entri pasal makanan je. Adakah ingin mencuba niche berkaitan dengan food review pulak? Mungkin tidak. Rasanya aku masih akan kekalkan niche personal untuk blog aku ni. Selagi boleh bercerita, semua benda aku sumbat dalam blog ni.
Kali ni aku nak cerita pasal Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock pulak yang terkenal dekat dengan ofis aku. Biasanya kalau time lunch memang penat la jugak memikir nak makan apa. Sebab malas nak jalan jauh, selalunya nasi ayam goreng kunyit ni jela yang jadi pilihan atas faktor berdekatan je dengan ofis.
Yang menariknyam, diorang berniaga nasi ayam goreng kunyit ni atas lori je. Baik punya park lori atas divider untuk pejalan kaki tu. Lokasi adalah di belakang Lembaga Getah Malaysia ataupun lebih tepat lagi berdekatan dengan Jalan Yap Kwan Seng. Seperti yang korang boleh tengok, punyalah ramai orang yang beratur nak merasai kenikmatan dan kelazatan Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock ni (bukan main sedap lagi ayat aku karang bagi korang terliur). Kalau tak nak beratur, keluar la awal ye.
Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock ni simple je sebenarnya. Cuma nasi putih bersama dengan kicap, sayur kacang panjang beserta carrot dan sudah semestinya ayam goreng kunyit. Ayam goreng kunyit tu pulak digaul bersama dengan cili yang sangat pedas. Serius tak tipu ni. Tapi menu simple macam ni pun sudah cukup untuk menarik semua warga pejabat berdekatan untuk berbaris menikmatinya.
Ni lah rupa nasi ayam goreng kunyit yang bisa membuatkan air liar korang meleleh tu. Yang aku order takda cili langsung sebab aku tak makan pedas. Jadinya kuranglah special dekat nasi tu. Kalau yang special, dorang akan gaulkan sekali dengan cili ramuan istimewa yang dorang buat. Memang pedas yang boleh membuatkan peluh jantan mengalir deras dekat muka aku.
Keseluruhannya, Kalau korang gemar makan makanan yang pedas-pedas, mesti boleh layan Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock ni. Harga RM5 bagi aku boleh dikatakan masih lagi berpatutan. Nak tahu sedap ke tak sedap, korang try la sendiri ya.
hahaha. mungkin sebab dia simple di cakap mat rock.
Tu la.. Skrg ni dari hari ke hari makan ramai pelanggan dorang ni.
whoaaaa… meriah betul laaa…kalau makan confirm kenyang abis….
Jadilah untuk mengalas perut di pejabat. Hehe.
samalah kita… niche personal… sng, byk topik boleh gebang 😉
adoi sedap giler nmpk nasi ayam goreng kunyit nyer… kat mana ni?
Dekat belakang bangunan Lembaga Getah Malaysia
Fuhh mesti sedap tu
Dekat mana nih? Macam menarik jer nih
hey..hey..hey….selalu gak beli nasi ni….saya makan yang extra pedas punya, mmg kaw2…bukan peluh jantan lagi dah…peluh dinaso yang keluar ada la….
nampak sedap. kalau goreng kunyit ayam macam ni memang x membazir la, kalau tak bahagian isi kat rumah saya semua orang x makan.
dekat dengan ex ofiz saya jer ni, dulu saya keja kat wisma selangor dredging.
orderkan untuk gua. gua ok je makan pedas. haha..
Takkan sebut dekat opis jer? Bagitahu juga address kedai tu juga ok. Tolong promote, dapat juga pahala tu 😀 . Nampak macam sedap betul. Ramai yang berbaris. Mahu juga nak rasa nasi ayam goreng kunyit mat rock ni.
ramainya yg beratur..kompem sedap ni.. 🙂
Tapi klo hari2 makan nasi ayam goreng kunyit pun boleh naik muak..
1 menu saja ke dia jual? Minimalist betul konsep dia..
Satu menu je yang dia jual. Memang kalau menu yang sama setiap hari akam jemu juga. Tapi sekurang-kurangnya dah ada juga menu tambahan untuk dimakan. Hehe..
xpenah makan la… tp gaya cerita boleh buat aku terliur…
bro keje kat mana?
Kerja dekat Lembaga Getah Malaysia bro 🙂
serius bagi aku sedap sebab memang aku suka nasi ayang goreng kunyit nih
Memang kegemaran ke bro?
yep memang
kegemaran aku ni. daging ayam tu pun nampak banyak, mesti sedap. berapa ringgit sebungkus?
Memang banyak bro, abis ditutup nasi tu. Sebungkus RM5.
memang pilihan aku dan anak perempuan kebelakangan ni kalau isteri tak sempat masak
hehe
Lelaki suka yang simple je kan. Hehe
Bulan puasa aritu boleh kata tiap2 hr sy buka nasi ayam kunyit ni, mmg sedap…masa makan kena sediakan air, takut tercekit sbb x berkuah kan…hehehe
Kalau orang yang tak suka makan takda kuah, memang tak sukakan menu macam ni. Kering je.
sedap nyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Nampak menyelerakan. Bukan apa. Memang dahulu kalau kerja di KL time lunch je buntu nak makan apa. Kerana menu sama. Tapi kalau menu sesimple mcm ni memang layan… Hihihi sebab menu sama gulai lemak, kari, masak kicap, masak merah. Memang tiap2 hari ngadap tu je.
Kalau dapat macam dalam gambar ni mesti best! Hehe..satu lagi menu simple yang dah jadi popular nasi ayam penyet. nasi putih ayam penyet yg digoreng..makan dgn kicap manis. Mmmg layansss
Sama la dengan saya. Memang dah buntu nak makan apa. Hari-hari menu yang sama je. Bila ada datang orang jual makanan baru dengan harga yang berpatutan, memang terus beli la kan.
Setuju dengan Akmaromar.. kene sedia air takot tercekik. Hahaha
dia berniaga dengan ikhlas..ramailah yg datang belikan..
Setuju…
Sedap,pastu dekat plak dengan kawasan opis,murah dan ringkas,mmg semua foktor kelarisan tu ada di situ..
X hairan la kalo ramai pelanggan
Tu la mak.. Kalau dekat dgn kawasan ofis confirm laku punya kan..
Ramai yang beratur membeli tentu sedap.
Rasa tu boleh la bro. Disamping nak cari yang harga berpatutan 🙂
ramai sebab sedap ke.. atau ramai sebab xde tempat lain nak g makan kat area situ.. hehe
Haaa.. Mungkin sebab yang ni la.. Harga pun memainkan peranan sebab area KLCC makanan semua nak mahal je.
ramai betul yang membelinya…pasti sedap sehingga menjilat telinga ni….
Betul-betul sedap tu sampai menjilat telinga 🙂
Tapi berdasarkan gambar orang beratur..ini bermakna sedap la tu 😀
Nampak macam boleh buat kat rumah je
Kalau yg suka pedas, memang gemar la kot yg ni.
hmmmm nampak cam biasa je, apa tarikam dia sebenarnya? :0
Tarikan dia.. Erm.. Mungkin sebab kurang pilihan tempat makan kot.
Bab 2 makan ni memang bukan specialty aku. Tak tahu nak beza mana sedap atau tidak, aku main rembat je, paling penting penyediaan & tempat bersih. 🙂
Bagus jugak kalau tak memilih bab makan ni. Senang orang sekeliling.
pergh…nampak macam sempoi la nas goreng kunyit tu..
p/s : hehe. personal blog belasah je isi apa2 bro. dah nama pun personal. milik kita. jadi kita bebas nak cerita apa2 pun..hehehe. salah satu kelebihan personal blog ni, kita boleh belasah apa2 pun
Memang sempoi je tu bro. Letak kicap, sayur dgn ayam je.
Tq bro sebab bagi tips untuk blog aku ni. Memang best kalau dapat tips mcm ni selalu.
wohaaa ayam sama banyak nasik nih… ke bawah nasik ada ayam lagi? kui3
Kat atas nasi je ayam dia. Hehe
huhuuu jgn tak caya, student kat tmpt keja aku
ayam dia sorok bawah nasik goreng.., bayar harga nasik je adehhh
Kehidupan seorang student memang macam tu bro. Macam ada pengalaman lakkan aku ni. Haha