Parit Baru, Sabak Bernam | Perjalanan

Serdang – Sabak Bernam – Serdang

Semalam awal-awal pagi (Haish…kena bangun awal di pagi Ahad yang indah) dah kena gerak ke Parit Baru, Sabak Bernam sebab nak hantar orang yang tersayang ke sana. Kalau gerak lambat risau jugak jalan sesak dan jem sebab maklumlah semalamkan hari terakhir cuti Tahun Baru Cina. Dah tentulah ramai warga kota berpusu-pusu pulang ke rumah masing-masing.
Dekat Kuala Selangor singgah dekat Tesco sebab nak beli barang keperluan dekat Parit Baru. Wah…tak pernah-pernah singgah Tesco Kuala Selangor ni. Takda lah besar mana pun Tesco ni. Lepas dah beli barang, singgah makan kejap dekat Old Town White Coffee sebelah Tesco tu. Aku order Oldtown Dry Ipoh Chicken Hor Fun manakala si dia order Meehoon Siam with Fried Chicken. Minum plak Oldtown White Coffee-Hazelnut dan Orange juice. Setelah membuang masa selama sejam di Oldtown White Coffe, perjalanan ke Sabak Bernam diteruskan.

Dah alang-alang lalu dekat Bukit Melawati, Kuala Selangor, ingat nak singgahlah naik jap bawak si dia yang tak pernah pergi. Rupa-rupanya time weekend (Sabtu, Ahad & Public Holiday) kena naik Train/Tram macam dekat zoo tu. Tiket untuk Train/Tram berharga RM 1 (kanak-kanak) dan RM 2 (dewasa). Disebabkan mengejar masa takut jalan jem ditambah pula tempat yang dituju masih belum tahu di mana lokasinya, terpaksa la Hazmin membatalkan niat nak naik Bukit Melawati tu.

Train/Tram Bukit Melawati
Perjalanan diteruskan ke Sabak Bernam setelah kecewa tidak dapat naik  dan bergambar untuk kenang-kenangan di Bukit Melawati. Tak sangka pulak senang saja nak cari Parit Baru ni. Cuma ikut papan tanda ke Sungai Air Tawar atau Bagan Nakhoda Omar (BNO). Sempat jugaklah pergi makan tengah hari dekat BNO ni. Tempat dia terletak betul-betul di tepi laut dan semestinya ramailah keluarga berkelah dekat situkan. Masa ni air dekat pantai tengah surut. Tak nampakpun air laut tu.

Sekumpulan keluarga sedang berkelah
Air laut tengah surut

Takda la lama sengat lepak dekat BNO ni. Cuaca pun agak panas nak jalan-jalan tepi laut tu. Then saja la buang masa pergi pekan Sabak Bernam pulak dan cari beberapa barang kat situ. Nama pun pekan, so tak boleh la expect ada Jusco or Cold Storage kan. Hahaha… Tapi ada jugak benda yang lawak Hazmin jumpa dekat salah satu kedai motor dekat pekan Sabak Bernam ni (mungkin tak lawak bagi anda kan). Orang slalu display motor yang kira kategori menarik or agak mahal-mahal jugak la kalau dekat kedaikan. Ni boleh pulak letak motor C70 a.k.a Honda petak plak kan (lihat gambar di bawah). 



Terasa sangat unik motor tersebut

Bila dah puas berjalan dan membeli barang dekat Sabak Bernam, tiba lah masa untuk hantar si dia dekat tempat di tuju iaitu di Parit Baru. Hambik orang bandar kena duduk rumah kampung. Macam mana la rasanya kan. Nasib la seminggu aje kan si dia kena duduk dekat situ.

Rumah yang di tuju

Sekarang tibalah masa untuk Hazmin memandu pulang ke Serdang berseorangan menempuh perjalanan yang agak jauh juga. Jalan tak payah cakap la, memang jem dan sesak aja sepanjang jalan. Hanya mampu tersenyum riang aja la (padahal dalam hati tengah panas membara dengan jalan yang sangat sesak). Tengok la gambar-gambar di bawah ye kalau nak tahu macam mana sesaknya sepanjang perjalanan balik yang mengambil masa selama 4 jam!! Sampai rumah pun dah malam. Tu aje lah pengalaman perjalan sepanjang pergi dan balik.

Sosial Media

  • Post a comment

    Current day month ye@r *