
Pelakon Ady Putra Bercerai Dengan Isterinya Aida Yusof. Pelakon Ady Putra yang berasal dari Singapura telah mengesahkan sudah memfailkan permohonan untuk bercerai di Mahkamah Syariah, di sini, pada 11 Mei lalu.
“Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya,” kata pelakon Ady Putra, 31, yang bercerai dengan isterinya, Aida Yusof.
Menurut Ady, dia tidak mahu bercerita lanjut mengenai perceraiannya itu, tetapi apa yang pasti mereka tiada persefahaman.
“Perpisahan ini bukan mengenai isu tak ada anak atau pun ada orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk saya ceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain,” katanya.
Ady berkata, dia dan Aida berpisah secara baik dan keputusan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.
“Ketika saya pergi mengerjakan umrah, baru-baru ini, saya mohon segala yang terbaik daripada Allah terutama kebahagiaan dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami,” katanya.
Diharapkan proses perceraian Ady Putra dapat berjalan dengan baik dan tidak menyinggung mana-mana pihak kelak. Semoga Ady Putra tabah dalam menghadapi ujian ini.
Sumber: myMetro
Incoming search terms:
- adi putra bercerai
- ady putra bercerai
- PELAKON KAU YANG TERINDAH
- ady putra
- pelakon adi putra
alahai..sedih la cerai berai ni..
Jebeng Otai™ recently posted..Platform Idea
Jodoh tak panjang.. tak pe la. selesaikan cara baik
zool recently posted..Kenapa beli plat kereta mahal-mahal ?
Apa agaknya pandangan masyarakat kepada dunia artis agaknya?
akubiomed recently posted..Dutch Lady Get Smart Get Famous Finale di Piazza@TheCurve
Tu la.. Sekarang ni dunia artis kerap disensasikan dengan cerita penceraian ni. Sudah semestinya masyarakat memandang tidak baik.