• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Kesihatan / Pencemaran Di Tangga Pejabat

Pencemaran Di Tangga Pejabat

By Hazmin Hamudin | 8 November 2012 | 51 Comments

Pencemaran Di Tangga Pejabat 1

Pencemaran Di Tangga Pejabat. Terfikirkah korang mengenai kualiti udara yang kita hirup di dalam bangunan setiap hari? Boleh dikatakan hampir 70 peratus daripada kehidupan dihabiskan dalam bangunan setiap hari bermula dari pejabat hingga ke rumah. Adakah kita yakin udara yang kita sedut di rumah atau dalam bangunan itu selamat kerana kita memang tidak nampak pencemarannya? Kesan pencemaran udara dalaman sebenarnya lebih memudaratkan kesihatan manusia berbanding pencemaran di luar.

Apa yang aku nak perkatakan di sini adalah tahap kualiti dan pencemaran udara di tangga-tangga pejabat. Sepanjang di pejabat aku  mendapati bahawa tangga juga boleh dikategorikan sebagai tempat paling kotor, tak kira kotor dari segi udara ataupun sampah sarapnya. Sebenarnya udara di tangga ni lebih mudah tercemar kerana ianya adalah kawasan yang tertutup. Diburukkan lagi jika bangunan tersebut tidak mempunyai struktur pengudaraan yang baik.

Pencemaran Di Tangga Pejabat 1

Seperti yang korang nampak dalam gambar, ditangga-tangga pejabat penuh dengan putung-putung rokok yang dibuang merata-rata oleh perokok ni. Walaupun ada tong sampah disediakan, tetapi mereka ni tetap membuang habuk dan putung ikut sesuka hati diorang. Tiap kalau bila aku lalu di tangga sudah pastinya bau-bauan busuk asap rokok akan memenuhi segenap ruang. Bau harum asap rokok juga akan melekat di baju.

Aku bukannya nak marah perokok-perokok ni sebab aku bukannya bos di pejabat jauh sekali menjadi pemilik bangunan pejabat. Aku pun faham tahap ketegaran korang tu nak berhenti merokok memang susah. Tapi kalau dah tahap rokok bersepah-sepah macam tu mata aku pun jadi sakit. Tong sampai dah tersedia dekat tangga tu, pandai-pandai la guna sebaiknya. Tu belum kira asap rokok yang korang lepaskan dekat tempat tertutup macam tu kan. Memang dah sah-sah la takdanya korang nak telan balik asap tu kan.

Asap rokok boleh membawa kesan ketara kepada mereka yang berada sekeliling orang yang merokok termasuklah ketidakselesaan pada bahagian mata, hidung, kerongkong, asma atau merosakkan fungsi paru-paru. Sebatang rokok mengandung lebih kurang 4000 jenis bahan kimia dan 40% di antaranya beracun. Memang takda la korang nak telan terus asap tu. Memang dah sah-sah la tangga pejabat antara tempat paling tercemar bagi aku.

Menjaga kebersihan adalah amalam kita bersama. Bukanya amalam makcik cleaner walaupun makcik cleaner telah dibayar gaji. Harga Rokok Naik 20 Sen Sekotak bulan lepas. Sepatutnya asap rokok dan putung rokok tu pun dapatlah korang kurangkan jugak. Semua anggota masyarakat mestilah memiliki rasa tanggungjawab untuk menghayati serta menjaga alam sekitar demi kelestarian hari esok. Jadi, jagalah tahap kebersihan udara di tangga pejabat.

Reader Interactions

Comments

  1. padin says

    11 November 2012 at 12:47 PM

    kalau di pejabat, kena cari satu port dan pastikan bersih,
    barulah bos tak bising heeee

    Reply
  2. Kazen says

    10 November 2012 at 2:40 PM

    tu lah sikap perokok dh dpt port merokok snang aje buang merata2

    Reply
  3. Myra Jay says

    9 November 2012 at 5:01 PM

    Macam tu la kat semua tempat pasti ada, kadang perokok ni merokok tanpa memikirkan kebersihan..
    Apalah salah buang puntung tu…

    Reply
  4. gamep01nt says

    9 November 2012 at 3:25 PM

    buang rokok atas lantai baru otai. hahhaha. alang2 nk kena kanser paru2 kan

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      9 November 2012 at 4:22 PM

      Baik kunyah je terus putung rokok tu. Lagi otai.. Alang2..

      Reply
  5. beckhr00y says

    9 November 2012 at 2:52 AM

    perkara macam ni memang berlaku hampir di semua tempat

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      9 November 2012 at 9:36 AM

      Pokok pangkal mentaliti kena ubah 🙂

      Reply
  6. cik tom says

    9 November 2012 at 1:53 AM

    sudah la merokok tue tak elok n merbahayakan org sekeliling..buang pulak sampah merata2..ish xpatut2 perokok…

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      9 November 2012 at 9:30 AM

      Hehehe.. Memang tak patutpun kan Cik Tom.

      Reply
  7. Sop says

    8 November 2012 at 11:51 PM

    x suka dgn perokok yg x ada disiplin
    kat rumah sop ada yg buang dr atas balkoni.. angin tolak masik balkoni Sop.. x reti nak sedia xray kan? hehhee

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      9 November 2012 at 9:24 AM

      Kalau selalu kena macam ni boleh mendatangkan marah jugakkan bro Sop..

      Reply
  8. akubiomed says

    8 November 2012 at 11:40 PM

    Saya ini penunggang motor kadang-kadang hampir terkena putung rokok yang dibuat perokok daripada kenderaan. 🙁

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      9 November 2012 at 9:23 AM

      Lagi teruk kalau kena keadaan macam bro ni.

      Reply
  9. jijah says

    8 November 2012 at 11:12 PM

    itulah kehidupan… nak tegur tak boleh la..masing2 ada otak leh pikir..emmm

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      9 November 2012 at 9:10 AM

      Itulah.. Patut dah besar boleh la fikirkan. Tak perlu nak ditegur.

      Reply
  10. hairulafiz says

    8 November 2012 at 11:11 PM

    jadilah perokok yg berdispilin…..

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      9 November 2012 at 9:09 AM

      Setuju dengan bro.

      Reply
  11. zool says

    8 November 2012 at 11:00 PM

    memang selalu nampak keadaan macam ni.. ramai perokok yang pengotor walaupun secara luaran nampak segak bergaya

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      9 November 2012 at 9:09 AM

      Tapi dorang kata hisap rokok baru macho kan. Hakikatnya pengotor.

      Reply
  12. dhinai says

    8 November 2012 at 10:56 PM

    dia orang berpegang pada prinsip”habis manis sepah dibuang”….hehehe..

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      9 November 2012 at 9:08 AM

      Hehe.. Lain macam pulak prinsip orang hisap rokok ni ye.

      Reply
  13. pokok manggis depan rumah says

    8 November 2012 at 10:51 PM

    Suka mereka buat macam ni kan. Nak buang dalam tong sampah elok-elok pun tak boleh kan..

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      9 November 2012 at 9:08 AM

      Dah terbiasa kot dengan habit macam tu.

      Reply
  14. pahan says

    8 November 2012 at 10:29 PM

    kotor dan tak sopan kalau buang mcm tu. kecian mak cik cleaner yang paksa sapu benda yang tak patut mcm tu 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      9 November 2012 at 9:07 AM

      Itulah.. Dah lah mencemarkan udara, patutnya yg lain tu buang la elok-elok dalam tong sampah.

      Reply
  15. Azza Afdzal says

    8 November 2012 at 9:28 PM

    normal la tu..kt mana2 pun org duk buang puntung rokok dekat dengan tangga…

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      8 November 2012 at 10:04 PM

      Tu yang tak betul tu. Sedangkan benda kecik pun buang merata-rata, ni pulak benda yang besar-besar. Mentaliti macam ni yang harus kena ubah.

      Reply
  16. donnyien says

    8 November 2012 at 9:27 PM

    teruk betul perangai.. semoga ada kesedaran

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      8 November 2012 at 10:02 PM

      Harapnya macam tu la.

      Reply
  17. sharinginfoz says

    8 November 2012 at 8:53 PM

    memang teruk betul perangai macam ni

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      8 November 2012 at 10:02 PM

      Itulah realitinya…

      Reply
  18. Wak Gelas™ says

    8 November 2012 at 8:50 PM

    mufti wilayahpersekutuan dh kuarkan fatwa merokok itu haremm, tapi ada dorang kisah tapiii.. uhHHuuu

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      8 November 2012 at 10:02 PM

      Bab rokok ni yang haram pun orang langgar jugak. Hehe

      Reply
  19. Hairul Hissam says

    8 November 2012 at 8:38 PM

    sepatutnya bos atau gm kena ambil tindakan tegas bila nampak perkara mcm nie.. kat office lama saya dulu, diaorg letak satu bulatan di luar pejabat utk hisap rokok.. kalo ada yg cuba2 hisap diluar bulatan tu.. mmg kena lah.

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      8 November 2012 at 10:01 PM

      Bagus juga kan peraturan macam ni kalau tempat lain turut buat. Dapat sikit mendidik.

      Reply
  20. Amirez says

    8 November 2012 at 7:58 PM

    ada juga yg kencing di bawah tangga. biasanya kat tangga pasaraya

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      8 November 2012 at 10:00 PM

      Yang kencing dekat tangga tu lagi parah dah tu.

      Reply
  21. KesumaANgsana says

    8 November 2012 at 5:17 PM

    susah nk cakap benda2 mcm ni !

    Reply
  22. boni kacak says

    8 November 2012 at 5:16 PM

    kena berhenti jugak ni tabiat merokok ni..baru masalah puntung rokok akan dapat dihapuskan…

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      8 November 2012 at 6:11 PM

      Merokok ke bro? Hehe

      Reply
  23. Eizil says

    8 November 2012 at 4:06 PM

    Bab buang sampah merata-rata ni memang payah betul nak diatasi, selagi mentaliti tak diubah, selagi tulah perkara macam ni akan terus berleluasa. Semoga para perokok akan dapat mengubah tabiat ini agar tidak sesuka hati membuang putung rokok itu merata-rata.

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      8 November 2012 at 6:11 PM

      Itulah.. Benda kecik macam tu pun buang merata ni kan pulak yang besar2 kan. Mesti main campak je.

      Reply
  24. syaifuddin alias says

    8 November 2012 at 2:16 PM

    tak ada sivik punya orang .. haish

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      8 November 2012 at 6:10 PM

      Patut buang di tempat sepatutnya kan.

      Reply
      • syaifuddin alias says

        9 November 2012 at 3:24 PM

        dah ada tong sampah buang laa dalam tong sampah, nak jugak buang kat tempat orang lalu lalang ..amende laa

        Reply
  25. yui says

    8 November 2012 at 2:07 PM

    itula..ksdaran diri takde.. ikut suka je.

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      8 November 2012 at 6:10 PM

      Dah la mencemar udara, lepas tu buang merata.

      Reply
  26. ema says

    8 November 2012 at 1:18 PM

    pencemaran udara, mata dan alam sekitar

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      8 November 2012 at 6:09 PM

      Memang menyakitkan mata. Tapi lagi sakit pernafasan kalau lalu.

      Reply
  27. daddyziyyad says

    8 November 2012 at 12:28 PM

    Tu pasal perokok ni, menyusahkan orang lain. Kalau dia nak mati sorang sorang takpe..Ni tidak, selamba hisap kat tempat awam, asap dia kena kat kita, buang puntung pulak merata rata macam dlm gambar tu..

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      8 November 2012 at 12:58 PM

      Tu lah.. Diorang ni tak perasan ke orang keliling dok jeling je dorg hembus asap tu sesuka hati kan.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Kenapalah Asyik Lewat Saja…

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Jom Berkursus

By Hazmin Hamudin

Semakan Keputusan Muet Mac 2012 Secara Online Dan SMS

By Hazmin Hamudin

Akhirnya Dah Ada ‘Kepala’

By Hazmin Hamudin

Makan Tengah Hari Di Restoran Saba’

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2019 · Genesis Framework · WordPress · Log in